Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Saturday, December 6, 2014

Travelstory - Fun trip to Korea Day 3

Day 3

Hari ni kitorang dah plan dengan Khuzaimah ( member Stea a.k.a Tour Guide ) nak pergi jalan2 kat market around Seoul. 1st stop kitorang pergi Gwangjang Market.
Aku dah berazam dalam hati, I will never buy anything. Never!
But guess what? Kitorang jumpa kedai kain chiffon silk yang cantik & MURAH. Nampak x? MURAH. Huuhh~

Mula-mula aku just tengok2, lepas tu tengok Stea beli few kain untuk Mak & Adik dia.
Aku pun terjebak konon kata beli 2 je, 1 aku 1 ibu. Lepas tu jalan lagi tambah, tambah, tambah last2 dah 6 kain aku beli. Dengg! Fail la kau Mira!


Ni baru mukadimah tau, masuk dalam tu berlonggok-longgok kain T.T
4 meter kain = 10 000 - 15 000 won
Duit Malaysia around RM30


All the way dalam ni berderet kedai kain kiri kanan depan belakang.
Setiap kedai tak jual kain yang corak sama tau, semua lain-lain. 
Kalau nak cari kain but Hanbook or nak tempah Hanbook pun kat sini jugak.
Kain lace, Colar necklace yang manik2 tu pun banyak kat sini & murah.
*Pengsan*
Mane aku tak tergoda. Agaknye kalau duit aku banyak time tu mau aku angkut Hanbook 1 pasang.
Memang seronok sangat shopping kain kat sini.



Outfit for today


Depan Gwangjang. Tempat ni betul-betul macam pasar, xde bangunan tinggi- tinggi, xde bangunan moden. Old style~

Habis shopping, pergi ke Myeondong balik sebab nak makan Tteokbokki sedap dekat Restoran Red Sun.
Myeondong ni bila bosan je kitorang datang sini sebab tempat ni alive even waktu siang & malam.
So dah nampak la kan mane duit aku pergi *-*



This is Tteobokki before dimasak. Pekerja dia yang masakkan depan kitorang.
Gambar after dimasak tak ade sebab...tengok bawah ni memasing sebok mengupload gambar padahal tengah lapar tu so lupa nak snap yang after dimasak.


Comel kan? Dapat apron sorang satu siap

Next stop, Namdaemun Market!
Sini nak shopping baju, toys, seaweed, sudu garfu, souvenier sume la kat sini.
Macam-macam ada tau! Sini aku shopping lagi. T.T



Tempat ni agak besar & banyak lorong. Aku memang tak ingat sangat jalan dia so follow je Khuzaimah. Tapi tempat ni tutup setiap hari Ahad.
Nampak tu sale 5000 won?
Kalau convert duit Malaysia dah RM15. Still mahal aku rase hahaha.



Tadaa! Sampai kat tempat shopping Brooch & accessories!
Brooch dia sumpah lawa gile, batu bersinar2, pastu hand made pulak tu.
Paling best design setiap kedai berbeza. 
Aku pergi semua kedai & pilih 1 brooch yang paling cantik & harga berpatutan from setiap kedai.
Paling murah tau berapa? 2000 won = Rm6, tu pun kecik.
*Pengsan lagik*
Tapi beli jugakla kata pergi sekali sekala kan, so sekali sekala shopping banyak dimaafkan la kot



Candid camera tangkap aku tengah galak 'screening' barang


Mak cik da penat shopping.

Namdaemun ni dekat dengan Myeondong, which is tak la jauh sangat dengan hostel kitorang.
Makanya..kitorang pun jalan kaki je balik. Tapi sumpah memang lenguh tangan aku angkut barang2 tu.
Masa ni dah petang so balik hostel nak solat dulu, malam kang keluar balik hehehe.

So malam kitorang xnak pergi jauh2 sangat, so pegi la around Jongno and Myeondong.
Kat situ ada Lotte Shopping Avenue. Konon nak usha2 barang la skali da tutup pulak.
Pukul 8pm dah tutup. Tapi kitorang jalan2 je la, situ ada Star Avenue tempat artis-artis K-Pop rasmikan kalau xsilap aku.


So many hand prints kat sini


Kat sini dorang tulis ucapan untuk artis yg dorang minat pastu gantung kat dinding.
Memang penuh.


Kat dalam kiri kanan sume gambar retis K-pop


This is Star Avenue

Then kitorang pergi jalan-jalan dekat Cheonggyecheon Stream.
Belakang hostel kitorang je kebetulan. Tempat ni quite famous jugak, ramai orang suka lepak sini lepas balik kerja. Unik tempat ni sebab ada sungai kat bawah jambatan yang sangat panjang & cantik kat tengah-tengah bandar.


View at night




Orang baling syiling kat pusaran ni sambil berhajat.




Waktu ni peralihan summer to autumn, so bila malam agak freezing jugak.
Kitorang ni x bawak sweater pulak tu, so tahan je la lagi2 bila angin tiup tu rase sampai ke tulang sejuk dia.

Day 4
Day 5
Day 6
Day 7
Day 8

Monday, April 14, 2014

Move on

Assalamualaikum~

Hari ni 14 April, 19 days after I quitted my job.
Hehe.
Perasaannya...rindu.
Rindu nak berborak menyakat ngan kawan2 office, rindu pergi lunch ramai2 tiap kali Jumaat je memang babai la user, sape kacau nak dekat2 kul 12 memang xkan dilayan hehehe.
Rindu nak beli durian crepe, rindu bergossip tiap2 pagi, rindu potluck..celebration semualah!
Tapi rindu nak kerja stress2 tu xde lah hehehe :p
Aku rase sedih tapi dalam masa yg sama aku rasa lega sebab lepaskan sumthing yg aku dah xleh go on.

