Saturday, December 6, 2014

Travelstory - Fun trip to Korea Day 3

Day 3

Hari ni kitorang dah plan dengan Khuzaimah ( member Stea a.k.a Tour Guide ) nak pergi jalan2 kat market around Seoul. 1st stop kitorang pergi Gwangjang Market.
Aku dah berazam dalam hati, I will never buy anything. Never!
But guess what? Kitorang jumpa kedai kain chiffon silk yang cantik & MURAH. Nampak x? MURAH. Huuhh~

Mula-mula aku just tengok2, lepas tu tengok Stea beli few kain untuk Mak & Adik dia.
Aku pun terjebak konon kata beli 2 je, 1 aku 1 ibu. Lepas tu jalan lagi tambah, tambah, tambah last2 dah 6 kain aku beli. Dengg! Fail la kau Mira!


Ni baru mukadimah tau, masuk dalam tu berlonggok-longgok kain T.T
4 meter kain = 10 000 - 15 000 won
Duit Malaysia around RM30


All the way dalam ni berderet kedai kain kiri kanan depan belakang.
Setiap kedai tak jual kain yang corak sama tau, semua lain-lain. 
Kalau nak cari kain but Hanbook or nak tempah Hanbook pun kat sini jugak.
Kain lace, Colar necklace yang manik2 tu pun banyak kat sini & murah.
*Pengsan*
Mane aku tak tergoda. Agaknye kalau duit aku banyak time tu mau aku angkut Hanbook 1 pasang.
Memang seronok sangat shopping kain kat sini.



Outfit for today


Depan Gwangjang. Tempat ni betul-betul macam pasar, xde bangunan tinggi- tinggi, xde bangunan moden. Old style~

Habis shopping, pergi ke Myeondong balik sebab nak makan Tteokbokki sedap dekat Restoran Red Sun.
Myeondong ni bila bosan je kitorang datang sini sebab tempat ni alive even waktu siang & malam.
So dah nampak la kan mane duit aku pergi *-*



This is Tteobokki before dimasak. Pekerja dia yang masakkan depan kitorang.
Gambar after dimasak tak ade sebab...tengok bawah ni memasing sebok mengupload gambar padahal tengah lapar tu so lupa nak snap yang after dimasak.


Comel kan? Dapat apron sorang satu siap

Next stop, Namdaemun Market!
Sini nak shopping baju, toys, seaweed, sudu garfu, souvenier sume la kat sini.
Macam-macam ada tau! Sini aku shopping lagi. T.T



Tempat ni agak besar & banyak lorong. Aku memang tak ingat sangat jalan dia so follow je Khuzaimah. Tapi tempat ni tutup setiap hari Ahad.
Nampak tu sale 5000 won?
Kalau convert duit Malaysia dah RM15. Still mahal aku rase hahaha.



Tadaa! Sampai kat tempat shopping Brooch & accessories!
Brooch dia sumpah lawa gile, batu bersinar2, pastu hand made pulak tu.
Paling best design setiap kedai berbeza. 
Aku pergi semua kedai & pilih 1 brooch yang paling cantik & harga berpatutan from setiap kedai.
Paling murah tau berapa? 2000 won = Rm6, tu pun kecik.
*Pengsan lagik*
Tapi beli jugakla kata pergi sekali sekala kan, so sekali sekala shopping banyak dimaafkan la kot



Candid camera tangkap aku tengah galak 'screening' barang


Mak cik da penat shopping.

Namdaemun ni dekat dengan Myeondong, which is tak la jauh sangat dengan hostel kitorang.
Makanya..kitorang pun jalan kaki je balik. Tapi sumpah memang lenguh tangan aku angkut barang2 tu.
Masa ni dah petang so balik hostel nak solat dulu, malam kang keluar balik hehehe.

So malam kitorang xnak pergi jauh2 sangat, so pegi la around Jongno and Myeondong.
Kat situ ada Lotte Shopping Avenue. Konon nak usha2 barang la skali da tutup pulak.
Pukul 8pm dah tutup. Tapi kitorang jalan2 je la, situ ada Star Avenue tempat artis-artis K-Pop rasmikan kalau xsilap aku.


So many hand prints kat sini


Kat sini dorang tulis ucapan untuk artis yg dorang minat pastu gantung kat dinding.
Memang penuh.


