Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Wednesday, October 7, 2015

Travel trip ke Boracay Island Filipina! (Part 2)

Day 2

Activity hari ni adalah Island Hoping!
Aku memang suka Island Hoping ni sejak masa gi Krabi lagi.
(alamak entry Krabi x up :p)
Sebab kerje berendam kan hahahah!

Dorang cakap akan datang pickup kat hotel at 9am.
Aku punye bayangkan dtg dengan tuktuk ke..transport kereta ke..
Rupanya dorang just dtg hantar orang pastu jalan kaki sampai Station 3.
Wakakaka hampeh :p
Nasib baik la walking distance xjauh sangat.

Jom layan gambar!
Pantai dia subhanallah cantik sangat!
Gambar semua no edit no filter!.






Sementara tunggu agent Barbie dtg  pickup kitorang breakfast kat Subway dulu.
Tapi makan sandwich telur je hahaha 
Mengadapla sandwich telur 2 hari *facepalm*


Emm..actually masa ni aku 1st day period pastu senggugut pulak.
Muka kekadang kekwat hahaha.
Haih..salah timing btul.
Aku telan byk pain killer hari ni kalau x memang melepek kat bilik la jawabnye.



1st Island kitorang hop adalah Crystal Cove!
Cantikkkk nangis nangis!



Kau tengok jernih dia auuu

Memula dorang bawak round tour 1 island dulu.
Besar jugak la tempat ni letih berjalan.
Bebudak ni kejap2 berenti snap pic. Aku dah x sesabo nak terjun laut hahaha.
Ada 2 tempat yang dia bagi turun untuk mandi.
Salah satunya tempat yg ade rakit ni la.
Air dia dalam & actually aku xpandai berenang pun.
Menyelam boleh la.
Tapi entah camne tetiba aku boleh pandai berenang walaupun kalut kalut.
Hahaha layann





Next pantai kitorang hop, Puka Beach!
Yang ni lagi nangis tengok.
Clear sangat2 huwaaa T.T



Nampak tak belakang tu warna biru gelap?
Kat situ dah tempat dalam, air dia pun lagi sejuk dari tempat kitorang stay ni.
Tapi ngeri skit tengok sebab dalam dia 3 kali ganda dari kedalaman sekarang.


Lepas Puka Beach, ada lagi 1 Island yang kitorang pergi tapi ni just untuk makan.
Buffet uolls!
Tapi jaga2 sebab ade sate pork hahahaha.
Nyarisss ambik.
Kitorang makan lauk ikan & sayur je, ayam pun x ambik.
Syubhah kui3.
Tapi ok la alhamdulillah kenyang & sedap.

Balik dari Island Hoping, kitorang request untuk turun kat Station 1.
Sebab nak minum ni!
Fruit shakesss!
Benda ni memang femes kat sana, banyak kedai jual tapi tak berapa sedap.
Tawar la, cair la, kedai Jony's ni paling sedap aku minum!
Bloggers lain pun suggest ni jugak.
Aku punya Banana Chocolate Peanut shakes.
Sedap gilerrr




Then kitorang trus balik hotel sebab dah kepenatan plus nak solat lagi kan.
Sana Maghrib masuk awal. Kul 6pm camtu.
Sunset kul 5.45pm.
Gambar sunset xde dalam fon aku sebab masa ni tengah terbaring kat pantai, cakit perut huhuu >.<

Malam tu kitorang makan malam dekat Chatime.
Kat sini ada Chatime tau jgn memain!
Chatime dia ada jual food skali.

credit to www.ourawesomeplanet.com

Gambar aku terlupa sangat nak ambik sebab masing2 mmg tgh kebuluran waktu ni hahaha.
Kitorang just ambik Fish & Chip, boleh tahan sedap dia!
Ke sebab lapar?hehehe
Paling aku ingat skali aku beli air Blackberry Milk Tea & Mango Pudding Au Lait.
Ya Allah sedap gila huhu.
Kat Malaysia Mango tu ada tp Blacberry Milk Tea xde.
Berdoalah supaya kalau aku pregnant aku tak teringat air ni.
Kalau tak jenuh laki aku nak kene gi Boracay semata2 nak beli :p

Pastu kat belakang Chatime tu ada 7e tau!
Besar plak tu 7e dia macam2 ada, drp makanan ke toiletries complete.


