Wednesday, December 16, 2015

Travel trip ke Boracay Island Filipina! (Part 3)

Day 3

Activity day 3 ni banyak skit, sebab mostly x ambik masa yg lama,
Banyak activity darat jugak.

9pagi, kitorang gerak ke tempat dia pickup untuk pergi main ATV ride.
Jauh nau nak sampai ke jalan besar dari hotel kitorang.
Letih gak la menapak hihi.



First time seumur hidup naik ATV.
Awal2 tu tunggang langgang gak la aku bawak, padahal tekan je pedal da jalan hehe.
Tapi sebab moto tu gemuk so aku cam susah nk control.
Dah tu kejap naik bukit kejap turun bukit.
Tapi memang besttt! Kitorang bawak ATV ni naik Mt Luho.

Aku ingatkan Mt Luho tu tinggi tp xla tinggi sgt rupanya.
Mampu lagi la nak naik sampai atas, nasib baik jugak sbb klau tinggi sangat rasenye aku xkan larat sampai atas :p
Masa kat Krabi tu yg kitorang gi Tiger Temple separuh pun xsampai sebab tinggi gila wehh, pucat2 muka aku kehkeh.



Mt Luho ada observing deck. Dari situ boleh nampak sekeliling Boracay!

Lepas tu turun bawah skit ada tempat untuk main Zipline.
Aku tak pasti ni ke Zipline yg orang slalu main sebab Zipline dia pendek je.
Tak puas jerit eh da sampai hujung.
Tapi best jugaklah drp xade lgsung kan.



Kalut pulak ngn Go pro hhahaha :p

Kalau korang pergi, tanya agent tu kat mana nak main Zipline yg panjang.
Aku ingatkan ade 1 je tempat Zipline tp kawan aku cakap ada few more.
Sobss nak yg panjanggg T.T

Lepas semua activity darat dah settle, Barbie bawak kitorang pergi ke Bulabog beach.
Katanya Helmet Diving kat area situ.
Mula-mula cam pelik , biar betull nak buat Helmet Diving kat Bulabog sebab pantai dia tak cantik, berselut ,kotor & berbau skit . Terbayang aku helmet Diving bawah selut. Ngeri weiii.

So kami naiklah bot...dia bawak sampai ke tengah laut.
Kat situ air da jernih . Fuhhh lega skit heheh.


Credit to Google

Ni lah Helmet Diving station, aku tak sempat snap pic sebab fon dalam beg dah.

Dia betul2 kat tengah laut, which tak de ombak sangat and air lebih tenang.
Tapi kedalaman dia instructor tu cakap dalam 10-15m.
Gulp 0.0

Sebelum masuk, kitorang di brief dulu apa yg akan jadi kat bawah sana.
Satu helmet tu berat dalam 37kg.
Goshh lagi berat dr beras 10 kilo kahkah!
Tapi bila dah masuk dalam air, dia akan berat dlm 5kg camtu je.
Still berat gak tu kan.

Tekanan dalam air memang tinggi, telinga akan berdengung & sakit.
Dia suruh kitorang relax, telan air liur bbyk or tutup hidung& hembus nafas.
Perit gak telinga aku masa turun tu, nak naik balik je rasa tapi pikir da bayar mahal kan so tak jadi lah.
Aku telan air liur banyak2 pun xjadi apa, aku start panic dah.
Laki aku pun panic tgok aku panic hahaha.
Pastu aku try tutup hidung and hembus kuat2, few times baru dia ok.

Dia bagi masa kat bawah tu dalam 20minit.
Sekejap je ..




Photobomb

Memang bestt ssgt Helmet Diving!
Korang wajib try!
I wish dia bagi masa lama skit nak berjalan2 bawah tu hehehh. 
*dan2 lupa saat2 cemas td :p*

Next! Terus pergi kat tempat Flying Fish.
Ni pun sama ada station jugak kat tengah laut.
Aku mati-mati ingat dia macam Banana Boat sekali cenggini ha!