Challenge lepas tender?
Of course ade hehe.
Well aku da xleh bershopping cam dulu, sebab kene make sure duit sentiasa ade dlm acc.
Xkan nak mengharap suami je semua. Over ok.
Kereta ngn credit card kne byr sndiri hu3 *pengsan*
So sementara nak tunggu stabil ni, aku ade la jugak apply keje lain, go on dgn bisnes Mary Kay and Shaklee.
Ni la masanya, sebelum ni xde masa nak mengupdate , sekarang hah masa kemain banyak lagi muahaha :p
Apepun, aku xmenyesal bila keadaan jadi macam ni.
Ni lah risiko yang aku dah expect masa buat keputusan hari tu, but..no turning back.
Keep going and smile!
Rezeki tu Allah yang bagi asalkan kita usaha.
Insyaallah..Aku yakin janji Allah tu pasti.
Bezanya cepat n lambat je :)



Monday, February 3, 2014

a desicion

Hari ni hari ke 7 tempoh resignation aku.
Ade lagi dalam 53 hari lagi to go. Chaiyok!

Masa nak but keputusan ni, aku confuse sangat-sangat.
Aku memang dah sangat-sangat tak boleh terima untuk terus kerja mcm ni.
Otak aku dah tolak, hati aku dah tolak, sekarang ni perbuatan aku pun da tolak.
Rasa berdosa sebab buat kerja tak ikhlas tapi makan gaji huhu.
But at the same time , aku belum ada kerja lain and might need some money to start a new life.
Aku buat Mary Kay part time, dapat la untung skit kalau aku ada masa nak buat.
Tapi kalau dah busy tu xdapat la kan.
Terdetik nak buat Mary Kay full time :)

After few discussion , alhamdulillah ada kekuatan nak hantar surat resign.
Macam kata dorang, percaya pada Allah, rezeki Allah yang tentukan, rezeki ada di mana-mana cuma kita je yang kene usaha and berdoa.
Betul sangat-sangat.
Kembali pada pencipta. Maybe dugaan untuk aku sebab lalai and leka dengan dunia :(

Tapi pape pun, 1st time aku rasa sangat lega pas hantar surat resign.
Rase cm terlepas dr cengkaman eceyyy
Hehehe ;p







Wednesday, January 15, 2014

Playbutton Event and Management is a SCAM

Hai and assalamualaikum..

Selamat menyambut maulidur rasul :)
Hari ni macam biase la , aku keje.
Memang public holiday jarang aku cuti, kecuali raya.
Sebab ape tau, kalau apply cuti die tolak annual leave aku.
So kne pk 2 3 kali gak la nak apply sbb kot ade nak plan bercuti ke kann..hehehe.

Aku terbaca blog Stea td pasal scam.
Tetiba rase nak share something, pasal scam jgk.
Lama dah nak tulis entry sejak masa kena lagi tapi asik lupa je. Alang2 da tringat ni meh nak citer.

Sape penah dengar nama company Playbutton ?

Alkisahnye begini, it happen 2 years ago, masa tu aku baru je keje and keje night shift.
Since siang aku free instead of tido, aku cam terfikir la nak cari keje part time yang senang2 nak carik duit lebih. Masa tu aku dah join Mary Kay, tapi biasela tamak, dah lebih nak lebih lagi hukhuk.

One day aku dapat tau sorang kawan aku ni die pegi casting untuk jadi model muslimah.
Risik punya risik,  diegitau la, die terbaca iklan ni kat paper. So aku pun macam nak jugak la, ambik la contact number orang tu. Nama die Puan Amira. Sama name ngn aku kebetulan.

Call la, but orang lain yang jawab sebab katenye Puan Amira tu cuti.
Tapi still dapat la temujanji on the next day kene datang sana.
Company tu kat dalam building ape tah aku pun xingat tapi die kat sebelah Mentari Court kat PJ tu.
Ala yang dekat ngan Sunway tu..
Sampai2 tgok org tgh photoshoot, family la ade budak kecik. tapi xtau la untuk ape kan.
So bile sampai turn aku, dorang trus suh casting. Just amik gambar skit2 la.
Ingat lagi nama 2 mamat tu. Sorang Faizal maybe bos kot, and sorang lagi Firdaus.
Pastu dorg ckp nak email gmbar tu kat butik kot dorg minat nak amik aku jadi mode baju dorang.
Eksaited kejap. Then si Faizal brief la skit pasal company die. Bumiputera, banyak buat event..banyak job..siap tunjuk flyers tudung Aliaa lagi ckp dorg yg buat..bla3..
5minit pastu dtg si Firdaus ni dengan muka eksaited cakap butik tu nak amik aku trus jadi model dorg.
I was like..really??Cepatnye haha mase tu pk maybe rezeki la kot..
Pastu die brief lagi, untuk ikat contract ngan dorang, aku kene bayar RM210.
Katenye utk buat portfolio aku..pastu dgn gambar aku yg saiz besar, ape tah term die aku pun da lupe.
Die tunjuk gak la bendealah tu cmne.
Tujuan untuk promote kat butik yg gunakan khidmat dorang.
Masa tu serius aku tgh xde duit, tapi sebab perasaan membuak2 nak cuba aku pun pinjam ler kat mak aku.
Sanggup hokey. Skarang teringat rase cam bodo gile hahaha.
Then setup appointment minggu depan tu , hari yg sama ngan kawan aku. Means ktorg photoshoot skali la.
Before balik tu aku usha2 la baju yg ade kat bilik tu. Ade la tgok baju kurung..dress..kebaya but semua mcm outdated design. Pk positif, maybe stok lame kot..