Hasil tangkapan kat 7e.
Korang xyah risau kalau xbawak berus gigi ke, ubat gigi ke, sabun ke.
Boleh beli kat sini & harga murah!
Colgate tu singgit je hahha sampai balik Malaysia xabis lagi

Ok esok kite sambung Day 3 pulak ye!






Wednesday, March 11, 2015

Travelstory - Fun trip to Korea Day 6

Day 6

Kitorang dah agak broke jgk la time ni , terpaksa cancel plan nak pergi Everland & Lotte World.
How sad :(
Tak pe 2nd time pergi aku akan make sure sampai jugak kat 2 2 tempat ni.

So just jalan-jalan kat Insadong street.
Kat sini banyak jual souvenirs yang antik, macam kipas Korea tu, berus pun ada, pasu and so on.
Banyak jugak barang best kat sini. Ada terjumpa couple ring yang sangat cantik & unik bentuk dia, ala-ala pandora but kalau convert duit Malaysia cecah ratus jugak la.
Yang bestnya corak tu ada sepasang je & hand mate. Gilo lah.


Weekend kat sini memang ramai orang

Then kat sini banyak tukang tilik tau. Tapi malam baru bukak, siang tutup kedai.

Teringin nak pergi saje saje tapi pk balik nanti kang 
bukannye paham pun die cakap ape so takpayah gatai

And kat sini macam street Art jugak, banyak student yang promote band dorang, album dorang.
Wow.
And kat situ siap ada pentas untuk students buat persembahan.


Kat Korea ni mostly main course dia related to Arts.
Performing arts, belajar shooting, belajar buat skrip. Sebab tu drama Korea hebak-hebak blako hehehe.
Kawan Stea yang Khuzaimah pun ambik course yang ala-ala tu.

And we found this!


Aiskrim kon berlingkar! Aku pernah nampak aiskrim camni jual kat Malaysia tapi tak ingat kat mane.
Masa ni aku nakkkk sangat beli tapi Stea kata boleh ke makan tu? Hahaha aku ni kan kalau bab makan memang laju jekk sume nak nasib baik la Stea selalu sedarkan aku . So disebabkan was-was & xdapat wifi nak tanya Khuzaimah, so xjadi la makan. Tengok saja.

So the rest of the day memang jalan, makan dan jalan lagi.
Sampai la hari ke 8 kitorang duk jalan je tempat2 yang kitorang rasa best macam Myeondong, Namdaemun, tak pun lepak kat Cheonggyecheon Stream.

Nanti aku share kan tips Korea setakat dari pengalaman aku.
Ok adios!






Wednesday, January 7, 2015

Travelstory - Fun trip to Korea Day 5

Day 5

Walaupun Palace dekat je dengan hostel kitorang, 10minit jalan kaki tapi hari ke 5 baru nak pegi.
Hihi.
So next visit kitorang --> Royal Palaces
Actually dalam satu kawasan ni ada 5 Palace tau, masuk ikut 1 pintu gerbang je.
Tak tau la kalau ade pintu gerbang lain kot aku tak perasan.

Gyeongbokgung Palace
Changgyeonggung Palace
Unhyeongung Palace
Deoksugung Palace
Changdeokgung Palace

Kawasan ni teramat-sangat lah besar sampai kitorang xlarat nak habiskan 5 5 Palace ni.
Rasanya dapat 3 Palace je yang kitorang pegi pastu bosan dah. Hahaha :p
Bentuk binaan lebih kurang sama je semua, nasib baik kitorang jumpa jalan keluar.
Memang dah sesat kat dalam tu.


Luar Palace

Dah masuk dalam :D




Palace yang paling cantik kat sini, tapi xtau kenapa dia tutup kawasan ni tak boleh masuk huhu

Dalam tengahari macam tu kitorang balik hostel dulu nak solat sesiap.
Excited sebab lepas ni nak pergi Hello Kitty Cafe yeyy!
Excited dari kat Malaysia lg sebenarnye haha.