Main benda ni sampai lebam2 lutut aku sebab asik tegolek je keje.
Maybe baju yg aku pakai tu kain jenis licin, so tiap kali dia pusing aku dah xleh control da memang terlepas tangan tercampak je keje hahahaha.
Tapi bestttt sgt tercampak hahaha tak caye cuba korang try XD
Ni pun benda yg WAJIB buat masa kat Boracay!


Tu la flying fish kitorang


Next! Kitorang pergi Parasailing pulak!
Ok yang ni tak extreme sangat sampai lebam2 tapi sape yg takut tinggi tu mungkin akan pk 2 3 kali nak buat ke tak hehehe.




Serius best!!
Masa dia nak naik tu perasaan macam waaahhhh excited sgt!
Bila dah kat atas udara, tengok bawah tetiba rasa ngeri tengok air laut kaler biru gelap.
Rasanya kalau jatuh ni ...ermm.... tapi ada lifejacket, sedap skit hati aku.
Hehehe.
Best kat atas tu berangin je.
Laki aku da pening2 da time ni hehe pasaipa tah.

Last activity is Parawsailing!
Tapi dia kene tunggu sunset, so kitorang balik makan rehat dulu, petang skit baru buat Parawsailing.

Kitorang makan kat Yellowcab Pizza!
Tapi menu dia ada ayam & daging, so nak selamat kita ambik Pizza Cheese only.
Dah lapar tu layann, tapi betul memang sedap, cheese dia tak muak langsung.


Masa ni laki aku mabuk laut kekeke dia tengah pening lalat.
Tengok mata dia tu :p


Sunset kat sana dalam 5.45pm, so kitorang gerak awal semangat nih nak tengokk sunset.
Barbie cakap tak basah so masing2 pakai baju tido terus.
Sekali kau, tiap kali langgar ombak hambekkk...basah bontot aku.
Da la tu satu-satunya seluar yg aku bawak untuk tido T.T



Parawsailing ni naik atas bot yg macam rangka, dia bergerak ikut tiupan angin.
Enjin pun xada.
Macam wow sangat sebab dia lagi laju drp bot yg ada enjin.
Alang2 da basah bontot masing2 so kitorang pun siap baring lagi kat atas tu ngeh ngeh.
Fefeeling berbumbungkan langit.

Balik tu aku terpaksa pinjam seluar farah nak bawak tido '=.=











Wednesday, October 7, 2015

Travel trip ke Boracay Island Filipina! (Part 2)

Day 2

Activity hari ni adalah Island Hoping!
Aku memang suka Island Hoping ni sejak masa gi Krabi lagi.
(alamak entry Krabi x up :p)
Sebab kerje berendam kan hahahah!

Dorang cakap akan datang pickup kat hotel at 9am.
Aku punye bayangkan dtg dengan tuktuk ke..transport kereta ke..
Rupanya dorang just dtg hantar orang pastu jalan kaki sampai Station 3.
Wakakaka hampeh :p
Nasib baik la walking distance xjauh sangat.

Jom layan gambar!
Pantai dia subhanallah cantik sangat!
Gambar semua no edit no filter!.






Sementara tunggu agent Barbie dtg  pickup kitorang breakfast kat Subway dulu.
Tapi makan sandwich telur je hahaha 
Mengadapla sandwich telur 2 hari *facepalm*


Emm..actually masa ni aku 1st day period pastu senggugut pulak.
Muka kekadang kekwat hahaha.
Haih..salah timing btul.
Aku telan byk pain killer hari ni kalau x memang melepek kat bilik la jawabnye.



1st Island kitorang hop adalah Crystal Cove!
Cantikkkk nangis nangis!