Counting days, hari yang ditunggu pun tiba..eceyy. Eksaited beb..xpenah2 nak jadi model kan.
Sampai pun sharp kul 9am hahaha semangat tak.
Memula sesi make up dulu. Ade sorang staf dorg ni, pempuan, make up artisla katenye. Die la yg mekap aku ngn kwn aku tu. Aku tgok barang2 mekap sume pakai barang murah. Foundation Miss Rose, lipstick pakai palette yang brand pelik, blusher MAC tapi nampak cam xori je pastu bedak pun Miss Rose.
Hmm bukan nak kate ape la, sejak aku join Mary Kay ni aku sangat particular dengan ape yang nak ditepek kat muka aku. Plus masa datang tu aku da mekap siap2 then die xremove mekap aku, just tindankan je.
Wtf..?Tapi aku layankan je..nak tgok gak hasil die mekap. Da abis mekap, seriously aku rse aku mekap 10kali ganda lagi lawa. Masa tu da rase pelik, die ni betul ke make up artist, ke main petik je?
Ok xpe, go to next stage. Faizal tu cakap baju from butik xsampai lagi so they made us to wait for almost 1 hour utk tunggu baju tu sampai. Masa tunggu tu tgok la Firdaus tu shoot model lain. Cantik la akak tu, and dorg suh die pakai dress yg seksi gila. Akak tu cam plum skit so bile pakai baju tu mmg sah2 ketat la kan. Tapi die pakai gak siap suruh aku zipkan. Err.. Oh yes, baju tu aku nampak last week masa aku usha2 baju kat bilik tu. The same dress aku tau sebab aku dok belek gak mase tu.
Then baru Faizal datang tapi xde baju pun kat tangan, die panggil kitorang masuk bilik baju tu and die bagi kitorg baju kurung. Baju kurung ok. Baju kurung kaler merah corak batik and it was the same baju kurung yang aku nampak last week. Demm mase tu mmg da rase something wrong. Tapi still..layan je lets see how.
Baju tu da la besar. Bayangkan, aku size XS die bleh bagi aku size M sbb ade size tu je mase tu.
Last week die siap amik measurement badan aku tau. Kalau pk logik takkan la die nak bagi aku M?
Baju tu last2 die kepit guna penyepit kertas nak bagi nampak kemas. Then tudung kitorg tah camne die lilit tah. Wish ade gambar yang aku bleh bagi, but xade.

So mulelah photoshoot tu. Pose la ikut yg die ajar, senget sane senget sini, tonggek sane tonggek sini.
Senyum senyum dan senyum pdhal hati tak tenang nih. Masa briefing die ckp bleh bawak pendrive and copy all pictures directly from them. Kawan aku ni bawak pendrive nak copy gambar, but ttbe dorg ckp hari ni xleh amik sbb xedit lagi. Nnti masa dtg collect payment baru amik. Bile tanye payment dorg bagi RM50 sebab ktorg beginner. Hahaha cam sakai.

Next week nye aku call la tanye ble bleh dpt payment, dorg ckp butik blom bagi lagi so kene tggu.
And aku cakap nak tgok portfolio n gambar yg aku byr RM210 tu tapi dorg ckp gmbar tu amik mase nak siap. So tunggu la. Then next week call lagi, punye susah nak dpt call 2 2 ekor tu. Dapat call Firdaus die ckp die xtau, suh call Faizal. Tapi haram susah gle nak die angkat tepon. Call number Puan Amira pun dorg ckp die xde. Oh ye, sampai kesudah xjumpe2 sape Puan Amira tu. Aku rase tu watak khayalan je la.
Then dapat la call Faizal, die suh sms no resit.Da sms da tp xde reply. Call lg dah xangkat dah.
Sah, memang dah terkena. 
Sekarang baru aku pk, nape la aku tak gi serang office die?nape aku xmembantah even da nampak kepelikan kat situ. Sebabnye mase tu aku noob. Tu la zaman noob aku, penakut, pasrah je pastu xberani lawan. Tu la salah sendiri. Sekarang tak lagi. Lepas incident tu aku memang sangat berhati2.
 Aku yang dulu bukanlah yg sekarang hehehe.

So nak habaq kat sini, sesape yang ade nampak iklan Playbutton ke..mana2 company ke..
Kalau die suh bayar tu xpayah la, tu sume scam. Ko takkan dapat balik modal ape yg ko bayar tu.
Kalau xsilap aku talent company yang betul punya xkan suh ko byr ape2. Die just nak ko keje ngn dorg. That's it.





Wednesday, January 1, 2014

Happy new year 2014!

New year, new resolution, new life.
2014
Aku sangat berharap semoga tahun baru ni bagi nafas baru kat diri aku sendiri.
Macam tahun2 lepas, xde la berazam sangat sebab mcm malas je hahaha teruk betul.
Penyakit malas aku makin lama makin menjadi2.
Haih.

Hari ni aku kerja. Biase la company ni mane la reti nak bagi staf cuti.
Tu pun kene apply tolak annual leave.
Malas la nak ckp byk pasal kerja, nanti aku jadi tak bersyukur pulak hu3.

