Friday, February 24, 2017

Travelogue Japan Osaka - Tokyo Part 2

Day 1 - Arrival & Arashiyama 

Flight kitorang petang, so sampai Haneda airport pukul 10 malam.
Lepas tu kene ambik airport bus to Shinjuku Bust Station and naik bas Willer ke Osaka pulak.
Aku ambik Willer last bus pukul 12.40 malam.
Actually aku patutnya turun kat Kansai Airport dekat skit ngan Osaka tapi sebab beli tiket dulu baru plan iternary, camtu la jadinya 

Kisahnya, luggage kitorang sampai lambat. So pukul 10.30pm baru dapat beli tiket ke Shinjuku Station. Tapi bas paling cepat pukul 11.40pm. 
Nervous nak oii.
Nak ke Shinjuku Station tu dia ada lah pit stop dia nak turunkan n ambik penumpang.
Masa lagi 1 stop nak sampai Shinjuku Station, kitorang dah berpeluh2 sebab nervous masa tu dah pukul 12.30pm.
Pastu kann dia berenti agak lama kat situ 7 minit tauu.
Aku dah xsenang duduk dah tapi masing2 xbersuara, tak tau kenapa hahahaha.
Orang Jepun ni dorang sangat punctual.
Kalau dia kata bas bertolak pukul 12.40, sharp 12.40 bas gerak.

Masa gerak tu ada lagi baki 3 minit sebelum 12.40.
Berdoa berzikir kitorang time tu wei.
Sampai Shinjuku station kitorang terus lari cari bas.
Aku lari2 dalam kesejukan tinggalkan laki aku tarik 2 beg sebab nak suruh bas tunggu.
Drama sangat hahaha.
Nasib baikkkk bas tu ada lagi aku cepat2 jerit mintak dia tunggu.
Fuhhhhhh
So alhamdulillah selamat lah kitorang naik bas ke Osaka 
9 hours dalam bas.

Willer bus tu ok. Dia ada jugak bas yg ada toilet, boleh baring.
Tapi harga mahal jugak dalam 10 000 yen ke atas.
Lebih kurang RM400 sorang .
Aku ambik yg biasa punya sebab nak masukkan luggage yang penting.
Ada jugak bas yg xleh bawak luggaage banyak. Tu kene check btul2.


Finally sampai pun Osaka. 
Dia turun kat Umeda Sky Building Willer Terminal.



Aku baca, Umeda Sky Building ni pun antara tempat tourist pergi.
Sebab ada sky garden. Ala-ala garden tp dekat atas jambatan tinggi.
Mungkin tu kot jambatan dia macam dalam pic.

Aku bukan peminat lawatan building, kitorang xmasukkan ni dalam to-go-list.
Tapi sebab alang2 da sampai, moh ler kiter bergambar sekeping dua.

Then kitorang pergi Umeda Station untuk ke guest house.
Kalau korang xtau jalan, tanya je orang2 kat situ.
Walaupun kadang2 cakap ayam itik tapi boleh faham jugak la.
And some Japanese siap bawak kita tunjukkan jalan.
Baik sgt tau 

Ni first time kitorang naik train kat sana, so sesat about 30minit jugak lah.
Dengan xde internet nya.
Blur nak naik train mana satu. 
Tapi hasil bicara ayam itik alhamdulillah sampai jugak kitorang 



Guest house ni kecik je, toilet pun muat sorang masuk.
Tapi bersih and selesa jugak la.
Katil dia empukkk.

And yang best, most guest house kat Japan ni offer FREE Portable Wifi.
So kita boleh bawak dia ke mana2 je.
Owner ni bagi jugak tapi speed dia yg lowest kot rasanya, sebab sangat slow bila nak browsing.
Tapi ok la drp x ada kannn 

Ok da siap solat & mandi , 1st location kitorang adalah Arashiyama !
Kat sini ada Bamboo Grove kiri kanan sepanjang path tu.


Best jugak jalan2 kat sini sambil enjoy the view.
Nak buat ala-ala photoshoot pun boleh hehehe.
Cuaca masa tu mendung skit nak ujan, and sejukkk.

