Showing posts with label feelings. Show all posts
Showing posts with label feelings. Show all posts

Friday, November 11, 2016

Kisah seorang gadis kaca mata

Assalamualaikum & hai!!

Tiba-tiba hari ni teringat satu kisah ttg spec mata :)
Antara kenangan yg xboleh lupa even dia bukan la kenangan manis pun.
Kerana spec mata aku dihina.
Cewah drama sgttttt 

------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku memang rabun dari zaman sekolah rendah.
Waktu aku darjah 4 kalau xsilap aku dah start pakai spec.
Masa tu spec sume old skool, jenis yang bingkai tebal.
Hehehehe memang uduh nampak bila pakai yg xkena dgn muka (aku la tu) 
Dan waktu zaman tu jugak (around 1999) spec ni bukan lah satu benda yg trendy, tapi org kata lebih kepada budak nerd. Siapa yg pakai spec je lagi2 yg bingkai tebal, kanta tebal memang kene cop nerd lah.
Tapi ape pun aku bersyukur jugak sebab ada yg still sudi nak kawan dengan aku, Stea, Qila, Mirra, Sara & yang lain2 walaupun aku ni x femes langsung kat skolah .
Eh tapi aku pengawas tau hehehe.
Tak cun, kulit hitam, berminyak berjelaga semua ada, pastu spec bingkai tebal & besar.
Nak tunjuk gambar ntah mana.
Sebab aku x ambik port langsung gambar2 sekolah dulu since aku sedar diri aku tak comel macam dorang. Yes it affected my self confidence a lot. Sampai la aku meningkat dewasa.

Masa sekolah rendah budak2 lelaki perlekehkan aku, aku ingat lagi ada sorang tu panggil aku ' Mata Lebah' okkk. Dan sorang budak kelas aku suka cari gaduh dengan aku, maybe sakit ati tengok muka aku kot. Hahahaha. Kadang2 dorang main sepak2 kaki ngan aku. Ada sekali tu dia tarik tudung aku sampai tercabut. Malu weh.
Aku of course melawan jugak , dia sepak aku aku sepak dia balik.
Tapi lelaki kan kuat, sakit dia of course lebih drp apa yang aku balas kat dia.
Memang aku sangat tak suka zaman sekolah rendah aku.
Sangat tak suka 

Dan pernah aku minat sorang budak ni, kawan aku pi pedajal letak surat dalam beg dia.
Ada nama aku. Nama penuh pulak tu.
Dah la kitorang naik bas sama2, budak lelaki tu gi baca surat tu dalam bas.
Dia & the gang memang ketawa kan aku kaw2 punya lah.
Malu memang xyah cakap la aku rase nak terjun bas time-time tu jugak.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekolah menengah is better than sekolah rendah. X de ejek2 dah.
Masa ni pun aku dah tukar spec pakai bingkai besi bulat, yang nipis sikit tu.
So xla uduh sangat aku rasa. 

Masuk sekolah menengah form 1, dah start duduk asrama, aku jadi seorang yg pendiam, pasif, low self esteem, nak volunteer memang ko xkan nampak aku angkat tangan lah hehehe. Sebab aku rasa xde sape nak pandang aku yang xlawa ni. Still pakai spec lagi. Tapi alhamdulillah xde la kata2 yang teruk org lempar kat aku. Just dulu disebabkan aku tak lawa, aku pakai tudung ke depan skit sebab nak sorok spec.
Punya fobia aku dengan spec dulu weh.
Nak pakai contact lense masa tu budak lagi, mana tau pasal lense ni.
Plus family aku pun bukan orang kaya nak beli lense bertukar ganti tetiap bulan ni.
Senior2 panggil aku 'Budak tudung Kedepan'.
Adoi kesian aku kan hahahha.
Aku tau pun sebab aku kawan dengan sorang budak cun, Shasha.
Dia ni kawan aku dari sekolah rendah lagi. Kebetulan dapat masuk sekolah menengah sama.
Dia la yg cerita terdengar senior cakap-cakap.

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Form 4-5 aku tukar sekolah menengah.
Dekat Taiping pulak. Tukar spec lagi kali ni ikut trend skit lah ahahaha.
Pakai spec bingkai petak warna hitam.
Femse time ni bingkai petak. Ai rasa in trend sangat 
Konfiden level da naik sikit, berani2 lah nak menegur nak berkawan semua hihihi.
Kalau tak kene tunggu orang tegur baru nak berkawan. Ishh...