2013, tahun yang banyak bagi perubahan dalam hidup aku.
Banyak sgt, ade yg best ade yg xbest jugak hehe.
Paling best skali 2013 sebab aku dpt travel tempat yang best and dalam wishlist aku tu yg penting!
Pegi Bandung , Padang and Korea :D
Sampai sekarang duk terkenang2 memories kat sane.
Serius best!Lagi2 pegi ngn bff, triple best!
Tak tertulis plak travelogue aku ni haiya.
Bandung dah pergi 2 kali pun xbuat2 lg kui3.
Bz nyer pasal pastu ble dah free mood nak menulis xde plak huhi apo nak jadi.
Impian aku is nak travel around the world, and insyaallah nak tetapkan setiap tahun nak pergi 2 -3 tempat.
tapi depends gak la kat financial kan. Tahun depan dah lain dah financial aku hihi.
Bukan aku je, my bff pun same >.<

2013, aku dapat something yang unexpected.
Tetiba boleh kenal dengan senior masa kat UITM dulu, padahal masa belajar xpernah kenal plak.
Then xlama pun kawan tetiba eh dah tunang?
Haha macam kelakar. 
Apepun aku sangat bersyukur dipertemukan bakal suami macam dia.
Even aku ni baran, suke marah, suke merungut, suka perli, suke buat hal sendiri but die still sabar.
Kira die pass the test la hehehe.
Harapnye pas kawin pun sabar la ek. Amin.. :)

2013, aku tukar department baru sebab account lama dah transition balik to US.
Ada bagus gak and ade gak xbagus.
Bagus sebab aku pun dah xde mood nak jawab user dgn masalah mcm2 huhh rimas.
Tapi dah tukar pun xbagus gak. Sebab even da xjawab call, still kene call out pastu solvekan issue yg lebih kurang sama. Beza cuma x take incoming call. Tu je.
Hahaha apepun aku kene bersyukur , at least aku tak menganggur kan..
Alhamdulillah..

So 2014, aku kene banyak bersabar and xboleh malas2 dah.
Kene disiplin, xleh bangun lambat pastu sampai opis lambat.
Bos marah kau buat dek je. X boleh!
Pastu kau jangan work hard sebab kalau ko work hard sangat ko akan jadi depressed pastu xde mood nak keje.
So work smart! And cepatla dapat kerja baru kui3.
Doakan yang terbaik untuk diri aku and korang semu insyaallah.
Happy new year ;)





Sunday, October 13, 2013

counting days #3

Assalamualaikum n haii..

Dah hampir sebulan aku balik dari Korea.
Seriously I really miss that place.
Aku rindu jalan2 naik subway, rindu nak jalan-jalan cari makanan yg halal kat sana,
rindu every day pagi breakfast kat hostel sambil tengok citer korea even xpaham ape die cakap hahaha,
rindu lepak kat Hangang River (tempat tu belakang hostel aku je kebetulan)...
Memang nak kene pegi lagi skali nih :D
Nanti ade masa aku buat travelogue Korea k!

Sekarang aku dah lepas 2nd phase : engagement.
Alhamdulillah it ends well on 16 September 2013.
Majlis simple je tapi sbb mse tu raya kan, so family aku combine skali ngn openhouse belah petang nye tu.
So ade kwn2 yg dtg awl tu terkantoi la plak kan hahaha.
Ingat xnak org tau pun..tp nak wat cmne...huhu.

So sekarang ni, counting days untuk nikah pulak.
Dalam x sedar, lagi 4 bulan lebih je tinggal untuk aku uruskan majlis.
Banyak gak bende yg kne buat sebenarnye.
Kkdg pk mcm nak cepatla settlekan sbb sakit kepala fikir.
Duit lagi, tempah tu tempah ni..macam2 la, cari rumah lagi.
Ape pun aku doakan semoga Allah permudahkan urusan kitorang and semoga aku xcepat naik marah la ye.
Ahahaha aku ni kan memang cepat je stress cepat je nak marah :p
Korang pun doakan sama tau :)

Oh by the way, The Lacey Lace nak buat jualan penghabisan stok sebab nak bawak masuk new item.
All items will be on 50% discount.
Like page https://www.facebook.com/TheLaceyLace and pm untuk dapatkan 50% discount.
TQ u alls! ;)


Wednesday, August 21, 2013

Tips menghadapi masalah period datang lewat

Assalamualaikum..and hye!

Ok aku macam serba salah sebnanye nak letak tajuk mcm tu tapi aku tak de idea nak letak tajuk ape dah.
Bia je la kan?

Actually aku nak share something yang aku rase macam best utk di share kan.
Hehehe.
Pernah tak korang ade masalah datang period lewat beberapa hari?
Tapi bukan selalu la, I mean kadang2.
Kalau setiap kali period lewat tu better jumpa doktor sebab maybe hormone punya problem kot.

Kes aku ni lain skit.
Setakat ni period aku setiap bulan teratur, tapi bulan ni..die dtg lewat 10hari.
Aku dah risau takut ade sakit pape ke ape ke sebab baru2 ni aku ade ambik macam2 supplement.
Aku ambik GLA Complex (Shaklee), pastu minum collagen skali.
All in one shot. So aku risau la bende ni ade effect ape2 ke kan..