Kitorang naik Trishaw,  yg macam pengangkutan Jepun zaman dulu tuu.
Aku cakap kat laki aku, kita ni kat Msia xnak naik beca tapi kat sini gegeh naik 
Tapi motif nak naik sebenarnya sebab dah xlarat jalan hahaha.
Dari station Arahiyama tu berjalan jauh jugak la nak ke Bamboo grove dia.
Tu belum sampai park lagi.
So naik trishaw ni dia bawak sampai park.


Gambar ni driver dia yang ambik. 
Dorang ni pandai cakap English. Senang nak communicate & peramah jugakk.



Rupanya kat Arashiyama tu ada satu park tau.
Dia kat belakang Arashiyama Mount.
And park dia cantikk 
Nasib baik naik trishaw , kalau x kitorang mesti balik hahaha.

Sebelum masuk park kitorang pergi makan dulu.
Kat sini ada 1 restoran halal.
Yoshiya!


This is the same girl yg kitorg jumpa kat sana hehehe.
Rajin dia.



Kat sini ada pilihan untuk menu halal.
Kedai dia kene masuk ke dalam lagi. Kat bahagian luar ni souveniers.



Ni set laki aku


Aku ambik set ni, tempura apa tah hehehe.
Nama dia agak panjang. ada tempura udang dalam tu & ada nasi bawah dia, mcm nasi perisa kicap.
Pastu ada puding tofu & mee soba.
Sorry guys aku xpandai sgt makanan Jepun ni.
Aku tau sushi je 


Makanan halal kat Jepun ni mostly harga dia lebih mahal like double drp harga makanan biasa.


Kat depan Yoshiya ada spot cantik untuk ambik gambar.
Fefeeling macam zaman Jepun macam dalam drama lama2 hihhii.
Masa kitorang sampai sini dah pukul 4pm.
Actually kitorang cadang nak pergi Gion sebab nak tengok Geisha & nak pakai baju Geisha petang tu, tapi terbabas kat sini sampai pukul 5pm.
5pm kat sini dah maghrib .
So harapan lah nak tengok Geisha. Dorang dah balik wuwu..

Actually kat Arashiyama pun boleh pakai baju Geisha tau.
Ada kedai2 yg offer untuk sewa baju.
Kitorang ingat sempat nak pegi sana tapi menyesalll sgt sebab xsewa baju kat sini.
Hancur harapan ai nak posing ngn kimono 




Seberang jambatan ni ada macam kedai2 jugak, tapi kedai dia buat macam style zaman lama dulu.
Memang classsic lah landscape dia.
Masa ni dah start gelap, so xjadi nak ambik gambar. So jalan2 je..
Kalau korang nak gi sini, make sure datang pagi, so boleh spend masa lama kat sini plus cuaca cantik & boleh la nak gi sewa kimono.


Sebelum balik sempat jalan kat Kimono Forest.
Dia kat dalam station Randen Arashiyama , kitorang ambik trainnak balik ke Osaka.
Yang bestnya train ni dia punya rail ada lalu tengah2 jalan.
Styleee
Kiri kanan kereta tengah drive tapi kita dalam train 

Meh nak share satu tips.
Kita boleh cari train/bus route dari satu tempat ke satu tempat guna Google Maps.
Dia akan tunjukkan korang kene tukar train kat mana, line apa & train ke mana.
Siap ada estimate masa arrival & cost lagi.
Sangat memudahkan kita as traveler.
Tugas kita cuma nak kene faham & pandai baca sighnboard kat train station 

Contoh macam nak pergi ke Arashiyama station dari Shin osaka station, masukkan je nama tempat tu then dia akan tunjuk.












Travelogue Japan Osaka - Tokyo Part 1

Assalamualaikum n haiii!
Sihat ke?

Tak sabar nak share dengan korang trip Jepun last month!
Ni trip ke 5 aku dengan husband.
Sebelum ni Krabi, Vietnam, Boracay, Bandung
Seriously aku x expect trip yg ni akan jadi super awesome!

The Iternary.

Kitorang book tiket ni masa bulan 5 2016, and along the way aku sangat sangat busy.
Banyak event & benda yang nak kene focus masa tu.
So sebagai tukang buat iternary, memang susah skit.
Sebab aku jenis yg buat iternary seharian depan pc menggoogle hehehe.
Tapi kali ni dapat buat kejap2 je so dragging masa berbulan-bulan untuk aku siapkan iternary.

