Monday, March 19, 2018

Birthday Anniversary trip: Tips Percutian ke Maldives 2018 Part 2

Assalamualaikum & hai!

Ok nak sambung cerita Maldives.

Perjalanan dalam flight ke Maldives ambik masa 4 jam.
Beza waktu sana dengan Malaysia adalah 3 jam.
Means waktu kita dah pukul 12 tengahari, dia baru pukul 9 pagi.
So kami sampai awal pagi waktu Maldives.

Pilih flight awal, so uols ada lebih banyak masa nak spend kat sana.

I chose to stay in Holiday Inn Kandooma Maldives

Overwater villa kat Maldives harga paling murah dalam RM1300 mcm tu.
Tapi make sure jangan tengok harga saja, uols kene tengok juga distance dengan airport berapa jauh & dia kat pulau mana.
So uols boleh plan perjalanan flight & boat ke sana.

Nanti turun flight, jalan ke depan skit da nampak dia punya boat/ferry transfer.
Airport kecik je senang nak cari dun worry.

Depan tu ada macam booth-booth kecik untuk Private Resort, so if uols dah book, cari booth resort uols. Or some resort dia tunggu kita kat depan pintu arrival.



Kalau uols pilih Private Resort, the only pengangkutan ke sana dari airport adalah dengan speedboat mereka sendiri atau dengan Seaplane.
Harga speedboat minimum 229USD ke atas untuk pergi & balik , seorang dewasa.
Kalau kanak-kanak half daripada tu.
Seaplane dalam 300-500USD xsilap



Yes I know, air dia biru gila kan! Macam kristal , 
bila tenung lama-lama rasa nak makan

Kalau ada bajet lebih boleh la naik Seaplane, utk rasa sendiri pengalaman kan.
Baca review ramai yg kata best

Antara sebab sy pilih Kandooma adalah sebab jarak dia dengan airport if naik Speedboat dalam 30-45 minit. Takut ter mabuk kang kalau lama sangat.
Alhamdulillah sy ok, tapi husband ngn adik ipar dah start pening dah hehehe.

Serius perjalanan 30 minit tu xterasa. Sebab ralit tengok pemandangan luar.
Sepanjang perjalanan tu lalu beberapa resort juga. Masa tu hujan tau, sekali kami ternampak tornado live tapi nasib baik dia jauh. 
Gigil japp, dah la kat tengah-tengah laut niii seram wehh

Orang boat tu kata tu memang normal.

 Awan gelap masa ni dah hujan.
Masa ni lah ada tornado tp xdpt nak snap sbb ombak ttiba kuat melantun-lantun

Selamat Sampai in 1 piece ke Holiday Inn Kandooma Maldives!
Air dia..ish xboleh move on


Sampai-sampai dah ada orang sambut, beg xperlu risau sebab dorang angkatkan and bawak sampai ke bilik.
Then nak ke mana-mana semua naik buggy.

Welcome drink, lime & lemongrass soda.
Sangat refreshing



Settel check in process, kami terus masuk ke bilik. 
Bilik sy siap dulu so kami smua kumpul ramai2 kat situ untuk lunch.

So ni lah biliknya, overwater villa. 
My honest review, bilik dia besar, spacious, selesa untuk 2-4 org pun boleh masuk.
Dan bersih, except for the bath tub ada karat skit.

 X sempat ambik pic masa cadar tegang smua lompat naik katil

 Ruang tamu


Toilet dia ada indoor & outdoor

Masa tu kami notice bath tub dia rosak, air xboleh turun.
So call bagi tau, kejap je technician datang repair pastu dah boleh guna mcm biasa.
Nice service


 Ada beranda menghadap laut


 Setiap pagi tengok sunrise kat sini.
Best sangat..


Dari bilik , boleh terus turun ke laut dan snorkelling sampai ke pantai sana.
Tu lah kerja kami hari - hari, sampai hitam.
Pagi air pasang so current dia kuat gila. First time turun bawah ni nak hanyut dah sebab current terlalu kuat.
Bila dah pukul 3pm masa tu dah nak start surut.
Time ni the best nak mandi. Air dalam and normal current.




Settle makan, pergi jalan-jalan sekitar resort.
Serius, each part of Maldives x ada yg xlawa.
Nangiss 
Nah belanja few pics kat uols.






