Sunday, July 31, 2011

Bola, Malaysia & Amirul Hadi

Khamis malam hari tu Malaysia vs Singapore.


Actually aku tak berapa pandai sangat tengok bola.
Ade yang cakap "Ala tengok je pun ape yang susahnye?"
Aku rase susah la sebab tak faham.
Aku pun tak tau ape yang aku tak faham, tapi blur je nanti.


Tapi kan semalam aku gigih bukak tv tengok bola sorang-sorang.
Malaysia punya pasal..eceh. 
Ni first time tengok Malaysia main.
Before ni ade jugak sekali tengok World Cup tahun lepas.
Yang tu lagi la tak faham. Bila dah menang baru faham. 
Hahaa marah x?


Mula-mula tengok, blur kejap.
Pastu lama-lama baru kenal player, baru tau siapakah Rajagobal, aku ingatkan penjaga gol rupenye pengurus pasukan. Hehe maaf maaf.
Khairul Fahmi penjaga gol. Noted. :D
Player jersi 21-Amirul Hadi sangat la stylo mase die main. Dengan rambut blonde die lagi.
Awww...terduduk 10saat :p


Team Singapore banyak main ek? Berlakon je lebih.
Ape lah punya stratergi tu.. Siap boleh sakit kepala tengah padang lagi.
Pastu jatuh sikit tapi buat sakit macam nak kene pelempang.
Aish..main bola biar bermaruah sikit boleh?


Aku salute player Malaysia. Kalah pun, kalah bermaruah. Tak main kotor punye..
Safee Sali tu mantap laa die main. Aku rase die dengan Amirul Hadi antara pemain yang bagus.
Tu ape yang aku rase la sebagai orang yang baru first time tengok kan. Hehe.
Memang sedih jugak tengok Malaysia kalah.
Tapi nak buat macam mana, rezeki sampai situ je.
Mungkin dorang kene berusaha lebih lagi.
Pape pun always pray for Harimau Malaya, hopefully one day boleh la dapat masuk World Cup. Insyaallah.. :)


Aku rase mereka ade sedikit persamaan. Sikit je la. Haha.





Ada iras kan? Btw Amirul Hadi, i really like your blonde hair. Awwwsome ;p

Wednesday, July 27, 2011

kereta 2nd hand

This is the entah keberapa time kete tu problem.
Awal bulan hari tu dah kena dah.
Seminggu dua ni aku bawak kete macam takut-takut sebab asal cecah 80km/j je kete tu keluarkan bunyi-bunyi yang pelik.
Bukan sesekali, malah berkali-kali. Hehe.
Then malam semalam hantar bengkel.
Orang tu cakap drive shaft dengan ape tah satu lagi benda tu, tak ingat nama.
Haa 2 bende tu dah bengkok and kalau aku tangguh lama lagi kebarangkalian bende tu patah sangat tinggi.
Kalau benda tu patah, tayar sebelah akan gelong menyebabkan stereng tak dapat dikawal.
And ini boleh menyebabkan aku untuk mencari divider jalan untuk dilanggar, instead of kereta orang lain.
Sangkut jap nafas aku dengar.
Nasib baik mak aku paksa antar bengkel malam tu gak.
Kalau tak seminggu 2 lagi arwah agaknye aku ni.
Huhu nauzubillah.
Ni kereta second hand.

Kawan aku pernah citer, ade sorang kawan dia ni asyik kene langgar dari belakang je.
Beberapa kali jugak la sampai dia pun naik heran apesal la orang suka sangat langgar kereta dia kan.
Bila tanya kenapa langgar, bro-bro yang langgar tu mesti jawab sebab tak nampak kete dia.
Then bila selidik2 balik rupanya kete yang dia beli tu kete penah accident n ade orang mati.
Tak tau la kan ade kene mengena ke tak. Aku citer je. Tapi macam boleh jadi gak. Hehe.
Ni pun kete second hand.

Ade lagi. Yang member ni pulak, orang selalu tanye die sape dalam kete tu.
Padahal kan die drive sorang-sorang.
Memang cuak la member tu.
Bila selidik-selidik, same case.
Kete tu penah accident and ade orang mati.
So member ni tiap kali dia drive dia akan pasang ayat Quran.
Lama-lama 'orang' tu da tak muncul lagi.
Fuh. Kete second hand gak.

