Thursday, February 15, 2018

Kisah rumah, berimpian itu percuma!

Assalamualaikum  & haii!!

Alhamdulillah majlis doa selamat di kediaman baru saya kelmarin berjalan lancar. 
Tercapai juga hajat untuk mulakan tahun baru di rumah baru :)
Tq family, kawan2, saudara mara & my Mary Kay sisters kerana sudi hadir memeriahkan majlis 😊

Terima kasih Allah memberi saya peluang berkerjaya dengan Mary Kay.
Ternyata saya tak salah pilih kerjaya!

Dah lama rasa nak bercerita tapi segan. 
Tapi hari ni nak cerita jugak moga jadi kekuatan untuk anda semua supaya berani berimpian!💪😍

Kisah rumah.

2014
Masa ni kami baru je nak mulakan hidup as suami isteri. Baru kawin hehee. Masa tu sy baru resign, tak de simpanan yg banyak, yg ada cuma duit mas kawin & gaji bulan sebelumnya. Tu pun nak buat bayar kereta, insurans & credit card 🙊.

Alhamdulillah husband dpt beli 1 rumah apartment kos rendah dekat Bandar Kinrara.
Rumah baru yg harga tak sampai 100k!
Rezeki sgt2! 


Tapi masa tu belum boleh masuk rumah sebab proses dia ambik masa lama.
Jadi kami ambik keputusan untuk menyewa dulu. Jadi dapat la sewa kat satu apartmen ni dekat Taman Putra Perdana dan rezeki lagi sekali sebab sewa rumah dia murah , RM480 sebulan. Ground floor pulak tuu.

Tapi, apartmen tu dari jauh nampak mcm rumah hantu sebab dia apartmen lama, xdi cat. Tengok pic kat bawah uols mesti setuju ngn sy 🙈.






Masuk dalam pun sama! Dinding kusam memang sebijik rasa mcm rumah hantu 😂

Tapi sebab sewa murah kami ambik je lagipun dekat ngan office husband. Tapii sy request kat owner utk cat rumah tu sebab sakit mata tengok dinding kusam. Owner bagi tapi dia suruh cat sendiri. Makanya kami pun tertonggek2 cat satu rumah tu dengan cat putih. Baru la ada feel skit 😂

Kami duduk sini setahun.
Dduk kat sini ok,environment best, tapi macam2 dugaan jugak lah jadi sepanjang setahun ni.Dugaan paling besar adalah Budak-budak.
Kereta saga sy jadi mangsa kene calar dengan lukisan bintang 😤, orang cat parking lot tiba2 kat kereta sy pun dia calit cat jugak 😤.

Paling xboleh lupa, budak2 main kriket , tau kan kriket? Tapiiii bola dia dorg guna batu!
Dan it happens kene cermin driver pecah berderai. Geram betul sy masa tu. 

Kami cari siapa yg buat & terus jumpa parent dia. Nasib baik parent dia bayar balik cost ganti cermin tu. 😤😤😤

Lagi xboleh lupa, apartmen tu ada tunggakan bil air. Dorg guna 1 paip besar, which kalau bil xckup bayar, paip besar tu akan disekat.
So xtau la siapa yg xbayar bil air nii, setiap weekend kami xde air. 😤
Penat asik kene tadah air. Last2 kami balik tumpang rumah mak setiap weekend 😂


2015-2016

Setahun kami dduk kat rumah sewa, dapat berita gembira rumah yg husband beli da boleh start masuk. Yeayyy xsabar sgt masa tu nak pindah (terbayang kereta & air 😂) hahaha!
Rumah baru ni kami dapat tingkat 3 & x ada lif.
Setiap hari menapak. Heheeh palingg mencabar kalau pergi beli barang dapur nak angkut semua naik atas. 💆🏼💆🏼💆🏼


 