Then aku cerita la kat kawan aku si Ina.
Ina cakap, kalau dia biasanya dia akn buat amalan2 yang boleh mensucikan diri dari dosa.
Mungkin kita ade buat sesuatu yang Tuhan tak suka and nak kita bertaubat.
Make sense jugak.
Tapi aku dengar je la mase tu, buatnye tidak hehehe.
Hari dah berganti aku pulak still xperiod2 lagi.
Then aku decide untuk cuba tips Ina.

So ape yang aku buat hari tu :
1. Potong kuku tangan and kaki
2. Mandi sunat
3. Ganti solat yang tertinggal
4. Doa pada Allah semoga diampunkan dosa kecil dan besar
5. Baca Al Quran
6. Selawat

And..esoknya aku bangun pagi terus period.
I was like... :o
Macam miracle pulak aku rasa and aku bersyukur sangat2.
Maybe betul cakap Ina tu, aku banyak dosa kot hehehe :p

Aku tak de la cakap hal ni confirm jadi sebab tu, tapi boleh la cuba.
Lagipun semua tu amalan2 yang baik, lagi bagus kite buat kan? :)

Sunday, August 11, 2013

counting days #2

Assalamualaikum~
Yeah selamat hari rayaa!

Hari ni baru ade rase nak update something.
Too many changes in my life lately.
1, aku tak lagi support GM
2, aku bukan lagi service desk yahooo!
3, aku tukar office building and penat skit sebab kene angkut barang2 n backup data
4, training untuk position baru dah start last 2 weeks so hari2 aku kene make sure aku tido cukup supaya xngantuk time training ahaha
5, preparation untuk pegi Korea *psst cuti da approve*
6, preparation towards big event ;)

Raya kali ni xberapa meriah macam raya tahun lepas.
Sebabnye xramai yang ade kat kampung kali ni. Ye la ramai yg dah ade family sendiri and ada yang kene raya belah mentua kan.
Plus, ayah aku plak keje hari raya 2nd tu.
So balik kampung pun kejap je and aku ler full time driver kann~
N xberapa meriah jugak sebab Tok Lang aku sakit :( So kitorg datang melawat dia.
Sedih keadaan dia, teringat keaadaan arwah atuk masa dia sakit dulu.
Al fatihah..

Pastu kebiasaannya tiap tahun akan pergi umah Tok Lang tapi tahun n xpegi n aku pun xtau knape huhu.
Kat rumah die slalu hidang nasi impit ngn kuah Lodeh which is sgt sedapppp!
My favourite sgt2 huhu tapi tahun ni xdpt mkn :(
But after all, aku still happy sebab jumpa n gosip2 ngn cousin2 aku hehehe.

By the way..
Insyaallah lagi 2 minggu I'm going to get engage with someone :)
Haha seriously macam xcaye aku boleh seserius ni.
And lagi tak caye bila someone tu ialah totally a stranger and aku cuma kenal dia baru 4bulan hihi.
Tu pun secara tak sengaja.
Tapi ape pun aku yakin dengan pilihan n keputusan aku insyaAllah..
Semoga ini yang terbaik :)

Preparation? Belum prepare lagi.
Bilik masih sepah. Baju belum 100% siap.
Hantaran tak gubah lagi.
Maybe next week baru rasa feel die kot. Sekarang mood raya plus mood malas lagi.
Semua malas. Nak kerja pun malas hehehe.

Btw, jemput singgah kat The Lacey Lace untuk chiffon skirt berkualiti :
https://www.facebook.com/TheLaceyLace
Thank you!


Wednesday, June 12, 2013

counting days #1

Assalamualaikum~

Counting days sementara nak tunggu hari merisik tiba.
Eleh merisik je pun. Kecoh *.*
Fine. Tapi tah sebab nak tau jugak camne rasenye risik tu kan?
Hahaha. Mak aku cakap aku xyah join sama pun biar org tua yg discuss.
Oh lagi best boleh aku lepak dalam bilik main candy crush.
Keluar bilik tau-tau dah ade date boleh?Hehehe XD

Meanwhile...
Hari-hari aku teringat pasal kawan aku sorang ni.
Tengok jam teringat dia.Tengok wallet, kitty, camera semua teringat dia.
Nak contact tak boleh semua dia dah block huhu.
Tapi ape pun aku harap dia sihat n dalam keadaan baik je.
Semoga dipermudahkan segala urusan dia dunia akhirat n semoga dapat jumpa wanita yang lebih baik dari aku.
Amin..
I will miss him :(

**It's not about how long u know each other, it's about how deep u know each other**

Monday, June 3, 2013

Ketika Cinta Bertasbih

Assalamualaikum~ ^_^

Last week aku busy dengan kursus kahwin.
Seriously aku tak pernah terfikir akan pergi kursus kawin sampai la mak aku yang suruh pegi.
Tu pun sebab katenye murah n ni last syllabus untuk kursus kawen yang xde exam.
Lepas ni korang kene pergi kursus seminggu adala amali n exam.
Nasib la sape yg xpegi lagi muahahaha >:D

Aku pegi dengan geng2 aku la, Siti, Bakish, Aida n my sis.
Nasib baik gi ramai2 xde la segan sangat sebab mostly yang pegi sane berpasangan.
Maklumla kami  belum berpasangan lagi ahaks!
Tapi tak lame dah tu..nanti ade la cewah..ayat nak sedap hati sendiri je.