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Masa kat matrix dengan kat U, alhamdulillah ok.
Ramai jugak aku tengok sejenis dengan aku, pakai spec hihhi.
So xla awkward sangat.
Tapi still kene ejek dengan sorang classmate aku masa kat matrix , lelaki.
Tapi masa ni dah besar, xde la nak kecik ati sgt.

Ada satu masa tu mata aku mcm masuk habuk ke ape tah, so bukak la spec kejap.
Then saja lah jalan2 tanpa spec. Sekali budak tu nampak dia kutuk aku tau.
Sebab masa tu dark circle teruk gila, hitam. Siapa pakai spec lama dia faham la macam mana, dark circle dia mcm mana sebab pakai spec tebal, and mata jadi kecik skit.
Memang kelaka.
Geram btul aku time tu.
Fobia dah xnak bukak spec.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Zaman U adalah zaman yang paling terindah dalam hidup aku,
Aku berubah 360 darjah beb!

Ditakdirkan aku dapat kawan2 yang gila2, Aida, Bakish, Wanie, Farah, all classmates aku dan roomate aku Farah sangat memeriah kan zaman U aku! Dorang ni jenis yang outspoken & xde nye nak segan2 bagai, jenis selamba.
So aku pun terikut sekali.
And aku rasa best sangat sebab aku dapat keluar dari rasa takut dengan diri sndiri tu.
Kalau tak semua benda aku takut nak buat.
So even waktu tu aku masih pakai spec, aku dah x macam dulu.
Tudung pun dah xkedepan hehhehe.
Feeling better lah orang cakap sebab boleh jadi diri sendiri 

Masuk sem 2, aku kene kick drp duduk hostel . Tak tau la sebab apa.
Nak kata aku x active berpersatuan, aku siap masuk kelab aerobic, siap masuk pertandingan ok.
Cuma x menang je. So aku pun bawak diri cari rumah sewa.

Lagi sekali Allah takdirkan aku dapat serumah dengan Nana & Kak Paten! 
Kami memang sekepala. And dorang memang sangat fun! Banyak sangat aku belajar erti kehidupan, pengalaman & macam2 lagi termasuk la grooming.
Hehehehe.

Masa ni la aku mula berjinak2 dengan contact lense.
Daripada xde color sampai la berani pakai yg ada color!
Brown, green, grey perhh..
Haa kan aku dah kata berubah 360 darjah!hehehe

Lepas tu aku belajar make up dengan dorang. Tengok dorang make up aku pun follow skali, kadang2 aku jadi tester dorang. Kalau nak test style mekap baru memang aku la tikus dia. And aku pun dah start belajar make up thru youtube. Ni semua dorang punya pasal hehehe.
Penampilan aku masa tu pun dah start berubah.
Pergi kelas bermekap. Lepas solat pun touch up make up hokeyy.
Masa ni la start dah ada peminat muahahahahaah 

Ada satu kisah yang aku sangat2 xboleh lupa sampai skrg.
Waktu ni baru start femes Facebook, Tagged.
Nak dijadikan cerita, aku ter berkenalan dengan sorang mamat ni..
X ingat kenal drp mana tapi lepas tu kitorang bertukar YM. 
Aku berubah 360 darjah pun xde la sampai lupa diri.
Aku still xberani nak blind2 date bagai. So aku memang xpernah bagi no fon aku kat stranger.
Paling berani pun YM je.

So kitorang pun bersembang la boleh kata setiap malam jugak.
Borak2 , and mamat ni kachak. Belajar pilot. 
Macam suri hati mr pilot pulak kan tapi kecundang hahahahhaha.
Dekat pic YM aku letak pic aku, of kos la pic xpakai spec kan. 
Pic paling cun aku letak.
Since masa tu spec pun aku pakai malam je. Siang pakai contact lense.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu dia nak buat video chat.
Ouch. Excited mak hahahaha 
Tapi malam lah. Ok aku pun on je.
Then malam tu aku pk, nak pakai spec ke lense.
So aku decide utk pakai spec je, sebab malas satu hal, sebab nak tengok reaction dia bila tengok aku pakai spec. Ye la selama ni tgok pic xpakai spec kan.