Kau tengok jernih dia auuu

Memula dorang bawak round tour 1 island dulu.
Besar jugak la tempat ni letih berjalan.
Bebudak ni kejap2 berenti snap pic. Aku dah x sesabo nak terjun laut hahaha.
Ada 2 tempat yang dia bagi turun untuk mandi.
Salah satunya tempat yg ade rakit ni la.
Air dia dalam & actually aku xpandai berenang pun.
Menyelam boleh la.
Tapi entah camne tetiba aku boleh pandai berenang walaupun kalut kalut.
Hahaha layann





Next pantai kitorang hop, Puka Beach!
Yang ni lagi nangis tengok.
Clear sangat2 huwaaa T.T



Nampak tak belakang tu warna biru gelap?
Kat situ dah tempat dalam, air dia pun lagi sejuk dari tempat kitorang stay ni.
Tapi ngeri skit tengok sebab dalam dia 3 kali ganda dari kedalaman sekarang.


Lepas Puka Beach, ada lagi 1 Island yang kitorang pergi tapi ni just untuk makan.
Buffet uolls!
Tapi jaga2 sebab ade sate pork hahahaha.
Nyarisss ambik.
Kitorang makan lauk ikan & sayur je, ayam pun x ambik.
Syubhah kui3.
Tapi ok la alhamdulillah kenyang & sedap.

Balik dari Island Hoping, kitorang request untuk turun kat Station 1.
Sebab nak minum ni!
Fruit shakesss!
Benda ni memang femes kat sana, banyak kedai jual tapi tak berapa sedap.
Tawar la, cair la, kedai Jony's ni paling sedap aku minum!
Bloggers lain pun suggest ni jugak.
Aku punya Banana Chocolate Peanut shakes.
Sedap gilerrr




Then kitorang trus balik hotel sebab dah kepenatan plus nak solat lagi kan.
Sana Maghrib masuk awal. Kul 6pm camtu.
Sunset kul 5.45pm.
Gambar sunset xde dalam fon aku sebab masa ni tengah terbaring kat pantai, cakit perut huhuu >.<

Malam tu kitorang makan malam dekat Chatime.
Kat sini ada Chatime tau jgn memain!
Chatime dia ada jual food skali.

credit to www.ourawesomeplanet.com

Gambar aku terlupa sangat nak ambik sebab masing2 mmg tgh kebuluran waktu ni hahaha.
Kitorang just ambik Fish & Chip, boleh tahan sedap dia!
Ke sebab lapar?hehehe
Paling aku ingat skali aku beli air Blackberry Milk Tea & Mango Pudding Au Lait.
Ya Allah sedap gila huhu.
Kat Malaysia Mango tu ada tp Blacberry Milk Tea xde.
Berdoalah supaya kalau aku pregnant aku tak teringat air ni.
Kalau tak jenuh laki aku nak kene gi Boracay semata2 nak beli :p

Pastu kat belakang Chatime tu ada 7e tau!
Besar plak tu 7e dia macam2 ada, drp makanan ke toiletries complete.


Hasil tangkapan kat 7e.
Korang xyah risau kalau xbawak berus gigi ke, ubat gigi ke, sabun ke.
Boleh beli kat sini & harga murah!
Colgate tu singgit je hahha sampai balik Malaysia xabis lagi

Ok esok kite sambung Day 3 pulak ye!






Sunday, September 27, 2015

Travel trip ke Boracay island Filipina! (Part 1)

Assalamualaikum & haiii!

Today was so excited nak update blog!
Eh tak belum rezeki pregnant lagi hehe doakan ye..
tapi sebab nak share dengan korang my super awesome trip ke Boracay Island ! :D

3 - 7 September 2015

Kitorang pergi sana selama 5 hari 4 malam, tiket flight da book sesiap masa Air Asia sale hari tu.
Sorang pergi balik dalam RM 250.
Ok la bagi aku, lebih kurang macam tiket gi Krabi dulu.
Tak tau la kalau ade yg dapat lagi murah memang rezeki korang :D

Day 1



Cuaca alhamdulillah elok, langit cerah biru, awan tak banyak sangat.
Panas lembap. Nak tergelak bila turun flight kiri kanan sawah padi.
Betul ke pilot ni landing kat Kalibo ataupun kat Kedah? :p