Banyak sangat benda aku belajar dalam masa 2 hari tu.
Pasal penyakit keturunan pun ade. penyakit kelamin? Err..
Pastu hubungan suami isteri, situasi rumah tangga and so on..
And kitorang lucky sebab penceramah smua pandai buat lawak.
Dari day 1 tu memang keje gelak je la.
Kelakar gila ustaz2 tu.
So sekarang, I'm qualified untuk kawin yeay! :D

Back to title, sebenarnye aku nak cakap yang aku baru je tengok movie Ketika cinta bertasbih part 1 and 2.
Sangat Islamic and buat aku insaf.
Ok aku tau citer da lame tapi tu la, baru ade peluang nak tengok kan.
It's an Islamic love story pasal mahasiswa n mahasiswi mencari jodoh.
Cara dorang, kalau pihak lelaki tu berkenan dengan pmpuan tu die akn trus merisik.
Tak de de nak couple2 dating2 usung sane sini mcm org kita buat huhu. Insaf..
Lepas tu proceed dengan tunang n nikah. Tu pun dorang xdelay.
Means bila dorang da betul2 ready dorang akn terus go on.

1 benda lagi yang buat aku tersedar. Kita semua tahu jodoh pertemuan tu kat tangan Tuhan tapi tak semua orang percaya, btul kan?
Dalam citer ni, hero n heroin tu berjumpa secara kebetulan kat dalam bas, nama pun masing2 xtau.
Tapi lepas pertemuan tu macam menghadirkan satu perasaan yang gembira.
Lepas tu perempuan ni dipinang n kahwin la die dgn org lain.
Tapi perkahwinan tu tak kekal n dorang cerai. Sementara hero tu pun tengah berusaha cari jodoh jugak.
Last sekali, lelaki tu mntak tolong ayah pmpuan tu untuk carikan jodoh and ayah pmpuan tu jodohkan hero dgn heroin tu. The end.
Nampak x, kalau Tuhan dah takdirkan kau dengan dia, pusing macam mana pun memang kau akan dengan dia. :)
Kesimpulannya, doalah semoga dipertemukan dengan jodoh yang baik insyaallah.. :)



Thursday, February 21, 2013

Oh kalut dan gelabah

Hye assalamualaikum..

Hari ni mengupdate blog kat office since work volume quite low minggu ni.
Bagus la, last week punya volume punya high like hell. Dari abis keje kul 8 sampai melarat kul 9 - 9.30 macam tu.
Dengan masalah user plus masalah ngan orang tempat keje yang poyo tak boleh blah plus masalah aku lagi, sampai aku jadi blur and sometimes tak boleh berfikir kejap.
So mood aku minggu lepas sangat la disaster huk huk.
Aku bukan campur masalah aku ngan user, tapi dia punya stress tu macam dah tak boleh nak keluar dari kepala otak aku. So otak aku akan sentiasa fikir untuk cari solution.
Haha solution la sgt kan..

Laptop aku still ada kat Digital mall lagi. Ahad hari tu Chinese tu call cakap laptop aku motherboard rosak.
Kalau nak repair dalam 500+ . Hmm dah agak dah.. T.T
Sedihnya tu laptop kesayangan aku dah guna 5 tahun tau..
Sekarang macam kena beli laptop baru tapi wang nya nggak ada gimana ya ?

Minggu ni aku masuk kerja pagi pukul 6AM. Hari-hari ade je member tegur, apsal muka penat la, muka ngantuk la and paling best apsal mata aku lebam.
Bila balik kerja mak aku tanya, akak apsal ko nangis?
Oh noooo.
Nampak sangat mata aku sembap sebab tido tak cukup.
Masa masuk kul 11Am, aku dah biasa tido kul 2~ 3AM camtu so pagi aku bangun la dalam kul 8 ke 9 ke.
Ni bila masuk kul 6AM, aku kena bangun kul 4 or paling lambat 4.30 sebab kul 5 dah kene gerak dah.
Then badan still terbiasa tido kul 2AM, so kul 9PM tu blum tentu aku bleh tido lagi so end up nye kul 11 or 12 lebih baru boleh tido. Tu pun aku paksa untuk lelap.
Haiya.
Lepas ni tak nak keje shif tukar2 lagi boleh? =.='

Peace! from sye yg bermata lebam 0.0



Wednesday, January 30, 2013

Cubaan membuat Durian Crepe!

Hye..
Sabtu kelmarin aku dengan semangatnye nak try buat durian crepe.
Aku tak tau sape punye resepi sebab adik aku yang tengokkan pastu bagi aku resepi tu.
Then tengok je video tutorial tapi still xingat sape punye video so xdapat nak kreditkan kat sini..
Maaf =.=
Mungkin sebab tu durian crepe aku....
Ahahaaaiii...

Ok jom tengok bahan-bahan (credit to that person) :

Kulit :
250g tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung jagung
300ml fresh milk
200ml air
1 sudu kecik esen vanilla
1 sudu kecik pewarna kuning (or warna pape pun bolehhh)
3 biji telur ayam
garam secukup rasa
1 sudu butter dicairkan

Isi :
Durian yang manis (mesti tau sbb aku penah terbeli durian crepe isi pahit. tapi balun licin gak haha)
Whipped cream