Kat dalam kiri kanan sume gambar retis K-pop


This is Star Avenue

Then kitorang pergi jalan-jalan dekat Cheonggyecheon Stream.
Belakang hostel kitorang je kebetulan. Tempat ni quite famous jugak, ramai orang suka lepak sini lepas balik kerja. Unik tempat ni sebab ada sungai kat bawah jambatan yang sangat panjang & cantik kat tengah-tengah bandar.


View at night




Orang baling syiling kat pusaran ni sambil berhajat.




Waktu ni peralihan summer to autumn, so bila malam agak freezing jugak.
Kitorang ni x bawak sweater pulak tu, so tahan je la lagi2 bila angin tiup tu rase sampai ke tulang sejuk dia.

Day 4
Day 5
Day 6
Day 7
Day 8

Monday, September 29, 2014

Travelstory - Fun trip to Korea Day 2

Day 2

Nami Island! Fefeeling Winter Sonata dulu.
Cabaran nak pergi Nami ni sebab dia agak jauh. 
Kalau ikut direction dia kena naik train sampai stesen Gapyeong.
Tapi nak sampai ke Gapyeong tu punyalah banyak stesen kene tukar. 
And train dia bukan ada 1 jenis tapi 2 jenis, train biasa dgn train express. 
Kitorang ingat semua train sama. 
Kalau korang plan nak jalan-jalan kat Korea ni naik public transport wajib ada Train Map tau!
Map tu boleh ambik kat stesen train, xsilap semua stesen ada.
Ikut je map tu InsyaAllah sampai.
Last station tu kitorang tersalah naik train. Naik train express yang kene beli tiket tu. Aku rasa orang Korea ni jujur sebab perantaraan nak ke train biasa dengan train express tak de penghalang tu pun. 
So kitorang boleh naik train tu tanpa ticket. Tapi kat dalam train tu ada la orang datang check ticket. Gelabah jugak la takut kene bayar denda tapi nasib baik pakcik tu baik. 
Dia lepas je kitorang tapi kene patah balik la ke station yang kitorang tersalah tadi aishh da la jauh.
Bazir masa sejam T-T


Gitu traine route diaa. Ni baru 1 jenis tau.
Ada beratus route, tengok map pun pening. 
Tapi well.. aku kan pembaca map yg hebat *kembang hidung*

Finally arrived at Gapyeong station

Kitorang naik taxi nak pergi ke Nami Island tu.
Actually ada 3 option, walking, taxi or bus. 
Jalan kaki of course nooo! Panas nanti ai hitam.
Mula-mula nak naik bas sebab murah sikit, tapi tunggu dekat 20minit tak sampai2.
Panas semakin panas pulak hati ni. So naik taxi je la.
Pakcik tu bawak taxi punye la laju 3minit da sampai. 
Tunggang terbalik kitorang kat blakang.
Pastu sampai. Taxi pun blah dengan lajunye.
Skali nak dijadikan cerita..
Stea tanya," Eh mana beg aku?"
Rupenye tertinggal dalam taxi daaaa. Cuak kot da la ade duit, tiket flight, passport sume dalam tu.
Gelabah kitorang. Memula tunggu je kat situ kot taxi tu datang balik tapi tak.
Pastu Stea decide nak pegi balik kat stesen Gapyeong cari taxi tu. Aku stay kat nami kot taxi tu patah balik. 
Few minutes later Stea balik, ada beg! Alhamdulillah lega. Rupenye pakcik taxi tu pun xperasan yang ada beg tertinggal dalam taxi dia. Nak kata jujur, jujur sangat la kot kan?
Hahaha tapi memang sangat lawak ok!


Nak masuk Nami Island pun kene lepas immigration. 
Tapi bukan check ape pun, bayar ticket je haha.
8000won skali masuk

Bot yang nak bawak kitorang ke Nami.
Dalam tu aircond ye adik-adik tapi tempat duduk sikit, berdiri je la..

View dari bot

Sampai! Welcome to Nami!