Waktu yg ditunggu dah sampai. Dia dah turn on webcam dia So my turn.
Keluarlah muka aku yg 'comel' pakai spec hehehe.
Sekali tak sempat cakap apa2, even hi pun, dia terus OFF webcam.
Aku terkejut la pasaipa. Ingatkan bad connection ke apa.
Aku YM la tanya kenapa? TAK respon ok! And lepas tu dia terus OFFLINE xtegur aku dah.


Aku rasa sedih, down. Tak sangka zaman ni pun jumpa lagi org yg anti-specky.
Dan memang itu lah last aku chat dengan dia.
Lepas pada tu aku tak pernah tunjuk pic aku with spec.
Serious aku fobia. Aku rasa spec ni teruk sangat sampai buat org lari.
Kesian aku kan.

1 year later (kalau xsilap aku), mamat tu tegur aku kat YM.
He said sorry sebab buat aku macam tu LAST YEAR.
Hahahaha. Pastu request nak kawan ngn aku balik. Siap add aku kat Facebook.
Masa tu aku memang da tawar hati. Benci gila dengan dia & semua lelaki!
Aku rasa lelaki semua tengok paras rupa je.
Tapi aku still approve fren request dia. Motif? 
Sebab nak tunjuk kat dia hello kau ingat aku xde life ke?
Orang specky cam aku pun life best, lagi best drp kau!
Begitu lah lebih kurang.

-----------------------------------------------------------------------

Masuk zaman bekerja. Dari aku graduate sampai 3 tahun aku kerja aku adalah SINGLE.
Hahahaha best kan. Serius memang aku sangat memilih & hati batu waktu tu.

Ingatkan dah besar xde dah issue spec. Kikiki lawak plak rase.
But still aku x konfiden lagi nak keluar dengan spec.
Even nak pergi kedai depan rumah pun pakai lense beb.
Rajin x aku.

Ada je lelaki yg approach aku, semua aku test dulu.
Boleh terima x diri aku seadanya?
Boleh terima x aku yg specky ni? 
Ye la kalau kawin nanti xkan aku 24 jam nak pakai speck kan semata-mata takut kene reject.

Finally alhamdulillah, jumpa seorang lelaki yg bila first time tgok aku pakai spec lepas sekian lama kawan ngan aku xpernah tgok aku pakai spec , and dia kata COMEL. 
Terkejut. Mula-mula xpercaya jugak. Tapi 1 day dia cakap lagi yg dia suka tgok aku pakai spec.
And dia xtau pun pasal history aku dengan spec macam mana.
So aku consider dia as jujur la kot 
Dan lelaki tu dah jadi suami aku dah pun 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lepas kawin, aku dah tak heran da ape orang nak kata bila aku pakai spec.
Tetiba konfiden level tinggi kann 
Janji laki aku ok. Plus sejak dah lama ber Mary Kay aku jadi lagi konfiden.
Skin pun dah makin sihat.
Nothing to hide 

Sekarang boleh dah, pi tengok wayang pun pakai spec.
Pergi jumpa customer hantar barang pun kadang2 pakai spec.
Keluar dating pun kadang2 pakai spec.
Hehehehe alhamdulillah..
Kalau korang nak cari suami, cari lelaki yg boleh terima semua kekurangan kita.

Sekian cerita dari si gadis kaca mata.
Eh jap , gadis ke? Wanita dahh... 








Monday, April 14, 2014

Move on

Assalamualaikum~

Hari ni 14 April, 19 days after I quitted my job.
Hehe.
Perasaannya...rindu.
Rindu nak berborak menyakat ngan kawan2 office, rindu pergi lunch ramai2 tiap kali Jumaat je memang babai la user, sape kacau nak dekat2 kul 12 memang xkan dilayan hehehe.
Rindu nak beli durian crepe, rindu bergossip tiap2 pagi, rindu potluck..celebration semualah!
Tapi rindu nak kerja stress2 tu xde lah hehehe :p
Aku rase sedih tapi dalam masa yg sama aku rasa lega sebab lepaskan sumthing yg aku dah xleh go on.

