Monday, September 29, 2014

Travelstory - Fun trip to Korea Day 1

Assalamualaikum & hai!

Cerita ni dah lama. Tahun lepas September 2013 aku pergi tapi baru nak tulis entry hehe.
Bz sangat la konon kann :D

Masa aku jejak kaki kat Korea, lagu ni tengah hot.
2ne1- Falling in Love
Pegi mana-mana, jalan kat street, lalu kedai music, dalam kedai makan pun asyik lagu ni.
Bagus gak, memang fav aku pun lagu ni hehe. So bila dengar lagu ni aku pun terbayang aku kat Korea acewah!



Flight kitorang pagi, around 8 hours dalam flight so sampai sana dalam pukul 3 pm waktu Korea (2 pm waktu Malaysia). So sesiapa nak pergi Korea, sila tempah makanan awal2 sebab confirm korang akan lapar dlm flight . Lagi2 aku ni gastrik, dah tempah nasi pun tapi lepas 2 jam lapar balik huhu.

Airport dia sangat besar! Kitorang ambik masa about 20 minutes untuk pergi kat balai ketibaan. Maybe sekarang KLIA 2 macam tu xpernah pergi lagi tapi ramai cakap besar.
1st thing yang kitorang buat lepas sampai balai ketibaan ialah...pergi Mart beli T-money.
Sebab kat korea, semua pengangkutan awam (kecuali teksi) wajib guna T money.

Kitorang stay dekat Seoul Hostel Center (boleh search kat Agoda) since trip kali ni sangat lama - 8hari , so xbajet nak stay hotel sebab nak save duit nak berjalan2.
Hotel 1 malam paling murah pun 100+ . Uhuu..
Yang bagusnya hostel ni, dia siap bagi direction macam mana nak pergi ke tempat diorang.
Siap bagi number bas lagi. Memang sangat sistematik :)

So ikut la direction. Kitorang pilih untuk naik bas je sebab jimat hehe. Kat sana even naik bas pun wajib ada T-money (macam touch & go). Ikut punya ikut sampaila kitorang sampai ke tempat ni.



Lepas tu kitorang blur xtau nak pegi mana hahaha! Baca balik direction berpusing gak la kat situ last-last jumpa jugak. Memang tersorok kat belakang hostel tu. And nak pergi 'lobby' dia kene naik tangga tingkat 2 baru jumpa. Sesat lagi masa tu tapi kebetulan terserempak dengan sorang minah saleh yg kebetulan stay kat hostel yang sama, dia yg tunjuk jalan kat kitorang. Rupanya kitorang dah berlegar-legar betul2 bawah hostel tu. Hampeh.

The reason kitorang pilih hostel ni sebab location dia yang agak stratergic according to map la.
Dia center dengan tempat2 yang kitorang dah plan nak pergi.
Haa kalau pergi backpackers better study map & tempat betul2, xla susah nanti nak jalan sendiri :)

Day 1

Lepas solat asar, kitorang pun jalan-jalan la dekat sekitar tu. Cadangnye nak pergi Myeongdong market sebab dia bukak time malam je. Time kitorang pergi ni waktu peralihan Summer to Autumn. waktu siang matahari still terik tapi suhu sejuk. Bila malam lagi laaa sejuk nak mamp lagi-lagi kalau kene tiup angin. Even bilik hostel dia pun xde aircond sebab dah sejuk.

Kitorang pergi Myeongdong jalan kaki je. Tak la dekat sangat, around 20mins jugak bepeluh jalan haha tapi adventure betul! Dalam tak tau jalan tu last-last jumpa jugak hehehe. Pic Myeongdong tak snap la pulak syok sangat bejalan. Banyak gila kedai kosmetik kiri kanan. Boleh abis duit kalau duk sini pastu dorang rajin pulak bagi free gift even xmasuk kedai dia.

Lalu tempat ni. Tak ingat tempat ape tapi macam pernah nampak orang post pic kat sini hihi :p

Kebetulan ade member study sana so ajak dia jumpa kat Myeongdong. Dia bawak kitorang makan kat 1 kedai ni. Tak ingat nama kedai tapi kedai tu kedai seafood. Ada nasi goreng lagi tapi kurang garam skit hahah. Gini lah keadaan kedai dia. Aku perasan style kat Korea ni dia yang masakkan untuk kita kat atas meja kita. Kitorang tengok je.





Tak stay lama sangat kat sana sebab letih. Lepas makan terus balik sebab esoknya nak pergi banyak tempat lagi. Oh lupa nak cakap, pergi sana wajib rasa Banana Milk dia. Thorbaikk!



Day 3
Day 4
Day 5
Day 6
Day 7
Day 8
Day 9



No comments:

Post a Comment

Pujian