Yang bahan untuk kulit tu ya Allah memang senang gila nak buat. Aku masukkan sume bahan tu dalam blender pastu blend je smpai sume bahan dah bercampur sebati. Sonang.
But here comes the susah - renyah part : nak masakkan dia atas api n make sure dia nipis.
Ambik non-stick pan and letak adunan kulit td slow-slow. Api mesti kene kecikk je, kalau besar sikit nanti kulit tu jadi terlalu kering and keras.
Disebabkan aku tak pandai nak control tangan, maka ketebalan kulit crepe aku adalah berbeza-beza tapiiii satu pun xde yang nipis. Yang paling nipis pun still tebal jugak miahaha >.<.
Bagi sesiapa yang ada masalah macam aku, dinasihatkan beli non-stick pan yang ade lekuk and tangkai tu so bila korang letak adunan tadi dalam tu korang boleh adjust-adjust ketebalan tu, I mean korang boleh adjust ke kiri kanan atas bawah bagi lapisan tu betul2 nipis n baru letak atas api.
Pan yang aku cakap macam gamba kat bawah ni heheh.
Aku guna pan yang rata je even die non stick, tapi tu lah susah skit nak adjust tebal tu.
Ke aku yang xpandai? =.='




Part inti, oh senang jugak sebenarnya. Tapi aku guna cara yang aku tak mahir so die jadi payah.
Haha. Inti die just letak whipped cream and isi durian saje.
Kalau nak letak isi lain pun bolehh..mana tau korang nak letak buah manggis ke rambutan ke kan.. janji letak cream.
Aku guna whipped cream yang dalam box tu sebab ikut resepi orang kan, so ikut je la sebijik hehe.
Cream tu dalam bentuk cecair so nak bagi dia jadi cream korang kene pukul cream tu sampai kembang. Masalahnya, aku dah pukul dah mula2 dia kembang naik pastu aku gi la buat bende lain sekali bila aku datang balik tengok OMG die kecut balik!
Aku pukul lagi lagi dan lagi pun still xnaik2 dah. Mak aku kata bekukan dalam peti ais pastu esok putar balik. Tapi esoknye bila aku putar balik same je gitu gak.
Nak beli cream baru macam membazir sebab 1 cream tu pun dah mahal haha well aku kedekut skit :p
So aku buang air dia bagi tinggal solid cream, pastu aku tambah gula sikit. Then pukul lagi. Boleh la naik la jugak even sikit T.T.
Ni lah kulit crepe and cream aku. Nampak agak menyedihkan hahaha tapi aku tau korang boleh buat much more better than this hahahaha >:D



Lagi sekali bagi yang ade masalah tak pandai pukul cream macam aku silalah beli whiping cream siap dalam tin aerosol tu ye. Kita spray-spray saje xpayah pukul2 dah..

Then ape lagi, bungkus saje isi durian tadi dengan cream macam pic bawah ni n lipat bentuk bantal ccomel-comel.




Ni aku punya yang dah siap. Gelaklah aku tau xlawa hahaha. Tapi rasa die okay la not too bad hu3.
Nanti nak buat lagi skali smpai jadi!


Okay sekian thanks for reading ;p

Thursday, January 24, 2013

Welcoming january 2013 - Part II

Hye assalamualaikum.
OK kali ni baru betul2 nak welcoming new year 2013.
Nak cerita pasal plan and azam supaya bila lupa boleh refer entry ni cewah.
Azam tahun lepas aku dah tak ingat tercapai ke tak. Rasanya mostly tercapai tapi ada 1 or 2 yang masih belum
So continue lah tahun ni hewhew >.<

1. Mengikut perancangan, tahun ni aku nak start kumpul duit. Untuk apa?
Untuk macam-macam. Aku kalau boleh nak bagi banyak duit kat mak ayah aku tetiap bulan, plus bayarkan bil api air skali full. And kalau boleh nak bayar bile telefon dorang jugak. Tapi setakat ni cuma mampu bagi sikit and bayarkan bill api air. Hmm.. Aku ingat nak beli asset macam rumah, pastu untuk masa depan jugak. Mana tau tetiba aku kawin ke tahun ni or tahun depan kan? Haha yaks

2. Pastu perancangan kedua ni aku rasa setiap tahun aku akan rancang benda sama. Nak clearkan hutang. Hutang ngan bank maybe lambat skit kot tapi aku traget hutang macam pending phone bill ke, pending Unifi bill ke, electric bill ke... Eh kantoi la aku nyer bill ade pending. Daim =.=

3. Target nak pergi bercuti oversea at least 1 tahun sekali hihi. Tapi tahun ni je aku dah beli tiket untuk pergi 3 tempat ahaks. Rakus :D March nak pergi Bukit Tinggi Indonesia, May nak pergi Bandung, September nak pergi Koreaaa yippi! Tapi tak tau lah duit nak belanje cukup ntah tidak errr.. Takpe lah tu nanti pikir janji tiket flight dah lepas. Kalau tiket flight tak lepas tu masalah besar kan? :D

4. Business. Aku ni suka business tapi aku memilih jugak la. Aku takkan buat business bende yang aku tak minat. Insyaallah tahun ni nak buat satu lagi business tapi still dalam perancangan. Harap sangat ade rezeki aku buat business ni. Dah confirm nanti baru aku announce k. Stay tuneee

5. Since tahun ni je dah ramai kawan-kawan aku planning nak tunang lah kawin lah honeymoon lah ade baby lah bla bla bla. Maka aku rase sedikit tercalar. Hahaha betul ke ayat tu?Belasahh. So aku pun harap boleh la ikut macam dorang jugak. Aku pun tak tau kenapa setahun dua ni aku memang takde luck dalam hal ni.
Memang aku memilih tapi bukan memilih apa pun, cume belajar dari kesilapan masa lalu.
Tak salah kan? Ya Allah.. :)

Erm ape lagi ek. Macam banyak je draft hari tu. Nanti kalau teringat aku tambah lagi.
Ni je lah yang aku ingat as for now. Semoga tahun ni tahun cemerlang buat aku amiiinnn insyaallah.. Korang doakan aku gak ye :')

Sebelum tu iklan jap, sesiapa nak consultation or tips or belajar cara make up and penjagaan kulit boleh contact ye. Contact ade kat tepi bahagian persona info.
TQ maceh I lebiu bye!

welcoming Januari 2013 + Asus VivoTab

Happy new year 2013!
Erkk dah lambat sangat kot nak masuk bulan 2 dah ni.
Cepat betul masa berlalu.