Challenge lepas tender?
Of course ade hehe.
Well aku da xleh bershopping cam dulu, sebab kene make sure duit sentiasa ade dlm acc.
Xkan nak mengharap suami je semua. Over ok.
Kereta ngn credit card kne byr sndiri hu3 *pengsan*
So sementara nak tunggu stabil ni, aku ade la jugak apply keje lain, go on dgn bisnes Mary Kay and Shaklee.
Ni la masanya, sebelum ni xde masa nak mengupdate , sekarang hah masa kemain banyak lagi muahaha :p
Apepun, aku xmenyesal bila keadaan jadi macam ni.
Ni lah risiko yang aku dah expect masa buat keputusan hari tu, but..no turning back.
Keep going and smile!
Rezeki tu Allah yang bagi asalkan kita usaha.
Insyaallah..Aku yakin janji Allah tu pasti.
Bezanya cepat n lambat je :)



Sunday, October 13, 2013

counting days #3

Assalamualaikum n haii..

Dah hampir sebulan aku balik dari Korea.
Seriously I really miss that place.
Aku rindu jalan2 naik subway, rindu nak jalan-jalan cari makanan yg halal kat sana,
rindu every day pagi breakfast kat hostel sambil tengok citer korea even xpaham ape die cakap hahaha,
rindu lepak kat Hangang River (tempat tu belakang hostel aku je kebetulan)...
Memang nak kene pegi lagi skali nih :D
Nanti ade masa aku buat travelogue Korea k!

Sekarang aku dah lepas 2nd phase : engagement.
Alhamdulillah it ends well on 16 September 2013.
Majlis simple je tapi sbb mse tu raya kan, so family aku combine skali ngn openhouse belah petang nye tu.
So ade kwn2 yg dtg awl tu terkantoi la plak kan hahaha.
Ingat xnak org tau pun..tp nak wat cmne...huhu.

So sekarang ni, counting days untuk nikah pulak.
Dalam x sedar, lagi 4 bulan lebih je tinggal untuk aku uruskan majlis.
Banyak gak bende yg kne buat sebenarnye.
Kkdg pk mcm nak cepatla settlekan sbb sakit kepala fikir.
Duit lagi, tempah tu tempah ni..macam2 la, cari rumah lagi.
Ape pun aku doakan semoga Allah permudahkan urusan kitorang and semoga aku xcepat naik marah la ye.
Ahahaha aku ni kan memang cepat je stress cepat je nak marah :p
Korang pun doakan sama tau :)

Oh by the way, The Lacey Lace nak buat jualan penghabisan stok sebab nak bawak masuk new item.
All items will be on 50% discount.
Like page https://www.facebook.com/TheLaceyLace and pm untuk dapatkan 50% discount.
TQ u alls! ;)


Sunday, August 11, 2013

counting days #2

Assalamualaikum~
Yeah selamat hari rayaa!

Hari ni baru ade rase nak update something.
Too many changes in my life lately.
1, aku tak lagi support GM
2, aku bukan lagi service desk yahooo!
3, aku tukar office building and penat skit sebab kene angkut barang2 n backup data
4, training untuk position baru dah start last 2 weeks so hari2 aku kene make sure aku tido cukup supaya xngantuk time training ahaha
5, preparation untuk pegi Korea *psst cuti da approve*
6, preparation towards big event ;)

Raya kali ni xberapa meriah macam raya tahun lepas.
Sebabnye xramai yang ade kat kampung kali ni. Ye la ramai yg dah ade family sendiri and ada yang kene raya belah mentua kan.
Plus, ayah aku plak keje hari raya 2nd tu.
So balik kampung pun kejap je and aku ler full time driver kann~
N xberapa meriah jugak sebab Tok Lang aku sakit :( So kitorg datang melawat dia.
Sedih keadaan dia, teringat keaadaan arwah atuk masa dia sakit dulu.
Al fatihah..

Pastu kebiasaannya tiap tahun akan pergi umah Tok Lang tapi tahun n xpegi n aku pun xtau knape huhu.
Kat rumah die slalu hidang nasi impit ngn kuah Lodeh which is sgt sedapppp!
My favourite sgt2 huhu tapi tahun ni xdpt mkn :(
But after all, aku still happy sebab jumpa n gosip2 ngn cousin2 aku hehehe.

By the way..
Insyaallah lagi 2 minggu I'm going to get engage with someone :)
Haha seriously macam xcaye aku boleh seserius ni.
And lagi tak caye bila someone tu ialah totally a stranger and aku cuma kenal dia baru 4bulan hihi.
Tu pun secara tak sengaja.
Tapi ape pun aku yakin dengan pilihan n keputusan aku insyaAllah..
Semoga ini yang terbaik :)

Preparation? Belum prepare lagi.
Bilik masih sepah. Baju belum 100% siap.
Hantaran tak gubah lagi.
Maybe next week baru rasa feel die kot. Sekarang mood raya plus mood malas lagi.
Semua malas. Nak kerja pun malas hehehe.