Mesti la nak ambik gambar kat spot paling famous kan hehe

Ohh rindunya nak travel camni lagi dgn awk :')

Kemain lagi ko kan

Tak silap ni tourist dari Taiwan tetiba panggil ajak snap gamba ngan dia.
Siap puji 'You are beautiful' Aisehh kembang gituw wakaka.
Well because we are Asian people :p

And Nami is the only place yang ada surau. 
Itaewon ada jugak tp masjid la and agak jauh dari Seoul.
Jumpa oranr2 kita je kat situ hihihi

Haa ni lagi satu hal nak cari makan. Semua kedai nampak sedap, nampak mcm boleh makan tapi kene hati2 jugak. Kitorang google2 maka jumpa la Restoran ni. 
Drama Cafe.
Kat situ memang ramai orang2 kita jugak. So insyaallah boleh la makan, plus makanan dia pun seafood semua. Nak mencari ni kemain susah padahal dokek yoo sebelah bangunan yg ada surau tu. Kitorang siap berpusing nak cari huhu T-T

We ordered Kimchi Pancake, 
Stea punya rice and tuna. 
Aku punya rice and ape tah aku pun lupa wakakaka.
Ok la..tak la sedap sangat tapi still ok, Stea cakap dia punya rasa makanan kucing wakakakaka so korang sila jangan order tuna.
Kimchi Pancake tu sedap! Tapi makan cepat2 while hot sebab da sejuk xsodap daa

Dapat glove untuk goncangkan bekas makanan tu so lauk n nasi bercampur just nice.

Muka da letih hehe


Yeah cubit skit Choi Ji-Woo

Subhanallah sangat cantik tempat ni :)
Btw kalau korang malas nak jalan, boleh sewa basikal.
Tapi harga dia....sebab tu la aku sanggup jalan kaki je.

Loving this pic!


Ok dah nak balik. Babai Nami see u again 2015 insyaallah..
Nak pegi dengan husband pulak kekeke.

Seharian kitorang kat Nami ni memang puas hati la.
Pukul 4pm baru kitorang gerak balik Seoul.
Macam-macam jadi kat sini. Bag tertinggal dalam taxi la, sesat la, 
pastu boleh pulak terserempak dengan Ostrich terlepas dari kandang. Gila takut sebab Ostrich tu besar, pastu lagi satu kawan dia pegi ambush meja makan satu restoran tu makan makanan atas meja.
Lawak gila tp takut pun ada.
Bila tringat balik alahai rindunyee :)

Day 3
Day 4
Day 5
Day 6
Day 7
Day 8



Travelstory - Fun trip to Korea Day 1

Assalamualaikum & hai!

Cerita ni dah lama. Tahun lepas September 2013 aku pergi tapi baru nak tulis entry hehe.
Bz sangat la konon kann :D

Masa aku jejak kaki kat Korea, lagu ni tengah hot.
2ne1- Falling in Love
Pegi mana-mana, jalan kat street, lalu kedai music, dalam kedai makan pun asyik lagu ni.
Bagus gak, memang fav aku pun lagu ni hehe. So bila dengar lagu ni aku pun terbayang aku kat Korea acewah!



Flight kitorang pagi, around 8 hours dalam flight so sampai sana dalam pukul 3 pm waktu Korea (2 pm waktu Malaysia). So sesiapa nak pergi Korea, sila tempah makanan awal2 sebab confirm korang akan lapar dlm flight . Lagi2 aku ni gastrik, dah tempah nasi pun tapi lepas 2 jam lapar balik huhu.

Airport dia sangat besar! Kitorang ambik masa about 20 minutes untuk pergi kat balai ketibaan. Maybe sekarang KLIA 2 macam tu xpernah pergi lagi tapi ramai cakap besar.
1st thing yang kitorang buat lepas sampai balai ketibaan ialah...pergi Mart beli T-money.
Sebab kat korea, semua pengangkutan awam (kecuali teksi) wajib guna T money.

Kitorang stay dekat Seoul Hostel Center (boleh search kat Agoda) since trip kali ni sangat lama - 8hari , so xbajet nak stay hotel sebab nak save duit nak berjalan2.
Hotel 1 malam paling murah pun 100+ . Uhuu..
Yang bagusnya hostel ni, dia siap bagi direction macam mana nak pergi ke tempat diorang.
Siap bagi number bas lagi. Memang sangat sistematik :)

So ikut la direction. Kitorang pilih untuk naik bas je sebab jimat hehe. Kat sana even naik bas pun wajib ada T-money (macam touch & go). Ikut punya ikut sampaila kitorang sampai ke tempat ni.



