Wednesday, January 30, 2013

Cubaan membuat Durian Crepe!

Hye..
Sabtu kelmarin aku dengan semangatnye nak try buat durian crepe.
Aku tak tau sape punye resepi sebab adik aku yang tengokkan pastu bagi aku resepi tu.
Then tengok je video tutorial tapi still xingat sape punye video so xdapat nak kreditkan kat sini..
Maaf =.=
Mungkin sebab tu durian crepe aku....
Ahahaaaiii...

Ok jom tengok bahan-bahan (credit to that person) :

Kulit :
250g tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung jagung
300ml fresh milk
200ml air
1 sudu kecik esen vanilla
1 sudu kecik pewarna kuning (or warna pape pun bolehhh)
3 biji telur ayam
garam secukup rasa
1 sudu butter dicairkan

Isi :
Durian yang manis (mesti tau sbb aku penah terbeli durian crepe isi pahit. tapi balun licin gak haha)
Whipped cream

Yang bahan untuk kulit tu ya Allah memang senang gila nak buat. Aku masukkan sume bahan tu dalam blender pastu blend je smpai sume bahan dah bercampur sebati. Sonang.
But here comes the susah - renyah part : nak masakkan dia atas api n make sure dia nipis.
Ambik non-stick pan and letak adunan kulit td slow-slow. Api mesti kene kecikk je, kalau besar sikit nanti kulit tu jadi terlalu kering and keras.
Disebabkan aku tak pandai nak control tangan, maka ketebalan kulit crepe aku adalah berbeza-beza tapiiii satu pun xde yang nipis. Yang paling nipis pun still tebal jugak miahaha >.<.
Bagi sesiapa yang ada masalah macam aku, dinasihatkan beli non-stick pan yang ade lekuk and tangkai tu so bila korang letak adunan tadi dalam tu korang boleh adjust-adjust ketebalan tu, I mean korang boleh adjust ke kiri kanan atas bawah bagi lapisan tu betul2 nipis n baru letak atas api.
Pan yang aku cakap macam gamba kat bawah ni heheh.
Aku guna pan yang rata je even die non stick, tapi tu lah susah skit nak adjust tebal tu.
Ke aku yang xpandai? =.='




Part inti, oh senang jugak sebenarnya. Tapi aku guna cara yang aku tak mahir so die jadi payah.
Haha. Inti die just letak whipped cream and isi durian saje.
Kalau nak letak isi lain pun bolehh..mana tau korang nak letak buah manggis ke rambutan ke kan.. janji letak cream.
Aku guna whipped cream yang dalam box tu sebab ikut resepi orang kan, so ikut je la sebijik hehe.
Cream tu dalam bentuk cecair so nak bagi dia jadi cream korang kene pukul cream tu sampai kembang. Masalahnya, aku dah pukul dah mula2 dia kembang naik pastu aku gi la buat bende lain sekali bila aku datang balik tengok OMG die kecut balik!
Aku pukul lagi lagi dan lagi pun still xnaik2 dah. Mak aku kata bekukan dalam peti ais pastu esok putar balik. Tapi esoknye bila aku putar balik same je gitu gak.
Nak beli cream baru macam membazir sebab 1 cream tu pun dah mahal haha well aku kedekut skit :p
So aku buang air dia bagi tinggal solid cream, pastu aku tambah gula sikit. Then pukul lagi. Boleh la naik la jugak even sikit T.T.
Ni lah kulit crepe and cream aku. Nampak agak menyedihkan hahaha tapi aku tau korang boleh buat much more better than this hahahaha >:D



Lagi sekali bagi yang ade masalah tak pandai pukul cream macam aku silalah beli whiping cream siap dalam tin aerosol tu ye. Kita spray-spray saje xpayah pukul2 dah..

Then ape lagi, bungkus saje isi durian tadi dengan cream macam pic bawah ni n lipat bentuk bantal ccomel-comel.




Ni aku punya yang dah siap. Gelaklah aku tau xlawa hahaha. Tapi rasa die okay la not too bad hu3.
Nanti nak buat lagi skali smpai jadi!


Okay sekian thanks for reading ;p

Thursday, January 24, 2013

Welcoming january 2013 - Part II

Hye assalamualaikum.
OK kali ni baru betul2 nak welcoming new year 2013.
Nak cerita pasal plan and azam supaya bila lupa boleh refer entry ni cewah.
Azam tahun lepas aku dah tak ingat tercapai ke tak. Rasanya mostly tercapai tapi ada 1 or 2 yang masih belum
So continue lah tahun ni hewhew >.<

1. Mengikut perancangan, tahun ni aku nak start kumpul duit. Untuk apa?
Untuk macam-macam. Aku kalau boleh nak bagi banyak duit kat mak ayah aku tetiap bulan, plus bayarkan bil api air skali full. And kalau boleh nak bayar bile telefon dorang jugak. Tapi setakat ni cuma mampu bagi sikit and bayarkan bill api air. Hmm.. Aku ingat nak beli asset macam rumah, pastu untuk masa depan jugak. Mana tau tetiba aku kawin ke tahun ni or tahun depan kan? Haha yaks

2. Pastu perancangan kedua ni aku rasa setiap tahun aku akan rancang benda sama. Nak clearkan hutang. Hutang ngan bank maybe lambat skit kot tapi aku traget hutang macam pending phone bill ke, pending Unifi bill ke, electric bill ke... Eh kantoi la aku nyer bill ade pending. Daim =.=