Swimming pool dia boleh tahan besar.
Ada untuk kids sekali.

So since kitorang ada banyak masa 1st day tu, kami pun pergi ambik snorkelling gear.

Cerita tentang activity kat sini, hmmm boleh kata semua yang best-best berbayar.
Parasailing, Diving, jetski, dolphin cruise, shark cruise semua berbayar.
Mahal pulak tuu, since dorang pakai USD kat sini.
Harga dalam 90- 125 USD utk 1 org per activity.

Nasib baikk lah snorkelling free!
Kalau x agaknya 4 hari mandi laut tenung langit je la jawabnya

So...activity kami setiap hari adalah..
Snorkelling & mandi laut!
Kali ni memang betul-betul puas hati snorkelling. Selalu kalau pergi trip mesti ada pakej snorkelling tapi dia bagi masa 15-30 minit je.
Kat sini u can snorkel as long as u wish to!


 Masa ni dah nak maghrib.
Air pun dah surut


 Pemandangan luar villa



Maldives ni banyak ikan and jinak-jinak pulak.
Berenang saing ngan orang , even kat tepi pantai pun banyak ikan.
Ni ada ikan pari bawah villa kitorang.
Macam-macam lagi ada, sea urchin, ikan trumpet pun ada.
Ikan pelik-pelik pun ada.
 
Batu karang pun banyak , tapi banyak jugak yg dah mati .
Ada few batu karang kat tengah-tengah laut tu yg elok lagi, situ lagi banyak ikan comel2, bila kitorang lalu dia nyorok dalam coral.
Comel sangatt

To be continue..



Saturday, March 17, 2018

Birthday Anniversary trip: Tips Percutian ke Maldives 2018 Part 1

Assalamualaikum & haii!

Dah 10 hari balik dari Maldives, tapi hati masih lagi tertinggal kat sana

Sebenarnya kami hampir-hampir xjadi nak ke Maldives sebab ada kekangan lain, 
tapi alhamdulillah ada rezki & tuhan izinkan kami sampai jugak ke sana.

Trip kali ni adalah sempena anniversary kami  yang ke 4 tahun.
Tak sangka 4 tahun dah rupanya, ingatkan baru 2 tahun. Hehehe lost count of time.

Kami stay sana 4 hari 3 malam.
Sempat celebrate birthday kat sana lagi hihi.
Dan kali ni bukan pergi berdua je, pergi dengan family belah husband sekali!

Why Maldives?


Dalam hidup sy, ada 2 benda yg saya paling suka, beach dan snow.

Last year kami dah dapat winter in Tokyo, so tahun ni kita main panas pulak kat pantai.
Elok pulak masa tengok merangka2 nak bercuti tengah viral pulak kisah Hanis Zalikha bercuti kat Maldives.
Apa lagi mula lah pasang angan2.

TIPS Planning the trip

Macam biasa lah, I will do all the planning & research & booking.
Husband tukang approve dengan tukang check bajet ahahaha!

Flight tiket ke Maldives boleh dikatakan murah juga.
Sebab paling rendah kita boleh dapat dalam RM500+ seorang pergi balik.
Tak tau lah kot ada lagi murah.
Kami dapat Rm580+ (Air Asia) tapi lepas masuk tax, luggage, beli makanan lagi jadilah RM 600 + seorang.
Ok lah tu..
 
So ni sy kongsikan pengalaman saya planning trip for  Maldives.

1. Local or Private Island?

Ada Orang kata Maldives murah, ada yg kata mahal.
After this trip I can say ,  u can choose . 

Nak murah : Go for budget trip (Local Island)
Nak luxury : Go for private trip (Private Island)

Dua - dua pun best!

Tapi yang untuk trip kali ni, saya pilih untuk percutian yang santai, relax, cozy with a little luxury.
Saja nak treat diri sendiri & husband, dah kerja kuat setahun bagi la can nak bersantai cewah hahaaa!

Maldives ni ada beribu - ribu pulau, so dia ada banyak Local Island dan private Island yg uols boleh pilih. jadi uols boleh pilih nak ke mana base on tujuan masing2.
Kalau nak bercuti dengan kawan-kawan ramai2 boleh jugak pilih Local island, lebih challenging & more to backpackers.
Kalau nak honeymoon, boleh pilih private juga. Or kalau suka challenging pilih la local Island.
Mana2 pun boleh, kita akan berkongsi laut & langit yg sama hihi.