Keluar je pintu airport kitorang terus cari booth Southwest.
Hasil pembacaan dekat blog2 lain mostly dorang recommend Southwest.
Jadi kitorang pun decide untuk ambik southwest.
Masa nak ke booth tu, banyak lagi agen transport yg offer harga yg lagi murah.
Kitorang pun hampir terpedaya hehehe but no!
Southwest adalah pilihan yg terbaik tau, sebab kita cuma bayar sekali je untuk transport 2 way  pegi balik!
So xpayah susah2 nak asingkan duit transport sebab kita dah bayar sesiap :)

Transportation Southwest ni merangkumi perjalanan :

Airport --> Caticlan Jetty --> Boracay Jetty--> Hotel --> Boracay Jetty--> Caticlan Jetty --> Airport

Lepas bayar dia akan bagi resit & boarding pass.
Make sure simpan baik2 na sebab boarding pass die kecik, kalau terbang abisla :p


 Sementara tunggu Bas sampai kita wefie dulukk


Southwest ada Feri dia sendiri, besar & selesa 

Perjalanan dari Airport ke Hotel agak lama, dalam 3 jam jugak la.
Jadi kitorang sampai hotel hari pun dah lewat petang , kat sini dia malam cepat tau.
Pukul 6 dah start gelap.
Sunset pukul 5.45pm .
Makanya xde la nak terus pergi beach, kitorang solat & rehat kejap.

Kitorang menginap kat hotel AJ Travellers Inn Annex.
Harga murah, 1 malam RM75 untuk standard room.
pastu tengok gambar macam menarik je, toilet nampak bersih.
Hehehe aku ni biase lah kalau travel memana memang check gambar toilet dulu :p
Kalau toilet bersih baru pass.

Sesampainya kat hotel..garu kepala jap.....
Ni adalah hotel pandangan depan.




Nampak moden kan, kitorang bajet hotel ni kat tepi pantai.
Rupanya hotel ni kat celah2 rumah orang hahahaha!
Dorang sume salahkan aku sebab aku la tukang pilih hotel T.T


Pandangan hotel dari dalam

Nak masuk ke sini kene lalu jalan2 kecik yang berlopak2, lalu rumah2 orang & kedai makan.
Tapi walking distance ke pandai dalam 3 minit.
Ok la tu kan hehehe.
Actually ada banyak hotel yg btul2 tepi pantai tapi harga dia pun harga tepi pantai la, mostly RM300 1 malam paling murah.
Kitorang ni kononnya backpackers la xmo bayar mahal sgt utk hotel sebab nak tido je pun hihihi.

Oh ya lupa nak cerita.
Boracay island dia terbahagi pada 3, Station 1, Station 2, Station 3.
Pastu bahagian belakang ada pantai yg nama dia Bulabog beach.

Station 1 ni hotel dia adalah range paling mahal antara 3 3 station tadi.
Sebab pantai dia xcrowded , kadang2 sunyi & boat pun xbanyak yg parking kat situ.
Pantai dia berpasir halus , seronok la kalau nak berkubang lama2 dalam tu.

Station 2 ni center of attraction. Range harga sederhana.
Hotel kitorang tadi tu pun dekat Station 2 jugak.
Agak crowded tapi best jerr aku rasa hehe, aku lagi prefer tempat yg ada orang tp xterlalu crowded la.
Pantai dia ada batu2 kasar skit, tapi aku okey jerr haha.

Station 3 ni range hotel dia paling murah.
Tapi dah ke hujung sangat jauh dengan tempat makan halal , tapi dekat dengan tempat berkumpul bila nak buat aktiviti dengan tour agent.
Pantai lebih kurang Station 2 tapi agak kotor sikit sebab banyak boat parking situ.
Aku ni sebab makan tu penting hahha so xmo la jauh2, memang aku pilih yg dekat ngn kedai makan je wakaka :p

Bulabog beach pulak dia belah belakang, so pantai dia memang tak sesua untuk mandi sebab berselut hijau.
Pastu agak kotor sebab bot parking.
Tapi kat situ adalah tempatnye untuk korang buat Parasailing, Helmet Diving & Flying fish.
Hotel kat sini lagi murah.
Tapi kalau korang jenis suka lepak tepi pantai or suka mandi manda macam aku ni, Bulabog ni memang sangat tak digalakkan.