3. Target nak pergi bercuti oversea at least 1 tahun sekali hihi. Tapi tahun ni je aku dah beli tiket untuk pergi 3 tempat ahaks. Rakus :D March nak pergi Bukit Tinggi Indonesia, May nak pergi Bandung, September nak pergi Koreaaa yippi! Tapi tak tau lah duit nak belanje cukup ntah tidak errr.. Takpe lah tu nanti pikir janji tiket flight dah lepas. Kalau tiket flight tak lepas tu masalah besar kan? :D

4. Business. Aku ni suka business tapi aku memilih jugak la. Aku takkan buat business bende yang aku tak minat. Insyaallah tahun ni nak buat satu lagi business tapi still dalam perancangan. Harap sangat ade rezeki aku buat business ni. Dah confirm nanti baru aku announce k. Stay tuneee

5. Since tahun ni je dah ramai kawan-kawan aku planning nak tunang lah kawin lah honeymoon lah ade baby lah bla bla bla. Maka aku rase sedikit tercalar. Hahaha betul ke ayat tu?Belasahh. So aku pun harap boleh la ikut macam dorang jugak. Aku pun tak tau kenapa setahun dua ni aku memang takde luck dalam hal ni.
Memang aku memilih tapi bukan memilih apa pun, cume belajar dari kesilapan masa lalu.
Tak salah kan? Ya Allah.. :)

Erm ape lagi ek. Macam banyak je draft hari tu. Nanti kalau teringat aku tambah lagi.
Ni je lah yang aku ingat as for now. Semoga tahun ni tahun cemerlang buat aku amiiinnn insyaallah.. Korang doakan aku gak ye :')

Sebelum tu iklan jap, sesiapa nak consultation or tips or belajar cara make up and penjagaan kulit boleh contact ye. Contact ade kat tepi bahagian persona info.
TQ maceh I lebiu bye!

welcoming Januari 2013 + Asus VivoTab

Happy new year 2013!
Erkk dah lambat sangat kot nak masuk bulan 2 dah ni.
Cepat betul masa berlalu.

Awal Januari aku agak busy, kat office pun kerja banyak sampai kene OT.
Pastu busy nak hantar barang customer, jumpa customer, event lagi.
Ada seminggu tu direct lepas balik kerja terus jumpa customer buat skin care class, and consultation jugak.
Penat tapi berbaloi alhamdulillah :)

As for now, laptop aku rosak huhu. Susah sikit aku nak update blog or berfacebook.
Pape sume aku buat kat office. Handphone ade tapi cam lemas la sebab screen kecik.
Walaupun pakai S Note yang screen gedabak tu, tapi still xleh lawan laptop punye screen kan hehehe.
Sekarang ni laptop tak boleh on. Dia tak boleh masuk OS.
So nak try format dulu harap-harap laa boleh huhu.
Last week hari tu pegi usha2 kedai laptop. Ingat nak cari laptop baru. laptop ni pun dah 5 tahun aku guna terasa nak pakai laptop baru gak. Ish ish nafsuuu.
Aku rasa kalau mengandung ni ntah2 bukan mengidam makanan tapi mengidam nak pakai gadjet baru hahahaha gila :D

Tengah dok cari tu terjumpa la Asus VivoTab. Omaigoddd brilliant!
Dia 10inch tablet which running on Windows 8 RT, guna MS Office 2013, ada front camera 2MP and back camera 8MP jugak (benda utama yg aku carik hewhew) , fungsi macam laptop ada wifi and bluetooth, ada USB port , boleh support 3G and GPS, and paling best dia ada 2 battery.
1 battery dekat screen which is tablet itself and lg satu battery kat keyboard dia. Keyboard and tablet dia boleh cabut2, so bila rasa nak bawak jalan2 boleh ambik tablet tu saja, and bila nak buat kerja kat rumah boleh cucuk kat keyboard.Ohsomeeee!
Aku ni dah la jenis bermasalah dengan battery. Baru awal bulan hari tu aku tukar battery S Note sebab dah kembung terlalu banyak sangat bagi makan hukhuk.

Processor pakai Quard core, but not Intel la, only AMD. Ok la jugak kot.
Laptop aku dulu pun pakai AMD so far xde masalah sangat cuma die cepat panas tatau nape.
Tapi laptop aku tu masa mula2 AMD keluar so mana tau skarang dorang dah fix the issue or dah upgrade ke kan?Hahaa..

Dari segi software, 1 thing la dia xboleh nak install mcm2 sangat macam kat computer biasa.
Dia just boleh install software and apps dari Windows market. Windows market tu macam Android market jugak. Tapi tengok hari tu macam not bad jugak la. Aku pun dah tak guna lagi software2 network macam masa zaman belajar dulu sejak kerja ni huhuhu.

Range harga antara RM2199 - 2499. Aku nakkk sangat beli sekarang tapi apakan daya, cash tak cukup. Credit card pulak dah over limit hewhew whattodo..tunggu jela sampai dapat kumpul cukup duit >.<

Eh tetiba entry new year aku dah jadi entry product review.
Ciss sume pasal Asus tablet ni la buat aku terbayang2 hahaha zzz...


Monday, January 14, 2013

Marah

Mulut,
Kalau nak ikutkan sebijik ape yang hati cakap,
Memang binasalah.
Hati tengah marah,
Mungkin penuh dengan sumpah seranah maki hamun,
Kalau lepas di mulut,
Memang tak boleh nak undur balik.
Ape yang tinggal lepas tu,
Sama ada kepuasan hati, tak pun penyesalan.
Marah