Jalan nak pergi Cafe ni agak mencabar sebab tak faham sepatah pun tulisan kat sana, so sangat susah nak baca sign board. Actually kitorang dah google sesiap direction, tapi nasib kitorang xbaik kot sebab dapat direction yang salah. Dalam tu dia cakap exit Line 6, tapi sebetulnya line 9.
Maka sesat la kami huhuhu.
Siap tanya Korean yang lalu tapi masalah bahasa, tak semua Korean pandai cakap English.
So kitorang macam ayam itik la hahaha.
Kitorang ikut guide dia sampai masuk simpang yang betul & kebetulan  jumpa Tour Stop Center.
Dorang siap bagi map macam mana nak pergi Cafe tu.
Tak ingat aku simpan kat mana map tu.

Then finally jumpa jugak!




Aku beli yang Caramel Wafer tu. Sumpah sedap gila!


Cheese cake or any cake kat sini tak boleh makan sebab ada bahan tak halal.
Kitorang tanya Khuzaimah sesiap apa yg boleh makan apa yg tak boleh.


Ni pun xleh makan gak. Cuteness overloadd arghh


Stea ambik air ni, alamak lupa air apa. Hot latte something...


Aku punya Cookies & Cream wawawa. Manis piang!


Interior design dia, pink is everywhere.
Aku tak minat kaler pink, tapi aku xtau camne aku boleh minat Hello Kitty.


Si budak ni memang tak minat Hello Kitty so die bolayan je perangai aku ni kekeke.
Nasib la :p


Tissue ni aku ambik bawak balik Malaysia, dengan cup yang aku punya drink td.
Kenangan!




So ni adalah direction yang betul ke Hello Kitty Cafe :

  1. As soon as you arrive at Hongik Station (Subway line 2), go to exit 9.
  2. From exit 9, turn left and walk straight.
  3. When you see Dunkin Donuts on your right side, please turn right and walk straight through the street until you find cross walk of the big street.
  4. Cross the big street and walk straight. Keep watching the left side of the street.
  5. You’ll see the sign of a bar which written in Hangul, i don’t know the name of the bar since i can’t read korean. As soon as you see that sign, please turn left. As i remember, it’s the first left side of the street.
  6. keep walk straight the street until you see the sign of “Eye Trick Museum” at your right side, then turn right. On this position you’ll still have that museum on your right side. Anyway, please look at your left side, there’s a small alley. I’m pretty sure you’ll notice it since it’s only the small alley around the street.
  7. Ok, it’s almost done! After you go through the alley, you’ll spot Watson store and Ho Bar at the same place. yes! just walk towards those two stores and go up the street, Hello Kitty Cafe is located very near from that Watson and Ho Bar.
credit to : http://nadinewulandari.wordpress.com/

Tapi dengar kata hari tu dah pindah tempat lain, before korang pegi check dulu k kang ade gak nangis2 sebab tak sampai sana heheh :)

Makan waffle je memang tak cukup untuk perut tong cam aku ni.
So kitorang pegi makan tempat lain pulak. Kebetulan ada satu restoran yang budak Malaysia biasa makan kat sana so kitorang pun gi la.



CrazyDduk Restaurant punya Tteobokki paling sodap compared to Red Sun!

Day 6


Saturday, December 6, 2014

Travelstory - Fun trip to Korea Day 4

Day 4

Hari ni kitorang plan nak pergi Seoul Tower & Itaewon.
Itaewon agak jauh dari hostel, so kitorang dah bahagikan masa half dekat Seoul Tower, half kat Itaewon.



Dav view at Cheonggyecheon Stream

Disebabkan nak berjimat sebab dah terbanyak shopping semalam, so kitorang decided untuk jalan kaki je pergi Seoul Tower. Memang backpacker sungguh rasa. So before pergi tu google siap-siap camne nak pergi sana. And yang senangnye, free WIFI access memang boleh cakap kat kebanyakan tempat memang ada so kitorang xrisau sangat.