Nak suruh laki aku buat? Hahaa xyah la nanti dia trus call tour agent 
Aku tak suka travel dengan tour agent, sebab nanti masa banyak habis dalam bas.
Pening, pastu xbebas, kene ikut time & ada limit time.
So malas.

Beza sangat bila buat iternary Jepun compare dengan trip2 aku sebelum ni.
Sebab Jepun ni besar yang amat, and ada tempat yang jauh2.
Kene fikir cost & route yg paling jimat lagi kan.
Dah la currency sana mahal.
Pastu dia punya train route dia masyaAllah...sangat banyak!
Lagi dasyat drp Seoul Korea punya route.

Lagi 1 hari nak pergi baru iternary aku betul2 complete.
Pukul 4 pagi baru kitorang tido hahahaha.
Nasib baik flight pukul 2pm, boleh la tido.

So korang kalau nak travel sendiri make sure study awal2 okkeyy.

The Preparation

Memandangkan ni adalah first winter trip kami, so agak banyak jugak benda baru yg aku belajar.


Pakaian

1. Trench coat/ windbreaker jacket (untuk santai jalan2 kat bandar)
2. Winter coat (untuk ke tempat yg extreme sejuk)
3. Baju & seluar Thermal (ni beli kat Uniqlo, heatech dia guna material untuk warm kan badan)
4. Glove (untuk yg xbiasa mcm aku, tangan akn jadi sgt sejuk n ada masa kejung sebab sejuk sangat. Its good to have glove!)
5. Mafla (especially lelaki sebab nak cover leher. sejuk woo)
6. Stokin tebal
7. Snow cap / Ear muff (especially lelaki, sebab takut xtahan sejuk. Laki aku hari tu xpakai benda ni kepala sampai pening sebab sejuk sgt)
8. Suitable shoes (kat Jepun akan banyak berjalan kaki, jadi jangan la bawak yg tumit2 bagaii. aku pakai flat winter boot pun kaki sakit  )

Accessories lain

1. Complete Skincare & standby cream for dry skin (I bring Mary Kay of course )
2. Lotion badan 
3. Moisturizing body wash
4. Hot pad
5. Minyak angin
6. Ubat-ubatan (panadol, demam, batuk, selsema, angin)
7. Bottle spray (ihsan Kak Leen :p)
8. Sejadah & telekung
9. Duit secukupnya lebih pun xpe

Makanan

1. Nasi instant Brahim's
2. Maggi
3. Biskut or energy bar
4. Roti & tuna spread
5. Mangkuk kecik untuk makan

Hotel vs Guest house?

Biasanya kitorang punya trip sebelum2 ni memang akan ambik hotel.
Tapi kali disebabkan aku last minit book, hotel rate sangatttt mahal!
Paling murah yg facilities ok rm500 1 malam.
Aku stay sana 8 hari 6 malam (1 malam tido dalam bus) , 21- 28
So macam sayang je nak keluarkan Rm3000 utk hotel hehehe  sebab nak tido je pun kann.
Kawan2 aku suggest cari guesthouse kat Airbnb.

Makanya, lepas pencairan guest house, 2 mggu sebelum bertolak baru aku book.
Eh nak pilih guesthouse pun kene tgok betul2 tauu.
Especially tang houserule.
Ada yg house rule dia kene balik sebelum 8malam .
Aku pun xtau kenapa , mungkin sebab neighbourhood dia xnak bising2.
Tapi tetiba teringat citer hantu jepun The Haunted Apartment pasal dia kene balik rumah sebelum midnight 
So aku akan avoid yg bagi rules camtu coz definitely kitorang akan sampai rumah lambat after 8pm.

Pastu korang kene tengok jugak dari segi location.
Memandangkan pengangkutan kitorang kat sana 99% train, so kene pastikan distance dari guesthouse ke train station adalah walkable.
Kalau jauh tu masak la nak jalan kaki

Pastuuu ada jugak aku jumpa guesthouse yg shared bathroom & xde bathroom, kene gi mandi kat public toilet. Lol so Japanese hahahaha!
X mau akuu

And ada guesthouse yg ada washing machine, dryer, dapur gas & microwave, ni penting sebab nanti nak masak maggi & panaskan makanan senang. Nak masak pun bolehh.
Aku idok ler hahahah.
Tapi kitorang enjoy basuh baju kat sana.
Hehehe 

And paling penting, ada x family mart kat area tu.
Kat sana slalu nampak Lawson & Family Mart
Kalau korang macam aku ni jenis tetiba lapar masuk angin so kene ada makanan.
Senang la nak jalan beli sandwich ke onigiri ke kan.
Memang 2 benda tu kitorang buat breakfast hari2.