Aku share sikit tips pilih hotel di Boracay :

1. Set kan bajet berapa semalam
2. Kedai makan halal agak limited kat sana, jadi kalau nak senang cari hotel yg xjauh dari tempat makan halal.
3. Pilih yang dekat dengan pantai, sebab kalau jauh lama korang nak menapak. 
Lagi2 nak buat aktiviti tu mostly start pagi. So takut lambat sampai kan.

So malam tu kitorang pergi food hunting & nak beli activity untuk esok.
Wowww sangat tak sabar! >.<

Kitorang pergi cari kedai makan halal kat DiTalipapa.


On the way ke DiTalipapa, aku paksa laki aku belikan shades 
sebab dorang semua ade shades, aku je xdo.
Tak acila kan nanti ambik gambar aku xsmart. So aku beli la Rayban murah ni for 10peso.
Duit malaysia dalam RM9+

Suddenly elok je jumpa kedai ni.
Stall number 74 xsilap aku.
Rupanya kedai ni dia tolong masakkan lauk untuk kita, bahan basah kene beli sendiri.
Yang bestnya akak ni pandai cakap Melayu tau. 



So kitorang pun pergi la wet market ni nak beli bahan basah.
Dekat2 situ je market ni.
And bila masuk..crowded gila!
Nak pengsan sebab ramai sgt manusia dgn haiwan kat dalam tu.



So pilih la ikan besar mana nak. 
Semua seafood ade kat sini, lobster pun hado.

Tapi!!!
Sila convert harga dulu & NEGO before korang bayar.
Dorang ni boleh kata semua akan letak harga yg tinggi2 tau.
Kitorang pun dah kene tipu.
Beli udang 200gram kena sampai RM80.
Tak sedar tau bila dah convert baru perasan. 
So korang kalau nak pergi sila standby calculator okeh.

Akak tukang masak tu geleng je, pastu dia cakap, next time nak makan bagitau dia nak makan apa, dia belikan bahan basah. 
Dapat lagi murah. Baikk...
Alamak lupa plak berapa dia charge untuk 1 lauk, tapi affordable la.

Kitorang request masak sotong goreng tepung, Ikan masak sweet sour, sambal udang.
Semua untuk 4 orang makan.
Sejam gak la tunggu dia abis masak.
Masa tu agak kecewa sebab kitorang da memang tengah lapar giler, tapi nasib baik dia masak sedap.
Boleh la heee.

Tips tempah lauk dari akak ni :

Datang awal beberapa jam sebelum dinner time, bagitau sesiap nak makan lauk apa & mintak dia belikan.
Jangan lupa bagitau korang nak datang makan pukul berapa, so dia boleh terus hidang on time.

Ok da kenyang, then kita pergi Boat Station 2 cari aktiviti untuk esok.
Korang xyah risau nak buat iternary bagai, sebab aktiviti tu agent boleh susunkan or korang boleh discuss dengan dia ikut masa korang.

Rezki kitorang terjumpa dengan sorang agent ni nama dia Barbie (nyanyi Im a barbie girl lalala...).
Dia offer sangat murah, 1 activity patut 800 peso tapi dia bagi 600 peso, pastu FREE sunset parawsailing lagi!

Korang boleh add FB dia :

Barbie Trinidad Delos Santos

Dia sangat baik & murah hati, plus dia jaga guest dia.
Muslim pun ramai gak ambik ngan dia.
Sepanjang activities tu kitorang satu boat dengan Malaysian jugak hehe.
Nanti korang kalau contact dia jangan lupa bagitau aku yg referal okey hehehe.
Dia pun pandai cakap English, senang la nak communicate.
Tapi mostly Pinoy memang pandai cakap English hehehe.