Btw, jemput singgah kat The Lacey Lace untuk chiffon skirt berkualiti :
https://www.facebook.com/TheLaceyLace
Thank you!


Wednesday, June 12, 2013

counting days #1

Assalamualaikum~

Counting days sementara nak tunggu hari merisik tiba.
Eleh merisik je pun. Kecoh *.*
Fine. Tapi tah sebab nak tau jugak camne rasenye risik tu kan?
Hahaha. Mak aku cakap aku xyah join sama pun biar org tua yg discuss.
Oh lagi best boleh aku lepak dalam bilik main candy crush.
Keluar bilik tau-tau dah ade date boleh?Hehehe XD

Meanwhile...
Hari-hari aku teringat pasal kawan aku sorang ni.
Tengok jam teringat dia.Tengok wallet, kitty, camera semua teringat dia.
Nak contact tak boleh semua dia dah block huhu.
Tapi ape pun aku harap dia sihat n dalam keadaan baik je.
Semoga dipermudahkan segala urusan dia dunia akhirat n semoga dapat jumpa wanita yang lebih baik dari aku.
Amin..
I will miss him :(

**It's not about how long u know each other, it's about how deep u know each other**

Thursday, January 24, 2013

Welcoming january 2013 - Part II

Hye assalamualaikum.
OK kali ni baru betul2 nak welcoming new year 2013.
Nak cerita pasal plan and azam supaya bila lupa boleh refer entry ni cewah.
Azam tahun lepas aku dah tak ingat tercapai ke tak. Rasanya mostly tercapai tapi ada 1 or 2 yang masih belum
So continue lah tahun ni hewhew >.<

1. Mengikut perancangan, tahun ni aku nak start kumpul duit. Untuk apa?
Untuk macam-macam. Aku kalau boleh nak bagi banyak duit kat mak ayah aku tetiap bulan, plus bayarkan bil api air skali full. And kalau boleh nak bayar bile telefon dorang jugak. Tapi setakat ni cuma mampu bagi sikit and bayarkan bill api air. Hmm.. Aku ingat nak beli asset macam rumah, pastu untuk masa depan jugak. Mana tau tetiba aku kawin ke tahun ni or tahun depan kan? Haha yaks

2. Pastu perancangan kedua ni aku rasa setiap tahun aku akan rancang benda sama. Nak clearkan hutang. Hutang ngan bank maybe lambat skit kot tapi aku traget hutang macam pending phone bill ke, pending Unifi bill ke, electric bill ke... Eh kantoi la aku nyer bill ade pending. Daim =.=

3. Target nak pergi bercuti oversea at least 1 tahun sekali hihi. Tapi tahun ni je aku dah beli tiket untuk pergi 3 tempat ahaks. Rakus :D March nak pergi Bukit Tinggi Indonesia, May nak pergi Bandung, September nak pergi Koreaaa yippi! Tapi tak tau lah duit nak belanje cukup ntah tidak errr.. Takpe lah tu nanti pikir janji tiket flight dah lepas. Kalau tiket flight tak lepas tu masalah besar kan? :D

4. Business. Aku ni suka business tapi aku memilih jugak la. Aku takkan buat business bende yang aku tak minat. Insyaallah tahun ni nak buat satu lagi business tapi still dalam perancangan. Harap sangat ade rezeki aku buat business ni. Dah confirm nanti baru aku announce k. Stay tuneee

5. Since tahun ni je dah ramai kawan-kawan aku planning nak tunang lah kawin lah honeymoon lah ade baby lah bla bla bla. Maka aku rase sedikit tercalar. Hahaha betul ke ayat tu?Belasahh. So aku pun harap boleh la ikut macam dorang jugak. Aku pun tak tau kenapa setahun dua ni aku memang takde luck dalam hal ni.
Memang aku memilih tapi bukan memilih apa pun, cume belajar dari kesilapan masa lalu.
Tak salah kan? Ya Allah.. :)

Erm ape lagi ek. Macam banyak je draft hari tu. Nanti kalau teringat aku tambah lagi.
Ni je lah yang aku ingat as for now. Semoga tahun ni tahun cemerlang buat aku amiiinnn insyaallah.. Korang doakan aku gak ye :')

Sebelum tu iklan jap, sesiapa nak consultation or tips or belajar cara make up and penjagaan kulit boleh contact ye. Contact ade kat tepi bahagian persona info.
TQ maceh I lebiu bye!