Trip kitorang 3 hari 3 hari Osaka 5 hari Tokyo 
So hasil pencarian, jumpa la 1 guest house kat Osaka , 10 minutes walk to Shin Osaka station.
Station sini best, ada byk kedai, Uniqlo pun ada, Daiso pun, and ada pertukaran kalau nak naik Shinkansen jugak. (to Tokyo)
1 lagi rumah kat Tokyo nama dia Kokoro House ,2 minit walk ke Okubo station.
Kat sini ada 1 kedai kebab halal. Hahahaha rezeki.

Kalau korang nak tengok details boleh masuk Airbnb website ye.

Ticket Preparation

Aku banyak masuk amusement park. Disney Sea, Universal Studio Japan & Fujikyu Highland.
Macam tempat yg world famous macam Disey Sea & USJ tu korang WAJIB beli tiket & print sesiap.
Sebab apa?
Crowd dia omg ramai gila.
Aku pergi time bukan peak day pun still ramai.
Org Jepun ni banyak masa free agaknya.
So jangan bazir masa beratur kat kaunter.

Fujikyu Highland xboleh beli online tapi beli dekat Family Mart ada jual.
Nanti aku cerita .

Pastu kalau korang ada naik bas, macam aku naik Night Bus from Tokyo ke Osaka.
Make sure korang beli tiket sesiap.
Aku naik Willer Express

Ok dah siap prepare, jomm travel!
Next entry please 

Monday, November 14, 2016

Kisah & tips mencari jodoh (part 2)

Assalamualaikum & haii!

Sambungan part 1

-----------------------------------------------------------------------------------
Interview was ok-ok.
So just msj dia cakap dah settle.

Malam tu dia tiba-tiba msj ajak aku gi tengok wayang.
Usually aku memang akan bagi beribu alasan. I was going to say the same thing, tapi tiba2 terdetik dalam hati aku cakap ' Kasi can lah kat diri sendiri'
So we plan pergi esoknya lepas kerja.

Tak pepasal tengok citer Korea sebab tak de citer best malam tu.
Hahahaha pasaipa la stuju nak gi tgok wayang kan.
Masa nak balik dr Midvalley tu, parking memang sesak sebab semua orang nak balik waktu yg sama.
So agak jammed sikit nak sampai ke cashier tiket dia tu. Lebih kurang 20 minit tau nak sampai ke cashier. Jadi dalam tempoh tu aku diam je la dalam kereta. Lagipun masa tu dah pukul 10pm, memang waktu tido aku.

Senyap sampai lah dia bersuara. 
Dia cakap dengan aku, yang dia nak kawan dengan aku dengan niat nak cari bakal isteri. 
Bukan nak main-main, suka-suka or nak couple-couple xada. Jadi dia nak aku salah faham or fikir bukan-bukan kat dia.
Speechless weh, terkejut aku xpernah-pernah orang jujur kat aku sampai camtu.
Aku just cakap, Ok kite kawan dulu.
Hahhahah sebenarnya aku cuak 
Bukan apa, tak nak bagi harapan sebab takut xserasi dengan dia. Lagipun baru kenal.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tips #3

Be yourself

Guess what, sejak peristiwa malam tu aku rasa lagi selesa nak berkawan dengan dia.
Sebab dah tau niat dia so kita tau nak adjust diri macam mana. 
Aku memang xde control-control depan dia. Bagi aku kalau dia jujur nak kawan dengan aku, 
tengok lah baik buruk aku dulu, my flaws, boleh terima ke tak. 

If you can accept my flaws, you DESERVE my best.

Ni yang aku pegang. Aku dah malas nak control-control bagai macam zaman cinta monyet dolu-dolu.
So memang keluar la semua perangai buruk aku depan dia, dengan aku yang suka reply mesej lambat, gelak kuat, slightly late kalau nak keluar, lepas solat touchup make up berejam, and macam-macam lagi lah. 