So activities yg kitorang ambik :

Day 1 : Island hopping + snorkelling
Day 2 : Zipline, ATV ride to Mt Luho, Helmet Diving, Parasailing, Flying Fish, Parawsailing
Day 3 : Cliff Diving (Aron's Magic Island), Free & easy

Ok jumpa kat next entry utk Day 2! :D






Wednesday, April 22, 2015

My TTC story #3

Assalamualaikum & hai!

Sambungan dari part 2
-----------------------------------------------------

Sementara nak tunggu period ke 3 tu, aku pun cuba la dulu makan supplemen.

Pati yang ada delima
Shaklee

Untuk laki aku, since COQ Health tak de stock whole Malaysia, so kitorang try google alternative lain. Maka jumpalah ini :

FertileAid

Ada for Men, ada for Women.
Aku tak makan sebab dah stick dengan Shaklee.
Laki aku makan Fertile Aid for Men punya.

Dalam pada tu, satu hari ni aku pergi kelas make up Mary Kay. 
Jumpa lah dengan sorang kawan aku ni.. Kitorang memang sama-sama planning untuk dapat baby.
Dia pun dah kahwin bertahun tapi belum ada rezeki lagi.
Then dia cerita kat aku yang dia pergi berurut kat Klang.

Samera Spa

Dia pun cerita la yang tukang urut tu (Mama) sebelum ni bidan yang sangat berpengalaman bab-bab wanita ni.
Ada servis untuk sengkak rahim.
Aku pun blur jugak first time dengar sengkak rahim. Apakah?
Rupanya tu urutan untuk kemaskan bahagian rahim wanita.
Cerita punya cerita aku pun rasa cam nak try la.

So satu hari tu agak-agak aku free, aku pun ajak si Farah teman aku gi Samera spa tu.
Alhamdulillah tak sesat sangat since spa dia bangunan sebelah Klang Sentral. Boleh la cari.
Kitorang main serbu je dah la tak buat appoinment hehehe.
Tapi alhamdulillah Mama tu boleh dtg untuk urut.
Kene tunggu sekejap la.

Aku plan nak ambik pakej yg paling murah, yang RM87 punya.
Tapi akak tu cakap yang tu kesan dia tak berapa sangat. Die suruh ambik full pakej baru puas hati dia urut satu badan.
Berdolak dalik gak la aku masa tu tapi last-last terpaksa gak ambik full pakej RM150.
Hahaha dalam hati kata kalau urut xsedap siap kau! :p

Masa urut tu rasa best je. Mama tu bila dia urut dia explainkan satu-satu, bahagian ni kalau urut sakit maknanya apa, urat mana simpul, and die tau kedudukan rahim kita ok ke tak.
Macam aku, Mama cakap urat banyak simpul tu yang badan cepat masuk angin & senang kene sembelit. Pastu dia tanya aku pernah jatuh terduduk ke dulu?
Well memang betul aku senang kene sembelit. Kalau tak makan Mealshake mesti susah nak berak hahaha.
And betul jugak aku pernah jatuh terduduk, terlentang semua la masa zaman U dulu haha.
Aku ni lasak skit, sekali main ice skating jatuh berkali2 . Kadang2 sengaja jatuh sebab seronok.
Tapi tu la seronok sgt sampai ni la padahnye hahaha.

So Mama nak betulkan rahim sebab dia kata rahim aku x gol hahaha.
Maksudnye die betul2 tepat kat kedudukan dia, ada lah lari sikit.
Sakit jugak weii. Tapi Mama buat sikit je dulu sebab masa tu aku pertengahan hari dari last day period ke next period, katanya rahim keras sikit so susah nak kemaskan n akan sakit sangat.
So kene lah dtg next appoinment hari ke 3 period.

Kenapa eh doktor cakap hari ke 3 period buat blood test.
Mama cakap hari ke 3 period urut.

Mama cakap sebab masa tu rahim lembut so senang nak kemaskan dia.
Yang blood test tu sampai sekarang aku xtau kenapa huhu.

Aku pilih untuk pergi sambung urut hari ke 3 period.