So nak beli kete 2nd hand gak ke?
Hehehe :p
Xdela, tak sume camtu.
Pandai-pandai la cari, check dulu condition kete tu before beli.
Ok?Ok?
Good \^_^/

Friday, July 22, 2011

last day puasa ganti

Siang tadi aku main dengan benda ni.

Cuba teka ape ni?
Hehehe

Ini aku untuk hari ni.
Apsal eh nampak macam dah tembam je ni?
Tembam sangat tak?


Oh ye, aku da habis ganti puasa!
Sangat gembira seminggu ni boleh makan puas-puas sebelum Ramadhan.
Yeay! ^-^

Wednesday, July 20, 2011

oh oh

"And it feels like I've been rescued
I've been set free
I am hyptonized by your destiny"

Sunday, July 17, 2011

basic steps nak makeover wajah sendiri *wink*

Hari ni aku just nak share cara-cara pakai make up dengan senang.
Tapi versi aku la ye. :p
Tak de la pro sangat bab-bab makeover ni, tapi boleh laa kalau setakat nak makeup pergi keje or jalan-jalan kan..
Hehehe jom.


1. Cuci muka dengan facial wash. Any product yang sesuai dengan kita.


2. Pakai mosturizer. Patutnya pakai toner dulu, tapi aku tak pakai toner sebab kulit aku akan jadi berminyak. Aku guna Simple-light mosturizer :



Benefits? Yang ni best sebab die colorless, no perfume, tekstur dia ringan and of kos, mosturizing. So aku assume tak banyak sangat chemical die pakai. Betul tak? Hehe

3. Pakai foundation or BB Cream. I used Maybelline BB Cream.Tak berminyak and ade banyak benefits. Plus, die ade SPF26 sekali untuk UV protection memandangkan aku malas pakai sunblock. :p

liyana jasmay 

4. Pastu pakai la compact powder sebab tak nak muka nampak kilat-kilat. Aku pakai Silkygirl-Magic BB.
  
5. Pastu kalau rajin, aku letak loose powder pulak, bagi nampak kemasan yang lagi natural. Kalau rajin la. So I use Elianto-sheer loose powder. Yang ni 

amende nampak hijau je ni

6. Done with face. Move on to eyes. Eyeliner ialah bende wajib yang aku akan pakai bila nak keluar. Kecuali kalau nak pegi buang sampah tu tak de la kan? Kalau rajin aku pakai eyeshadow sekali. Tapi jarang aku rajin. Favorite eyeliner aku still in-2-it liquid eyeliner ngan Silkygirl double intense forever!Sebab die bestttt yeay! ^_^



7. Pastu curl your lashes, then apply mascara. Aku suka Maybelline - Magnum. Sebab die buat bulu mata nampak lagi panjang n tebal tak payah pakai bulu mata palsu yang berat susah nak bukak mata tu pun still bervolume mata i tau. Ahahaha. Tak caye? See this



 Ni versi malas, pakai eyeliner saje.


8. Settle mata. Pakai blusher pulak Sebab blusher tu warna pink-pink or mrah-merah, die bagi efek kulit nampak sihat and natural and comel. Ok tu aku tambah. Hahaha. So aku pakai Za blush vibrantor. Nana Macarona suggest kan n I like it :)

10. Last sekali pakai la lipstick. Kalau makeup mata dah sarat, pakai lipstick warne nude. Kalau mata tak sarat sangat, boleh la pakai lipstick warna terang-terang. 

Aku kan, selalu silap pakai lipstick sebab kadang-kadang dah lambat pegi kelas aku main belasah je pakai mane-mane lipstick yang aku suka. 
Contihnye, just pakai eyeliner pastu pakai lipstick nude. Apekah?
Selalu kene marah ngan Wanie sebab salah lipstick buat muka aku nampak pucat sometimes. Ye la Wanie, aku tau ko suke yang meriah-meriah. Hahaha :p
Tapi thanx for your care, sekarang ni aku dah pandai pilih lipstick tau :)

So tu je lah stepsnye. 10 je, tak banyak kan? 
Try la kalau nak :D






    

Blogging dan tujuan berblogging

Ade macam2 sebab kenapa orang suka tulis blog.
Some of them are for business, personal, suka-suka, virtual diary maybe? and lots more reasons.
But it is up to you nak tulis pasal ape, sebab your blog, your blog content, your own risk la.
Hehehe.