Ada sekali tu kitorang janji nak tengok wayang, dia pick up aku kat rumah tapi aku keluar pergi kenduri dari pagi. And I was 1 hour late beb! Tiket wayang pun dah beli time tu so burned!
Masa tu aku fikir ok lah kalau dia nak reject aku, aku redha. 
Tapi what happened, bila aku sampai rumah, dia senyum je.
Tak marah or tak buat muka langsung kat aku.
Aku tanya dia, tak marah ke? Dia cakap buat ape nak marah bukan boleh putar masa pun.
Wow impress! Tak pernah orang tak marah aku kalau aku lambat 

Lama-lama hati aku jadi lembut. 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tips #4

Nak tau orang tu jodoh kita?
Rasa tenang, happy & selamat je bila dengan dia

Kitorang kawan 2 bulan je. Bulan 5 on his birthday dia ajak aku keluar.
Lawak lak rasa, birthday boy ajak aku keluar untuk celebrate birthday dia 
Aku layankan je lah. Maka terpaksa aku cakap lunch on me hahahahaha!
Aku masuk kereta tiba-tiba dia keluarkan bunga ros sekuntum.
Omaigod 
Besday dia tapi aku dapat bunga.
Aku xtau camne rupa aku tapi yang aku ingat aku terkejut gila sampai nak tercabut jantung hahaha.
Lek la bunga je kot. Tapi xtau la nape rasa camtu. 
Dia macam happy sikit campur nervous. Nervous sebab xtau. Lol.

So kitorang gi la makan kat Midvalley (lagi) . 
Dia cakap nak makan kat Chillis nak makan Choc Lava Cake. Amboi pau aku nampak 
Then masa waiting nak dapat seat tu, tiba-tiba dia cakap camni..

'Nur Amira Yahaya, sudi tak awk terima saya jadi imam awak?'

Lawak apakah 
Ko tak tengok muka aku masa tu, muka aku rasa panas!
Hahhahahaah.
Aku tak pikir lama sangat.
Sampai dah dapat seat, aku terus cakap 'sudi' 
Eceyhhh
Tak tau mana datang yakin tu . Tiba-tiba aku cakap sudi weh.
Kau ingat ni main kawen2?
Hahahahaha nak gelak rasa.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Tips #5

Solat Istikharah

Dia pesan kat aku nanti balik buat solat Istikharah.
Solat Istikharah ni bukan je kita buat sebelum buat pilihan, tapi untuk yakinkan pilihan skali.
Tu yg dia cakap lah.
Ke sebab dia terkejut aku cakap sudi laju sangat?
Hehehehehe

Lepas buat Solat Istikharah, xde la pulak muka dia muncul dalam mimpi aku.
Tapiii... Allah datangkan ketenangan & kemudahan sepanjang proses ke arah perkahwinan tu.
Memang sangat smooth. Terima kasih Ya Allah.

Aku dulu kerja gaji kecik, menyimpan sebulan memang tak ada.
Tapi setiap bulan boleh pulak ada duit untuk beli hantaran nikah.
Pelik kan?
Lepas tu datang pertolongan yang xdisangka, kawan mak aku & makcik aku offer nak tolong buatkan hantaran, kawan baik aku sponsor cake hantaran, kawan mak aku tolong belikan bunga. 
Dapat beli bunga-bunga hantaran & doorgift dengan harga murah. Idea melimpah-limpah.
Sewa dewan, catering, baju kahwin, pelamin semua xada masalah.
Duit tu dalam pada gaji xbanyak tapi tiba-tiba cukup.
SubhanAllah....syukur ya Allah.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------



Tunang 6 bulan lepas tu kahwin.
Alhamdulillah dah nak masuk 3 tahun dah jadi bini Syazwan Hasni ni.
Dia still sama macam yang aku kenal dulu. 
Cuma makin kuat bebel pastu bambam skit hahahaha 

Sekian kisah jodoh ku dengan stranger.
Actually dia dulu belajar UITM jugak sama fakulti dengan aku.
Kira super duper Senior.
We have met once tapi aku tak ingat dia. Dia ingat aku.
Tak ingat masa bila aku approve friend request dia kat Facebook.
Hehhehe

Ok lah jangan lupa apply tips aku bagi tadi.
Tak banyak, 5 tips je.

All the best mencari jodoh!!