Tapi rumah baru ni best juga , rezki dapat jiran depan rumah yg baik hati. Kadang2 bagi makanan. Hehee ❤️ Mcm mana sy kenal ngn jiran ni pun ada cerita. Apartmen baru ni ada masalah elektrik pulak. Hahaaa dia suka blackout tengah2 malam dalam pukul 11-12 malam mcm tu. Sebulan sekali. Blackout semua block gelap gelita.
Sy ni penakut gelap. Nak jadikan cerita satu hari husband kene kerja malam. Sy kat rumah sorang2 tiba2 blackout. Sy panik berlari bukak pintu rumah. Nampak jiran depan pun bukak pintu juga. Dia offer masuk rumah dia & sy pun terus ok je xfikir apa dah haha. Sejak tu la jadi kawan 🌹


Satu lg kejadian xbole lupa, ada skali tu musim hujan lebat. Atap terbang tercampak kene elokk pulak kat kereta sy. Apalah nasib..Kemek xboleh bukak pintu driver 😭. Lagi skali kene pergi hantar repair. Claim kat management pun smpai skrg xdapat2. Redha je lah..

Sejak dari tu sy simpan impian untuk ada rumah landed. Nak parking tanpa risau dalam rumah sendiri. Nak senang bawak masuk barang dapur.
Sy mula serius simpan duit hasil daripada biz Mary Kay.

August 2015, masa ni sy dah jadi Sales Director.
Sy mula berimpian tentang rumah idaman sy.
Kat sebelah apartmen sy tu ada satu kawasan rumah besar2. Kinrara Residence nama dia. Setiap hari keluar & lalu kawasan perumahan tu sy akan cakap, sy akan beli rumah mcm tu.
3 tingkat.


Husband sy mula2 marah sebab dia kata sy punya angan2 tinggi sangat. 

Stress agaknya dia bila sy ckp mcm tu hahahaha. 😜
Sy ckp tu impian sy & sy akan usaha untuk dapat. Maybe not today but 1 day 😊
Saya percaya akan ada rezeki sy satu hari nanti.

Lama2 dia pun lembut hati . Almost setiap petang lepas ambik husband balik kerja kitorang pusing satu round kat dalam perumahan Kinrara Residence tu berangan mcm mana keadaan kalau duduk kat rumah tu. Lawak bila teringat balik 😂

2017

Impian nak beli rumah landed masih x padam.
Masa ni kami dah mula ada simpanan yg stabil setiap bulan.
Mary Kay ajar bila kita bantu org lain utk berjaya kita pun akan sama-sama berjaya.
Alhamdulillah tahun ni tahun yg manis sgt buat sy 😊.
Husband sy pun dah resign dan kami buat biz Mary Kay sama2.


Awal tahun 2017, kami kami beranikan diri buat first move utk call tanya agen harga rumah dekat Kinrara Residence.
Dapat la set appoinment dgn agent tu. Makin excited rasa nak beli rumah. Tapi bila kira2 bajet belum cukup lagi. So terpaksa hold dulu.
Tapi sambil2 tu rajin jugak la google2 rumah lain for sale.


Sampai la 1 hari terjumpa satu advertisement ni. Dan rezeki sangat bila pergi view rumah tu lebih better & ada really good offer!
Terus book & proceed dengan proses pembelian rumah.
Alhamdulillah payslip Mary Kay lepas utk buat loan rumah. 

Kakak bank yg proses loan ter order Cc Cream pulak kat saya ehh 😆.

The moment dapat kunci, rasa macam xpercaya 1 impian dah jadi kenyataan. Dah boleh bawak masuk barang dapur tanpa perlu naik tangga 😂
Dah boleh parking tanpa rasa takut. Dulu masa dduk apartmen limit 1 rumah satu kereta, hari2 berisiko kereta kene clamp sebab kami 2 kereta😔.








Semua bermula dari satu angan2 😊
Jangan takut nak berimpian.
All of us deserve to have your own dream.
Percaya pada diri & tuhan.
Plan your work & work your plan.
Jangan berhenti berusaha.
Anda berhak untuk dapatkan yg terbaik utk diri anda 😊


All the best & jadikan 2018 your best year!💪❤️

Love,
Essd Mira