Awal Januari aku agak busy, kat office pun kerja banyak sampai kene OT.
Pastu busy nak hantar barang customer, jumpa customer, event lagi.
Ada seminggu tu direct lepas balik kerja terus jumpa customer buat skin care class, and consultation jugak.
Penat tapi berbaloi alhamdulillah :)

As for now, laptop aku rosak huhu. Susah sikit aku nak update blog or berfacebook.
Pape sume aku buat kat office. Handphone ade tapi cam lemas la sebab screen kecik.
Walaupun pakai S Note yang screen gedabak tu, tapi still xleh lawan laptop punye screen kan hehehe.
Sekarang ni laptop tak boleh on. Dia tak boleh masuk OS.
So nak try format dulu harap-harap laa boleh huhu.
Last week hari tu pegi usha2 kedai laptop. Ingat nak cari laptop baru. laptop ni pun dah 5 tahun aku guna terasa nak pakai laptop baru gak. Ish ish nafsuuu.
Aku rasa kalau mengandung ni ntah2 bukan mengidam makanan tapi mengidam nak pakai gadjet baru hahahaha gila :D

Tengah dok cari tu terjumpa la Asus VivoTab. Omaigoddd brilliant!
Dia 10inch tablet which running on Windows 8 RT, guna MS Office 2013, ada front camera 2MP and back camera 8MP jugak (benda utama yg aku carik hewhew) , fungsi macam laptop ada wifi and bluetooth, ada USB port , boleh support 3G and GPS, and paling best dia ada 2 battery.
1 battery dekat screen which is tablet itself and lg satu battery kat keyboard dia. Keyboard and tablet dia boleh cabut2, so bila rasa nak bawak jalan2 boleh ambik tablet tu saja, and bila nak buat kerja kat rumah boleh cucuk kat keyboard.Ohsomeeee!
Aku ni dah la jenis bermasalah dengan battery. Baru awal bulan hari tu aku tukar battery S Note sebab dah kembung terlalu banyak sangat bagi makan hukhuk.

Processor pakai Quard core, but not Intel la, only AMD. Ok la jugak kot.
Laptop aku dulu pun pakai AMD so far xde masalah sangat cuma die cepat panas tatau nape.
Tapi laptop aku tu masa mula2 AMD keluar so mana tau skarang dorang dah fix the issue or dah upgrade ke kan?Hahaa..

Dari segi software, 1 thing la dia xboleh nak install mcm2 sangat macam kat computer biasa.
Dia just boleh install software and apps dari Windows market. Windows market tu macam Android market jugak. Tapi tengok hari tu macam not bad jugak la. Aku pun dah tak guna lagi software2 network macam masa zaman belajar dulu sejak kerja ni huhuhu.

Range harga antara RM2199 - 2499. Aku nakkk sangat beli sekarang tapi apakan daya, cash tak cukup. Credit card pulak dah over limit hewhew whattodo..tunggu jela sampai dapat kumpul cukup duit >.<

Eh tetiba entry new year aku dah jadi entry product review.
Ciss sume pasal Asus tablet ni la buat aku terbayang2 hahaha zzz...


Friday, December 14, 2012

girl's guide book

Hello peeps!
Assalamualaikum!

Hari ni tak banyak keje yeay. Call pun baru 1 masuk. Email n chat belum ada.
Aku harap situasi ni berkekalan sampai pukul 2.30 karang.
Pastu nak chow on time sebab lepas ni kene gi KL jumpa customer lalala.
Tapi bosan gak xde keje sebnanye =.='

Anyway, sebnanye nak tunjuk sumting ni.
Hahaha jap.

 
 
 

Fewwitt. Tengok tajuk pun cukup. Caye x aku ade buku ni? Caye x??
Hahaha aku pun xcaya tapi aku beli buku ni kat Book Fair selasa lepas dengan harga RM3.
Yes, 3 inggit je. Harga lunch aku pun lebih 3 inggit.
Ni sume gara-gara si Nana Markonah maka aku pun terpengaruh skali.
Kitorang g 3 orang, aku,Nana n adik ipar die skali 3 3 beli buku ni sorang satu.
Terbaik~ bleh study sesame kan haha :D
 
Aku baru bace 1st page, menarik gak, sangat bermotivasi sampai aku rase nak gi dating.
Cewah hahaha pui. Tapi xabis bace lg pun buku tu.
Tak tau la ape yg akan jadi kat aku lepas khatam buku ni.
Sama2 kita nantikan smoga xjadi bende pelik2 kat aku.
 
Meh nak share satu petikan dr buku ni :
"It's better to have loved and lost, than never to have loved at all"
Stuju? :')
 
Chapter 1 buku ni cakap, "date different men".
Errr..perlukah ajak semua lelaki single yg kita kenal pegi date?