Aku?
Oh, aku tulis blog ni asalnye saje nak try2. Terpengaruh ngan beberapa member aku yang ade blog.
Tengok macam style je ade blog ni, so aku pun create la satu.
Aisey, nampak naa cepat terpengaruh.
Lepas da buat blog, tak tau nak tulis ape.
So itulah punca kenapa aku banyak merepek kat sini. Hehe..


Then lama-lama, blog ni jadi medium untuk aku melahirkan perasaan secara tulisan.
Cara aku tulis pun berbeza ikut keadaan aku time tu.
Kalau tengah happy, entry tu mesti ayat sopan-sopan je. Haha.
Kalau tengah marah, emm maybe banyak carutan dan makian kot. Tak pun kasar je bahasa tu.
Adoi. My bad. Hu3.
Kalau tengah sedih, entry tu macam aku ni tengah tulis wasiat sebelum bunuh diri la pulak.
Hahaha tak de la.
Tapi janji aku tak hipokrit. ;)


So sekarang ni aku rase macam seronok pulak tulis blog.
Bleh update pasal life sendiri untuk kawan-kawan aku baca.
So nanti dorang tau la ape keadaan aku sekarang. Ecehh..hahaha.
Then aku pun boleh tau update kawan-kawan aku.
Kot la da kawin ke, beli kete baru ke, da dapat anak ke, da keje ke.
So aku takkan miss hal-hal macam tu.
And aku takkan miss mintak dorang open table lepas gaji nanti. Muahahaha~


Aku suke jugak bace blog orang.
Blog kawan-kawan aku of kos aku akan bace.
Pastu aku suka bace blog yang kelakar, pelik, and cara menulis dia unik.
And and and tak hipokrit yang penting.
Sebab aku sangat tak suka orang hipokrit.


Chill ^_^~

Harry Potter 7 :owhsome!

Yaa semalam tengok Harry Potter 7. Actually nak tengok Transformer, tapi sold out.
Dah 3 mggu pun sold out lagi. Rakyat Malaysia ni suka autobot kot. Hehe.
But but but memang sangat tak rugi tengok Harry Potter, sebab die best!


Part Ron ngan Hermione fall in love.alahai sweetnyee..haha

3 of them, in danger as usual


Sekolah dorang dah almost musnah sebab kene serang ngan Voldermort huduh n the geng

Aku puas hati la dengan ending dia. Nak bunuh Voldermort tu pun susah. Dorang kene cari 3 horcrux milik Voldermort yang kene dimusnahkan sebelum dorang dapat musnahkan Voldermort.
And 1 of the horcrux tu adalah Harry Potter tu sendiri. So die kene mati untuk bunuh Voldermort.
Tapi yeay die xmati. Sebab ape? Pegi wayang tengok sendiri.

Chill ^_^~


Wednesday, July 13, 2011

rase nak memaki tapi baik diam je

Kalau tak buat aku tension tak boleh ke?
Aku nak hepi sikit kau dah gelabah.
Aku sedih kau suka pulak kan?
Ape yang kau tak puas hati sangat dengan aku ni?
Aku tak de pape la wei..
Aku ni orang biase2 je, tak de sape nak pun..
Tapi aku ade maruah diri, aku ade family, aku ade inisiatif nak jadikan hidup aku ni bermakna.
Kau ade?


Kau lagi sorang.
Dulu cakap lain, sekarang cakap lain.

Ape punye orang?


Dah la aku nak tido.
Banyak dosa aku hari ni asyik marah2 je.
Ya Allah ampunkan aku..
Semoga esok aku bangun pagi aku hanya ingatkan yang baik2 je...

Monday, July 11, 2011

spending whole day to think about..

u removed me from facebook?
why????????????