Local Island pun ada banyak juga.
Antara yang famous biasa dengar adalah Maafushi.
If uolss tak tau nak pilih yg mana, ada a few website yg sy jadikan reference :

Nak tengok pilihan Local Island?
http://expatoftheworld.com/6-islands-maldives-paradise-budget/
https://budgetmaldives.co/en/resort-vs-local-island-how-to-choose/
https://cruisingmaldives.wordpress.com/2016/05/24/top-5-local-islands-atolls/

2. Local Island vs Private Island

Ada beberapa perbezaan antara Local Island & Private Island.

Local Island,
- pulau untuk semua so boleh jadi agak crowded, tengok pada season
- berpeluang untuk explore Maldivian culture 
- berpeluan jumpa lebih ramai Maldivian people
- harga cafe lebih murah as long as uols tak masuk restaurant. 
Pilih kedai tengok nama dulu, kalau cafe murah sikit
 - harga untuk buat activity kat sana lebih murah

Private Island,
- lebih privasi & selesa
- lebih santai & relax
- layanan first class
- not much to explore ttg culture & local people sebab kebanyakan kat sana adalah pelancong
- harga barang & makan & activity kat sana semua mahal ya ampunnn..semua pakai USD

Pilihan di tangan anda!

3. Pilih Resort Dulu baru beli flight tiket!

Haa ni tips paling penting!

Tadi dah decide pulau/resort mana nak pergi kan?
Ada pulau yang perlu naik domestic flight dari airport Male.
Uols boleh google Domestic flight Maldives.

Pengangkutan utama kat sini dari pulau ke pulau adalah Ferry , Speedboat atau Sea Plane.
Jadi dari airport uols perlu naik boat untuk ke pulau yang uols nak pergi tu.
International Airport Maldives adalah di Male. Airport dia kecik je.
1 pulau kecil tu adalah airport.



Pulau-pulau kat Maldives ni ada yang jauh ada yang dekat.
Paling dekat adalah Hulhumale.
7 minit naik public ferry dengan cost 1 USD sehala.

Next Pulau paling dekat adalah 80 minit if naik public ferry.
Paling jauh adalah 8 jam naik public ferry. Gilo
Reference : https://budgetmaldives.co/en/how-to-choose-a-local-island-in-maldives/



Macam ni lah keadaan dalam Public Ferry.
Siapa ada masalah mabuk laut, abis lah boleh muntah ijau kalau sampai 8 jam haa kurus terus.

So make sure sebelum uols pilih pulau mana nak pergi, fikirkan tentang distance.
Lagi jauh pulau tu, lagi mahal cost yang uols perlu bayar.

Kalau xnak hadap Public Ferry, kita ada option Speedboat or Sea Plane.
Tapi bersedia lah nak bayar beberapa ratus USD.
Cost antara 50-300 USD ikut pada distance.

4. Pilihan resort

Ada beratus Private Resort kat Maldives ni. Dan of course bila kita bayang Maldives, benda pertama terbayang bukan laut je, tapi Overwater chalet dia heheheh

Ada banyak Resort yang ada overwater chalet, different prices, ada yg murah serendah RM1300 satu malam, ada yang mahal gila nak mamp sampai RM 14k - 30k satu malam.
Dah boleh beli handbag Chanel dah kalau harga camtu.

Usha jugak Soneva Jani kihkih , 1 malam RM7k .
Mampu Masuk wishlist dulu lah ..

Finally selepas berminggu-minggu menghadap Agoda sampai serabut x fokus buat kerja lain, 
I chose to stay in Holiday Inn Kandooma Maldives.
1 malam overwater villa dia RM2000 (exclude tax) .
For me its affordable, fit my budget plus dia datang sekali dengan breakfast setiap hari.

Kalau rezeki uols, ada jugak hotel yang offer Full Board tau.
Full Board maksudnya cover sekali bfast, lunch & dinner.

Bila book hotel, sy cadangkan book lah awal beberapa bulan so ada banyak pilihan harga yang best-best.
Nak tau, sy book hotel bulan Jan. Nak perginya March.
Adoiii nasib baikk ada jugak hotel yang best tapi dah tak banyak choice.


To be continue in part 2
Next.. Holiday Inn Kandooma Maldives review