Friday, December 14, 2012

girl's guide book

Hello peeps!
Assalamualaikum!

Hari ni tak banyak keje yeay. Call pun baru 1 masuk. Email n chat belum ada.
Aku harap situasi ni berkekalan sampai pukul 2.30 karang.
Pastu nak chow on time sebab lepas ni kene gi KL jumpa customer lalala.
Tapi bosan gak xde keje sebnanye =.='

Anyway, sebnanye nak tunjuk sumting ni.
Hahaha jap.

 
 
 

Fewwitt. Tengok tajuk pun cukup. Caye x aku ade buku ni? Caye x??
Hahaha aku pun xcaya tapi aku beli buku ni kat Book Fair selasa lepas dengan harga RM3.
Yes, 3 inggit je. Harga lunch aku pun lebih 3 inggit.
Ni sume gara-gara si Nana Markonah maka aku pun terpengaruh skali.
Kitorang g 3 orang, aku,Nana n adik ipar die skali 3 3 beli buku ni sorang satu.
Terbaik~ bleh study sesame kan haha :D
 
Aku baru bace 1st page, menarik gak, sangat bermotivasi sampai aku rase nak gi dating.
Cewah hahaha pui. Tapi xabis bace lg pun buku tu.
Tak tau la ape yg akan jadi kat aku lepas khatam buku ni.
Sama2 kita nantikan smoga xjadi bende pelik2 kat aku.
 
Meh nak share satu petikan dr buku ni :
"It's better to have loved and lost, than never to have loved at all"
Stuju? :')
 
Chapter 1 buku ni cakap, "date different men".
Errr..perlukah ajak semua lelaki single yg kita kenal pegi date?
 
 
 
 
 
 

Saturday, November 17, 2012

Rindu Bandung


Bila kepala rasa sesak je aku mesti teringat Bandung.
Honestly masa pergi Bandung last month aku rasa sangat tenang.
Sebabnya aku jauh dari ke-busy-an kat ofis. Aku jauh dari orang-orang yang menyerabutkan aku.
Aku jauh dari kawan-kawan n family so dorang boleh rindu aku *cewah* hahaha ade ke :p.
Aku jauh dari masalah duniawi, masalah peribadi, masalah bla bla bla. Hihi.

Kat sana fon aku hidup selama 2 hari je. Sebab kat sana plug sume 2 pin, n charger aku 3 pin.
Nak beli plug baru tapi asik terlupa sebab dalam kepala otak asik pikir mane nak pegi shopping lg ni ek?
Last2 sampai kesudah la tak beli. N aku pun xbeli no fon sana. Just call mak aku 2-3 kali guna Stea punye fon.
Hehe maceh Stea :p
Honestly, I really don't want to get connected to Malaysia at that moment.
Just nak ada aku n Bandung *poyo lagi*

Aku nak cerita lagi pasal Bandung tapi ngantuk pulak.
Sejak keje awal pagi ni memang ngantuk awal.
Hehe ok esok aku nak gi AIM tengok live for the first time.
Semoga boleh jumpa Hazama.
Hahaha gudnite olls esok aku citer lagi ;)

Thursday, November 15, 2012

What a woman wants from man?

Assalamualaikum..

Entry hari ni tentang woman ye bukan girl.
A woman and a girl is a huge different.
Sebab tu what they want from man is soo different from a girl's thought.
Aku rase nak tulis entry ni sebab aku tengok ade kawan-kawan aku yang bermasalah dalam hubungan dorang. So this is my opinion :)

What a woman wants from man?
1. Love
Of course semua orang pun perlukan ni kan..hehe. Tapi dalam konsep yang berbeza.
A woman wants a love which is bukan sekadar kata-kata, tapi melalui bukti dan kasih sayang.
Rase macam pelik pulak aku cakap ayat2 ni eww..tapi layankan je la. Kate pendapat. Hehe.
A woman wants a love yang bukan setakat keluar dating buang duit, buat bende bukan2 but something yang simple, not complicated ade future.

2. Care
Ni pun sama macam konsep cinta. But caring yang tak over la . Jangan sampai nak pergi toilet pun kene bagitau, reply mesej lambat pun kene bagitau reason. Pastu gaduh2. Apakah?
Haha. So lelaki sekalian, belajarlah caring dengan cara yang matang ye.