Saturday, July 9, 2011

budak-budak nakal ini

video

Adik-adik baru aku yang nakal. Umur baru sebulan lebih tapi nakal nak mampus.
Kalau dapat masuk rumah seronok betul dorang. Siap main kejar2. Pastu nyorok bawah kerusi taknak kitorang amik letak dalam sangkar.
Aku bukan ape, previous anak kucing aku mati sebab kene langgar kete.
That's why aku suka letak dorang dalam sangkar sampai aku rase dorang da cukup besar boleh jage diri.
Baru2 ni kucing aku 2 ekor patah kaki. Suke sangat duduk bawah kereta watpe. Aishh..
Ni dah dewasa da ni.
Yang sekor tu da baik, lagi sekor tu tak sempat bawak gi klinik, die dah bawak diri dulu.
Tak tau pegi mane dah 3 hari tak balik. Sedih ngan risau :'(


Tuesday, July 5, 2011

karangan bahasa melayu

Pagi tadi aku bangun dengan bersemangat sekali kerana ingin sampai awal ke pejabat.
Selepas insiden semalam, aku berazam untuk keluar rumah lebih awal dari waktu biasa.


Tepat 7.10 pagi aku bergegas keluar dari rumah. 
Hatiku semakin gembira kerana jalan tidak lagi sesesak semalam.
Sewaktu berhenti di lampu isyarat, tiba-tiba aku ternampak gumpalan besar asap putih pekat yang aku tak pasti dari mana datangnya.
Aku memandang kiri dan kanan kerana menyangka mungkin ia datang dari kereta lain?
Tapi semua pemandu sedang memandang ke arahku.
Aku berasa hairan, tetapi aku buat tidak tahu sahaja.
Lampu isyarat bertukar hijau.


Sedang khusyuk memandu, tiba-tiba enjin keretaku mati.
Aku kaget. Aku cuba hidupkan enjin kmbali. Berjaya.
Aku memandu seperti biasa tetapi dengan kelajuan 20km/j sahaja kerana masih terperanjat.
Tiba-tiba aku melihat meter suhu naik mendadak lagi sedikit mahu mencapai tahap maksimum.
Aku semakin risau, tetapi aku masih memandu. Kali ini berkelajuan 15km/j.
Segera aku menelefon ayah. Ayah menyuruhku berhenti di tepi jalan.
Mulanya aku berkeras tidak mahu, tetapi aku berhenti juga akhirnya kerana keretaku mula berasap dan berbau hangit.


20minit kemuadian ayah sampai. Disebabkan aku telah lewat ke pejabat maka ayah menyuruh aku memandu keretanya ke pejabat.
Keretaku ayah hantar ke bengkel.
Dan aku sampai ke pejabat pada pukul 8.50 pagi, sama seperti semalam.


Sekian.


Saje nak letak pic ni. Diambil semasa menunggu ayah selamatkan aku

Monday, July 4, 2011

taksuke taksuke thing

Hari ni sampai ofis lewat gila.
Jem dekat Alam Damai je dah setengah jam.
Pelik betul selalu jalan tu jem tak sampai 10 minit.
Lepas sampai kat depan nak masuk highway pegi Puchong tengok2 jalan kosong je.
Memang shit la..


Pastu sambung jem dekat highway tol 2.20 (xtau name ape).
Sudahnya sampai ofis 8.50am.
Aku tak tau nak buat muka macam mana.
Nak senyum? Macam mintak penampar je.

Nak muka sedih? Over la pulak kan.
Nak muka risau? Tak terfikir pulak tadi.
Last2 buat muka selamba. Huhu.
On la pc macam biasa, then pergi toilet jap.
Sekali...


Ade orang skype. Ingatkan bonbon.
Tengok-tengok HR!


She: Kalau boleh lain kali jagan lambat lagi ek.. :)


Haih. Tetiba rasa cam nak balik rumah. Kecewa dengan diri sendiri.
Dan bengang dengan jem tadi grrr ^%##*&^!!


Sekarang takde mood nak senyum. Kerja pun dah siap sekarang tak tau nak buat apa, 
lagi la takde mood.
Orang lain aku tengok macam busy je. Stress pulak rase aku sorang2 duduk rilek.
Ape nak buat ni :'(