Saturday, December 6, 2014

Travelstory - Fun trip to Korea Day 4

Day 4

Hari ni kitorang plan nak pergi Seoul Tower & Itaewon.
Itaewon agak jauh dari hostel, so kitorang dah bahagikan masa half dekat Seoul Tower, half kat Itaewon.



Dav view at Cheonggyecheon Stream

Disebabkan nak berjimat sebab dah terbanyak shopping semalam, so kitorang decided untuk jalan kaki je pergi Seoul Tower. Memang backpacker sungguh rasa. So before pergi tu google siap-siap camne nak pergi sana. And yang senangnye, free WIFI access memang boleh cakap kat kebanyakan tempat memang ada so kitorang xrisau sangat.

On the way pergi Seoul tower tetiba ternampak dorang buat jualan amal. 
Siapa beli barang 8000 Won dapat pakai Hanbook free. Kau...
So aku gunakan alasan Hanbook free tu untuk shopping lagi miahahahaha.


Dapat rembat 1 helai seluar jeans color dengan 8000 won only (RM24)
Kira murah tuuu


So dapatla kitorang pakai Hanbook free hahaha







Masa ni rasa macam retis sangat sebab orang-orang lalu kat situ dengan tourist lain lagi ambik gambar kitorang. Mesti sebab kitorang comel kan muahahaha awww sila lempang diri sendiri


We've been through this road to get to Seoul Tower.
Boleh tahan jauh weyyy. Nampak tak cable car tu?
Tu la cable car yg bawak pergi Seoul Tower. Kalau nak jalan kaki lagi boleh tapi kene naik bukit.
Maaf aku dah tak mampu urghh



Finally sampai! Kau nampak muka kepenatan campur gembira aku tu?
Ni baru sampai kat cable car tau


Turun cable car kene naik tangga naik bukit lagi tapi tak jauh sangat.



Kaunter ticket nak masuk Seoul Tower.
10 000 Won xsilap aku.


Love Keys! Tempat mana couple2 gantung padlock kat sini kononnya cinta kekal abadi la.
Aku ingat nak beli 1 sebab comel2 design dia.
Tapi 1 padlock 18 000 - 20 000 Won. (RM34- RM60)
Terima kasih je la T.T


The Seoul Tower


Masuk Teddy Bear Museum dulu. Biasa la orang yang rasa 'ingin tahu' dia kuat memang camni huhu


Teddy Bear Museum ni actually dia cerita pasal sejarah bandar Seoul, menariknya dia buat dalam bentuk Teddy Bear macam ni. Ok la banyak info. Mula-mula tu semangat la jugak baca last-last kitorang ambik gambar je pastu chow hahaha.
Kalau yang jenis suka sejarah mesti korang rasa best masuk sini. 
Pada aku, so-so je la xla best sangat pun.
Aku tengok bear, bear tengok aku.


Time ni dah naik Seoul Tower.
This is the view of Soul from the tower.
Macam KL je lebih kurang kot? Hehehe


Selfiee!


Kebetulan masa kitorang dah keluar tu dorang buat live performance.
Macam traditional punya persembahan. Besttttt !


Sampai Itaewon! Dari Seoul Tower ke Itaewon harus la naik tren xkuasa aku nak jalan dah.
Tempat ni jauh jugak, 5 ke 6 station xsilap aku. And jarak antara station pun agak jauh.
First skali kitorang cari Masjid ni dulu sebab masa tu dah petang nak solat Asar.
This is the only mosque yang wujud kat Seoul



Dalam masjid dia


Entrance masjid. Aku tak tau pintu depan dia kat mana.
Masjid ni agak besar so aku rasa ni pintu belakang la sebab view tak sama macam gambar yang aku google hahaha. Nasib laa


Pastu kitorang makan kat restoran ni.
Murree Muslim Food.
Gambar sumber google sebab gambar yang aku snap tah mane hilang.
Owner dia Korean Muslim Lady, husband dia Pakistani.
Kat sini memang lagi banyak kedai Arab, Pakistan, Bombay.
Siap ada kedai runcit halal, pastu kedai daging halal.
Pastu kan beli aiskrim yang trick-trick macam cerita Istanbul Aku Datang tu pun ada kat sini.
Aku beli gak hahaha ape je aku tak beli =.='
But semua ni only in Itaewon :D



Then lepas tu kitorang sempat jalan-jalan kat Itaewon. Masa tu dah malam.
Hasrat nak cari Fasion market sebab masa google kata sini ada fasion market yang famous tapi xjumpa. So kitorang jalan je la along the street. Banyak kedai yang dah nak tutup time tu, pastu ingatkan Itaewon ni tempat yang agak muslim tapi berlambak je Pub aku jumpa hahaha.
Sempat la kitorang beli few souvenirs lagi hiks :*

Day 5
Day 6
Day 7
Day 8




1 comment:

Pujian