3. Marriage
Semua orang mengimpikan hubungan cinta akan berakhir dengan perkahwinan kan. Most woman xsuka kalau isu kahwin ni dilambat-lambat kan. Perempuan ni kalau die dah ade keyakinan and ready nak kahwin, janganla dilambat-lambatkan. Sebab umur makin meningkat, lagi-lagi kalau untuk perempuan umur 28 ke atas tu dah kira lambat.Untuk lelaki tu muda lagi boleh yo yo wasap lagi. So kalaulah bercinta dah lama tapi si lelaki tu target kawin lepas da stabil la, lepas umur 30 la, itu adalah satu stress bagi perempuan sebenarnya and dorang akan cenderung untuk rasa putus asa and kemungkinan boleh tertarik dengan lelaki lain yang dah ready nak kahwin. Too cruel to hear this but this is the reality now.

4. Career
Cuba cakap perempuan mana nak lelaki yang xde pekerjaan?

5. Financial stability
Kalau dah ade pekerjaan tapi xpandai manage duit, pastu mintak duit kat perempuan pulak, memang jangan salahkan perempuan la kalau die tinggalkan lelaki tu. Ye la nanti dah kawin nak bagi anak bini makan ape?Takkan nak perempuan support kot...Support skit2 perbelanjaan rumah boleh la tapi kalau duit barang dapur pun nak kene perempuan tanggung camne tu?

6. Safety
Lelaki tak perlu berbody builder 6pax  untuk meyakinkan perempuan yang dia boleh menjaga keselamatan perempuan tu. Always there when a woman needs you if possible. And bila bersama dengan perempuan, show your concern and jaga dorang baik-baik, macam jaga barang yang kita sayang ^.^

7. Guidance (more to religion)
This is the most wanted from a woman. Mereka perlukan bimbingan dunia dan akhirat dan mengharapkan yang lelaki itu dapat membimbing keluarga kelak.

8. Happy relationship
Perempuan memang cepat emosional. Tapi ade sebab kenapa mereka emosional kerana mereka sangat mengambil serius tentang sesuatu perkara itu. Elakkan pergaduhan dan elakkan dari membesarkan perkara kecil. Perempuan suka apabila seseorang lelaki itu pandai menghandle masalah dengan tenang , cool dan dengan cara yang baik and matang.

Akhir kata, Selamat penganti baru buat anda semua yang baru mendirikan rumah tangga.
Semoga kekal ke akhir hayat.
Aku ni bila lagi ntah? Belum jumpa prince charming rasenye ;p

Saturday, September 8, 2012

Emotional, too much expression?

Hari ni aku sangatlah emosi.
Kat ofis lak tu.
Haha bile pikir2 balik malu la pulak >.<
Maybe sebab hari ni dengan aku baru period lagi and dengan senggugut nye lagi.
Mane aku x cepat naik angin kan...

Ade satu issue kat ofis hari ni. Bende tu actually memang la salah aku tapi bukan 100% salah aku.
Padahal minah tu yang punca. Then boleh x die anta email ayat memang salahkan aku je untuk semua tu.
Pastu cc sume leads.
And sampai leads pun email aku cakap pasal ni.
Eh aku xkisah pun nak tegur or marah aku kalau memang aku yang salah.
Tapi masalahnye kalau salah tu berpunca dari kau pastu kau plak yang nak lebih2 memang aku angin la kan.
Nak ikut hati memang nak je aku sembur die tapi still waras lagi la kan.
Gila kau aku nak buat camtu kat opis depan sume orang.
Jatuh maruah beb. Haha.

Tapi tau x ape aku buat?
Aku nangis. Hahaha bodo gila aku pun xtau camne boleh nangis.
Die macam tetiba je then badan aku menggigil tahan geram ni.
Ee rase nak tendang je meja ape sume depan aku.

Aku ni terbalik sket. Kalau aku sedih aku memang xkan nangis.
Jarang la. Nak nangis pun susah sebab sedih aku boleh tahan lagi.
But when it comes to geram memang xboleh la.
Perlukan kesabaran n tenaga yang sangat tinggi untuk lawan geram ni.
N kalau aku xdapat lepaskan memang automatik air mata keluar.
Sedu2 pun ade kadang2 tu. Cam tadi la.
Nak2 pulak org dok tanya apsal mata aku merah.
Time tu rase nak meraung sekuat ati!Huarghhhh!