Lepas tu kitorang blur xtau nak pegi mana hahaha! Baca balik direction berpusing gak la kat situ last-last jumpa jugak. Memang tersorok kat belakang hostel tu. And nak pergi 'lobby' dia kene naik tangga tingkat 2 baru jumpa. Sesat lagi masa tu tapi kebetulan terserempak dengan sorang minah saleh yg kebetulan stay kat hostel yang sama, dia yg tunjuk jalan kat kitorang. Rupanya kitorang dah berlegar-legar betul2 bawah hostel tu. Hampeh.

The reason kitorang pilih hostel ni sebab location dia yang agak stratergic according to map la.
Dia center dengan tempat2 yang kitorang dah plan nak pergi.
Haa kalau pergi backpackers better study map & tempat betul2, xla susah nanti nak jalan sendiri :)

Day 1

Lepas solat asar, kitorang pun jalan-jalan la dekat sekitar tu. Cadangnye nak pergi Myeongdong market sebab dia bukak time malam je. Time kitorang pergi ni waktu peralihan Summer to Autumn. waktu siang matahari still terik tapi suhu sejuk. Bila malam lagi laaa sejuk nak mamp lagi-lagi kalau kene tiup angin. Even bilik hostel dia pun xde aircond sebab dah sejuk.

Kitorang pergi Myeongdong jalan kaki je. Tak la dekat sangat, around 20mins jugak bepeluh jalan haha tapi adventure betul! Dalam tak tau jalan tu last-last jumpa jugak hehehe. Pic Myeongdong tak snap la pulak syok sangat bejalan. Banyak gila kedai kosmetik kiri kanan. Boleh abis duit kalau duk sini pastu dorang rajin pulak bagi free gift even xmasuk kedai dia.

Lalu tempat ni. Tak ingat tempat ape tapi macam pernah nampak orang post pic kat sini hihi :p

Kebetulan ade member study sana so ajak dia jumpa kat Myeongdong. Dia bawak kitorang makan kat 1 kedai ni. Tak ingat nama kedai tapi kedai tu kedai seafood. Ada nasi goreng lagi tapi kurang garam skit hahah. Gini lah keadaan kedai dia. Aku perasan style kat Korea ni dia yang masakkan untuk kita kat atas meja kita. Kitorang tengok je.





Tak stay lama sangat kat sana sebab letih. Lepas makan terus balik sebab esoknya nak pergi banyak tempat lagi. Oh lupa nak cakap, pergi sana wajib rasa Banana Milk dia. Thorbaikk!



Day 3
Day 4
Day 5
Day 6
Day 7
Day 8
Day 9



Monday, April 28, 2014

Tips bakal pengantin - Episod 1 Flow ke arah perkahwinan

Assalamualaikun n hai!

Haha poyo giler rase tulis entry macam ni ahaha.
Tapi saje la nak share experience aku camne, n boleh la jugak bagi guide kat sesape yg nak kawen nnti kan.
Disebabkan aku dah lepas, member2 aku yang berderet nak kawen sume dok menanya pasal bajet la, hantaran la, proses la.
Hehe.
Aku pun sebenarnye bkn tau sangat masa awal2 tu, blur gile ble org ckp pasal hantaran itu ini.
Tapi masa melalui proses tu la kita akn byk belajar.
Ingat lagi aku dok gegar member2 aku yang da kawen nak mntak advise punye pasal. Nasib la korang hahaha.

So ni adalah standard flow untuk proses ke arah perkahwinan :

1.Merisik - 2.Bertunang - 3.Nikah - 4.Sanding

Ni standard la, tapi masing2 boleh skip or mix and match ikut kemampuan.
Tapi jangan skip yang wajib da ler hahaha.
Macam aku memula plannye nak tunang + nikah hari yang same sebab nak jimatkan kos.
Tapi disebabkan jarak masa dari tarikh merisik dengan tarikh nikah tu agak jauh (8 bulan) so mak aku cakap takut orang mengata if nampak kitorang berdua xde ikatan ape2 or takut bende tak elok jadi sepanjang tempoh tu, so decide untuk buat jugak Bertunang. Simple2 je.

And ade jugak kawan aku sebab die duk jauh, bakal suami pun jauh cuma kerja kat negeri yg same, untuk memudahkan dia buat merisik + bertunang. Senang and jimat!