On the way pergi Seoul tower tetiba ternampak dorang buat jualan amal. 
Siapa beli barang 8000 Won dapat pakai Hanbook free. Kau...
So aku gunakan alasan Hanbook free tu untuk shopping lagi miahahahaha.


Dapat rembat 1 helai seluar jeans color dengan 8000 won only (RM24)
Kira murah tuuu


So dapatla kitorang pakai Hanbook free hahaha







Masa ni rasa macam retis sangat sebab orang-orang lalu kat situ dengan tourist lain lagi ambik gambar kitorang. Mesti sebab kitorang comel kan muahahaha awww sila lempang diri sendiri


We've been through this road to get to Seoul Tower.
Boleh tahan jauh weyyy. Nampak tak cable car tu?
Tu la cable car yg bawak pergi Seoul Tower. Kalau nak jalan kaki lagi boleh tapi kene naik bukit.
Maaf aku dah tak mampu urghh



Finally sampai! Kau nampak muka kepenatan campur gembira aku tu?
Ni baru sampai kat cable car tau


Turun cable car kene naik tangga naik bukit lagi tapi tak jauh sangat.



Kaunter ticket nak masuk Seoul Tower.
10 000 Won xsilap aku.


Love Keys! Tempat mana couple2 gantung padlock kat sini kononnya cinta kekal abadi la.
Aku ingat nak beli 1 sebab comel2 design dia.
Tapi 1 padlock 18 000 - 20 000 Won. (RM34- RM60)
Terima kasih je la T.T


The Seoul Tower


Masuk Teddy Bear Museum dulu. Biasa la orang yang rasa 'ingin tahu' dia kuat memang camni huhu


Teddy Bear Museum ni actually dia cerita pasal sejarah bandar Seoul, menariknya dia buat dalam bentuk Teddy Bear macam ni. Ok la banyak info. Mula-mula tu semangat la jugak baca last-last kitorang ambik gambar je pastu chow hahaha.
Kalau yang jenis suka sejarah mesti korang rasa best masuk sini. 
Pada aku, so-so je la xla best sangat pun.
Aku tengok bear, bear tengok aku.


Time ni dah naik Seoul Tower.
This is the view of Soul from the tower.
Macam KL je lebih kurang kot? Hehehe


Selfiee!


Kebetulan masa kitorang dah keluar tu dorang buat live performance.
Macam traditional punya persembahan. Besttttt !


Sampai Itaewon! Dari Seoul Tower ke Itaewon harus la naik tren xkuasa aku nak jalan dah.
Tempat ni jauh jugak, 5 ke 6 station xsilap aku. And jarak antara station pun agak jauh.
First skali kitorang cari Masjid ni dulu sebab masa tu dah petang nak solat Asar.
This is the only mosque yang wujud kat Seoul



Dalam masjid dia


Entrance masjid. Aku tak tau pintu depan dia kat mana.
Masjid ni agak besar so aku rasa ni pintu belakang la sebab view tak sama macam gambar yang aku google hahaha. Nasib laa


Pastu kitorang makan kat restoran ni.
Murree Muslim Food.
Gambar sumber google sebab gambar yang aku snap tah mane hilang.
Owner dia Korean Muslim Lady, husband dia Pakistani.
Kat sini memang lagi banyak kedai Arab, Pakistan, Bombay.
Siap ada kedai runcit halal, pastu kedai daging halal.
Pastu kan beli aiskrim yang trick-trick macam cerita Istanbul Aku Datang tu pun ada kat sini.
Aku beli gak hahaha ape je aku tak beli =.='
But semua ni only in Itaewon :D



Then lepas tu kitorang sempat jalan-jalan kat Itaewon. Masa tu dah malam.
Hasrat nak cari Fasion market sebab masa google kata sini ada fasion market yang famous tapi xjumpa. So kitorang jalan je la along the street. Banyak kedai yang dah nak tutup time tu, pastu ingatkan Itaewon ni tempat yang agak muslim tapi berlambak je Pub aku jumpa hahaha.
Sempat la kitorang beli few souvenirs lagi hiks :*

Day 5
Day 6
Day 7
Day 8