Bila dah lepaskan sikit kat kawan aku kurang la sikit geram tu.
But still ade.
Tetiba manager aku panggil pulak.
I was like...oh my...aku takut termelalak depan die.
And yes, memang dah melalak pun.
Die la ni gi tanye why why..citer..citer..
Haha,,
But the best part, die berjaya tenangkan aku at last.
Lepas tu aku trus stop and rase satu perasaan yang sangat lega.
Tapi bila aku tengah reply email tu geram tu datang balik.
Tapi dah xnangis dah la cume ayat email tu maybe emosi sket kot.
Sent.
Nex week kau bace la ape aku reply. 




Thursday, August 16, 2012

19 Aug 2012 : Selamat hari raya!

Hye n assalamualaikum :)

Lama x menulis kat sini.
Busy sket la skrg ngan keje lagi, ngan Mary Kay lagi.
Cerita-cerita terpendam pun banyak. Aiyoo :$

So nak raya ni, lagi 3 hari je.
Korang mesti seuma dah ready kan?
Hehe.

Aku rase kali ni feeling raye aku lain macam sikit.
Mungkin sebab aku dah besar ke? Hahaha make sense.
Tahun ni 2nd tima aku beraya sebagai seorang pekerja.
Tapi still xdapat lagi nak bagi duit raye kat anak2 buah aku.
Hehee sebab terover bajet lak hari tu plus tetiba tayar aku plak pancit kene tukar tayar baru maka simpanan aku pun lari la.
Aku sempat shoping kasut ngan blouse je sepasang.
The important part of hari raya which is BAJU RAYA boleh tak aku tak dapat nak beli?
Boo kepada diri sendiri.

Alasan2nya :
1. Malas nak pegi kompleks PKNS or Jalan TAR or Masjid India sebab orang terlalu ramai. Rimas
2. Nak shopping online tapi baju yang perkenan sume da abis stock. w..t...
3. Warna maroon which is tema raya tahun ni sangat la susah nak cari. kalau ade pun design tak lawa or harga mahal nak mampus.Huh
4. 50-50 nak beli ke tak sebab duit cukup2 untuk sampai ujung bulan je. So decided TAK beli.
1st time saye raye tanpe baju raya time kasih T.T
Tapi tak pe la seperti kata sorang kawan aku ni, "Kita bukan budak lagi so xde baju raya baru pun xpe, baju tahun lepas ade cantik2 lagi kan.."
Okey acceptable. :)

Jadi..Selamat hari raya kepada semua kawan2 n sape2 yang tersinggah kat blog ni pun, selamat hari raya jugak.
Maaf zahir batin.
Nak tau tips cantik dengan Mary Kay jangan segan2 contact ye.
Maceh! :))


Sunday, August 21, 2011

question

How hard I tried,
It doesn't move even a single bit,
What should I do?

Thursday, June 23, 2011

how to make a woman happy: tips for men

How to Make a Woman Happy
It’s not difficult to make a woman happy. A man only needs to be:
1. a friend
2. a companion
3. a lover
4. a brother
5. a father
6. a master
7. a chef
8. an electrician
9. a carpenter
10. a plumber
11. a mechanic
12. a decorator
13. a stylist
14. a sexologist
15. a gynecologist
16. a psychologist
17. a pest exterminator
18. a psychiatrist
19. a healer
20. a good listener
21. an organizer
22. a good father
23. very clean
24. sympathetic
25. athletic

26. warm
27. attentive
28. gallant
29. intelligent
30. funny
31. creative
32. tender
33. strong
34. understanding
35. tolerant

36. prudent
37. ambitious
38. capable
39. courageous
40. determined
41. true
42. dependable
43. passionate
44. compassionate

WITHOUT FORGETTING TO:
45. give her compliments regularly
46. love shopping
47. be honest
48. be very rich
49. not stress her out
50. not look at other girls

AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:
51. give her lots of attention, but expect little yourself
52. give her lots of time, especially time for herself
53. give her lots of space, never worrying about where she goes
IT IS VERY IMPORTANT:
54. Never to forget:
* birthdays
* anniversaries
* arrangements she makes



Dicopy paste from n credit to kelakargila.blogspot.com.
Yang highlight biru tu is How to make 'me' Happy.
Ahahahaha!
Saje tengah bosan tak de keje ;p :D :))