So ape itu Merisik?
Ni adalah proses perkenalan bagi pihak family. Ye la kau kawan ngan anak aku tapi xde bagitau ape-ape kat mak ayah kan. So ni lah masanya. Ade adat yang lelaki tu datang sorang ke rumah family perempuan untuk berkenalan. Tapi aku punya lain, xtau la adat mana or sesuka hati ke hehehe, family pihak lelaki datang kat rumah kitorang. Masa tu aku and laki aku xdibenarkan join skali dalam discussion. Discussion la sangat kan aku duk kat dapur dengan dorang cerita pasal memancing la ape la lagi2 bapak aku tu banyak na cerita dia hahaha. Laki aku siap gi lepak mamak minum teh. Kelakar ok. Tapi ade la hasil discussion nye maka dah fix la tarikh tunang kitorang , siap jumlah hantaran skali :)
Merisik ni tak payah bukak khemah ke ape, cuma jamu makan skit2 da la kuih-kuih ke kerepek ke ngan air teh. Tapi mak aku sebab die rajin sangat maka die pun masak lunch lebih. Jadi la family dorang lunch kat umah aku hahaha. 

Bertunang pulak ni macam ikatan stage 1 la. So kalau orang tanye eh laki tu sape?
Tunang...sedap skit bunyik hehehe. Tapi even ade ikatan pun aurat kene jage, still bukan  mahram lagi and still kene bataskan kalau nak keluar mana2. Sepanjang tempoh tunang ni kitorang xbanyak keluar lepak sangat kalau keluar pun sebab nak settlekan barang untuk nikah, macam borang, buat HIV test, beli barang hantaran nikah pulak n so on.
Ha masae tunang ni kene bukak la khemah jemput sedara mara, kawan2 n jiran terdekat datang makan n meraikan sekali. Pihak laki akan bagi cincin tunang + duit hantaran untuk tunang + dulang barang hantaran. Masa ni up skit la dari segi kos. Sebab nak kene ada makanan/catering , khemah, dulang barang hantaran and baju tunang. 

Ni pic mase aku tunang dulu.
Credit to SteaMira

Nak jimat nyer pasal, xupah photographer pun but wat exchange ngn bestpren i cik Siti, die amikkan gmbar, aku plak mekapkan die mase die tunang nanti hewhewhew. Oh yes, aku make up sendiri :)

Nikah pulak, seriously ni saat paling best dlm hidup aku :)
Bakal suami kene make sure tau nama penuh isteri sebab nak sebut nama panjang tu, and kene tau basic la bab2 agama ni macam rukun nikah rukun islam rukun iman, lafaz solat n so on.
Lepas da sah akad tu, nanti ade la nak batalkan air sembahyang n bagi mas kawin.

Ni masa bagi mas kawin hehee


Aku mase part nikah ni nervous tu xde la sangat sebab bukan aku yang nak lafaz akad muahahaha so aku tak payah nak practice ape2 or hafal ape2. Seronok betul membahan laki aku time ni :p
Masa ni la nak pakai cantik2, nak orang make upkan, siapkan, inaikan, suapkan makan je tak. Macam princess la u olss hahaha. Tapi hari before nikah tu MasyaAllah penat nak mampus, time tu la ko nak pegi ambik fresh flower, nak check goodies bag, nak berinai bagai, nak hias bilik, kemas rumah, kemas bilik, tukar cadar omaigodd aku tido kul 2 pagi masa tu. Hari nikah kene bangun awal pulak tu. Aku baru plan nak tido awal tapi apakan daya.

So hari nikah tu kene siapkan khemah and jamuan sikit, sebab tok kadi datang, sedara mara, kawan2, jiran, rombongan lelaki datang. So banyak skit la dari yang Tunang punya bajet.
Oh lupa, masa nikah pun kene ade dulang barang hantaran jugak. Aku hari tu 7 (dari lelaki) balas 9 (dari perempuan). Ni atas persetujuan masing2 la sebab tu kene discuss and plan barang ape nak bagi. Mostly barang untuk pakai masa sanding nanti and few barang lain jugak.

