Nami Island! Fefeeling Winter Sonata dulu.
Cabaran nak pergi Nami ni sebab dia agak jauh.
Kalau ikut direction dia kena naik train sampai stesen Gapyeong.
Tapi nak sampai ke Gapyeong tu punyalah banyak stesen kene tukar.
And train dia bukan ada 1 jenis tapi 2 jenis, train biasa dgn train express.
Kitorang ingat semua train sama.
Kalau korang plan nak jalan-jalan kat Korea ni naik public transport wajib ada Train Map tau!
Map tu boleh ambik kat stesen train, xsilap semua stesen ada.
Ikut je map tu InsyaAllah sampai.
Last station tu kitorang tersalah naik train. Naik train express yang kene beli tiket tu. Aku rasa orang Korea ni jujur sebab perantaraan nak ke train biasa dengan train express tak de penghalang tu pun.
So kitorang boleh naik train tu tanpa ticket. Tapi kat dalam train tu ada la orang datang check ticket. Gelabah jugak la takut kene bayar denda tapi nasib baik pakcik tu baik.
Dia lepas je kitorang tapi kene patah balik la ke station yang kitorang tersalah tadi aishh da la jauh.
Bazir masa sejam T-T
Gitu traine route diaa. Ni baru 1 jenis tau.
Ada beratus route, tengok map pun pening.
Tapi well.. aku kan pembaca map yg hebat *kembang hidung*
Finally arrived at Gapyeong station
Kitorang naik taxi nak pergi ke Nami Island tu.
Actually ada 3 option, walking, taxi or bus.
Jalan kaki of course nooo! Panas nanti ai hitam.
Mula-mula nak naik bas sebab murah sikit, tapi tunggu dekat 20minit tak sampai2.
Panas semakin panas pulak hati ni. So naik taxi je la.
Pakcik tu bawak taxi punye la laju 3minit da sampai.
Tunggang terbalik kitorang kat blakang.
Pastu sampai. Taxi pun blah dengan lajunye.
Skali nak dijadikan cerita..
Stea tanya," Eh mana beg aku?"
Rupenye tertinggal dalam taxi daaaa. Cuak kot da la ade duit, tiket flight, passport sume dalam tu.
Gelabah kitorang. Memula tunggu je kat situ kot taxi tu datang balik tapi tak.
Pastu Stea decide nak pegi balik kat stesen Gapyeong cari taxi tu. Aku stay kat nami kot taxi tu patah balik.
Few minutes later Stea balik, ada beg! Alhamdulillah lega. Rupenye pakcik taxi tu pun xperasan yang ada beg tertinggal dalam taxi dia. Nak kata jujur, jujur sangat la kot kan?
Hahaha tapi memang sangat lawak ok!
Nak masuk Nami Island pun kene lepas immigration.
Tapi bukan check ape pun, bayar ticket je haha.
8000won skali masuk
Bot yang nak bawak kitorang ke Nami.
Dalam tu aircond ye adik-adik tapi tempat duduk sikit, berdiri je la..
View dari bot
Sampai! Welcome to Nami!
Mesti la nak ambik gambar kat spot paling famous kan hehe
Ohh rindunya nak travel camni lagi dgn awk :')
Kemain lagi ko kan
Tak silap ni tourist dari Taiwan tetiba panggil ajak snap gamba ngan dia.
Siap puji 'You are beautiful' Aisehh kembang gituw wakaka.
Well because we are Asian people :p
And Nami is the only place yang ada surau.
Itaewon ada jugak tp masjid la and agak jauh dari Seoul.
Jumpa oranr2 kita je kat situ hihihi
Haa ni lagi satu hal nak cari makan. Semua kedai nampak sedap, nampak mcm boleh makan tapi kene hati2 jugak. Kitorang google2 maka jumpa la Restoran ni.
Drama Cafe.
Kat situ memang ramai orang2 kita jugak. So insyaallah boleh la makan, plus makanan dia pun seafood semua. Nak mencari ni kemain susah padahal dokek yoo sebelah bangunan yg ada surau tu. Kitorang siap berpusing nak cari huhu T-T
We ordered Kimchi Pancake,
Stea punya rice and tuna.
Aku punya rice and ape tah aku pun lupa wakakaka.
Ok la..tak la sedap sangat tapi still ok, Stea cakap dia punya rasa makanan kucing wakakakaka so korang sila jangan order tuna.
Kimchi Pancake tu sedap! Tapi makan cepat2 while hot sebab da sejuk xsodap daa
Dapat glove untuk goncangkan bekas makanan tu so lauk n nasi bercampur just nice.
Muka da letih hehe
Yeah cubit skit Choi Ji-Woo
Subhanallah sangat cantik tempat ni :)
Btw kalau korang malas nak jalan, boleh sewa basikal.
Tapi harga dia....sebab tu la aku sanggup jalan kaki je.
Loving this pic!
Ok dah nak balik. Babai Nami see u again 2015 insyaallah..
Nak pegi dengan husband pulak kekeke.
Seharian kitorang kat Nami ni memang puas hati la.
Pukul 4pm baru kitorang gerak balik Seoul.
Macam-macam jadi kat sini. Bag tertinggal dalam taxi la, sesat la,
pastu boleh pulak terserempak dengan Ostrich terlepas dari kandang. Gila takut sebab Ostrich tu besar, pastu lagi satu kawan dia pegi ambush meja makan satu restoran tu makan makanan atas meja.
Lawak gila tp takut pun ada.
Bila tringat balik alahai rindunyee :)
Day 3
Day 4
Day 5
Day 6
Day 7
Day 8
No comments:
Post a Comment
Pujian