Bersanding pulak majlis resepsi bahasa modennye hehehe.
Untukk meraikan perkahwinan. Aku buat nikah n sanding hari yang lain. Ada sesetengah org buat hari yg sama, lagi bagus sebab jimat bajet. Tapi pada pendapat aku xbagus dari segi tenaga n flow majlis. Penat and padat which is aku xberapa gemar.
So masa ni la pasangan pengantin akn duduk di pelaminan and senyum dari awal smpai habis majlis hehehe.
Kalau sakit perut time tu pun kene senyum gak, macam aku la. Boleh pulak time tu aku nak kene cirit birit kan. The best part masa hari sanding aku tu tengah krisis air so dewan tu xde air. Memang tahan je la aku sampai abis majlis huhu. Memori betul!

Bersanding + photo session (Credit to Aida)

Gambar kawin xsiap lagi so cilok la gmbar dr member hehehe.
Masa sanding ni la memakan kos yg sangat banyak sangat sangat sangat banyak.
Kene ade catering, dewan/khemah , goodies bag, pelamin, baju pengantin, bunga telur n so on nanti aku buat entry utk bajet n item list nak cerita semua kat sini memang berjela la.

Apepun syukur pada Allah dalam xde duit sangat tu lepas jugak la aku nak kawen, and majlis pun lancar.
Alhamdulillah...
Nanti aku share macam mana pembentangan bajet kitorang pulak and a few tips
Hope this help to those yang baru nak kawin hihihi ^^


Monday, April 14, 2014

Move on

Assalamualaikum~

Hari ni 14 April, 19 days after I quitted my job.
Hehe.
Perasaannya...rindu.
Rindu nak berborak menyakat ngan kawan2 office, rindu pergi lunch ramai2 tiap kali Jumaat je memang babai la user, sape kacau nak dekat2 kul 12 memang xkan dilayan hehehe.
Rindu nak beli durian crepe, rindu bergossip tiap2 pagi, rindu potluck..celebration semualah!
Tapi rindu nak kerja stress2 tu xde lah hehehe :p
Aku rase sedih tapi dalam masa yg sama aku rasa lega sebab lepaskan sumthing yg aku dah xleh go on.

Challenge lepas tender?
Of course ade hehe.
Well aku da xleh bershopping cam dulu, sebab kene make sure duit sentiasa ade dlm acc.
Xkan nak mengharap suami je semua. Over ok.
Kereta ngn credit card kne byr sndiri hu3 *pengsan*
So sementara nak tunggu stabil ni, aku ade la jugak apply keje lain, go on dgn bisnes Mary Kay and Shaklee.
Ni la masanya, sebelum ni xde masa nak mengupdate , sekarang hah masa kemain banyak lagi muahaha :p
Apepun, aku xmenyesal bila keadaan jadi macam ni.
Ni lah risiko yang aku dah expect masa buat keputusan hari tu, but..no turning back.
Keep going and smile!
Rezeki tu Allah yang bagi asalkan kita usaha.
Insyaallah..Aku yakin janji Allah tu pasti.
Bezanya cepat n lambat je :)



Monday, February 3, 2014

a desicion

Hari ni hari ke 7 tempoh resignation aku.
Ade lagi dalam 53 hari lagi to go. Chaiyok!

Masa nak but keputusan ni, aku confuse sangat-sangat.
Aku memang dah sangat-sangat tak boleh terima untuk terus kerja mcm ni.
Otak aku dah tolak, hati aku dah tolak, sekarang ni perbuatan aku pun da tolak.
Rasa berdosa sebab buat kerja tak ikhlas tapi makan gaji huhu.
But at the same time , aku belum ada kerja lain and might need some money to start a new life.
Aku buat Mary Kay part time, dapat la untung skit kalau aku ada masa nak buat.
Tapi kalau dah busy tu xdapat la kan.
Terdetik nak buat Mary Kay full time :)

After few discussion , alhamdulillah ada kekuatan nak hantar surat resign.
Macam kata dorang, percaya pada Allah, rezeki Allah yang tentukan, rezeki ada di mana-mana cuma kita je yang kene usaha and berdoa.
Betul sangat-sangat.
Kembali pada pencipta. Maybe dugaan untuk aku sebab lalai and leka dengan dunia :(

Tapi pape pun, 1st time aku rasa sangat lega pas hantar surat resign.
Rase cm terlepas dr cengkaman eceyyy
Hehehe ;p