Hye assalamualaikum.
OK kali ni baru betul2 nak welcoming new year 2013.
Nak cerita pasal plan and azam supaya bila lupa boleh refer entry ni cewah.
Azam tahun lepas aku dah tak ingat tercapai ke tak. Rasanya mostly tercapai tapi ada 1 or 2 yang masih belum
So continue lah tahun ni hewhew >.<
1. Mengikut perancangan, tahun ni aku nak start kumpul duit. Untuk apa?
Untuk macam-macam. Aku kalau boleh nak bagi banyak duit kat mak ayah aku tetiap bulan, plus bayarkan bil api air skali full. And kalau boleh nak bayar bile telefon dorang jugak. Tapi setakat ni cuma mampu bagi sikit and bayarkan bill api air. Hmm.. Aku ingat nak beli asset macam rumah, pastu untuk masa depan jugak. Mana tau tetiba aku kawin ke tahun ni or tahun depan kan? Haha yaks
2. Pastu perancangan kedua ni aku rasa setiap tahun aku akan rancang benda sama. Nak clearkan hutang. Hutang ngan bank maybe lambat skit kot tapi aku traget hutang macam pending phone bill ke, pending Unifi bill ke, electric bill ke... Eh kantoi la aku nyer bill ade pending. Daim =.=
3. Target nak pergi bercuti oversea at least 1 tahun sekali hihi. Tapi tahun ni je aku dah beli tiket untuk pergi 3 tempat ahaks. Rakus :D March nak pergi Bukit Tinggi Indonesia, May nak pergi Bandung, September nak pergi Koreaaa yippi! Tapi tak tau lah duit nak belanje cukup ntah tidak errr.. Takpe lah tu nanti pikir janji tiket flight dah lepas. Kalau tiket flight tak lepas tu masalah besar kan? :D
4. Business. Aku ni suka business tapi aku memilih jugak la. Aku takkan buat business bende yang aku tak minat. Insyaallah tahun ni nak buat satu lagi business tapi still dalam perancangan. Harap sangat ade rezeki aku buat business ni. Dah confirm nanti baru aku announce k. Stay tuneee
5. Since tahun ni je dah ramai kawan-kawan aku planning nak tunang lah kawin lah honeymoon lah ade baby lah bla bla bla. Maka aku rase sedikit tercalar. Hahaha betul ke ayat tu?Belasahh. So aku pun harap boleh la ikut macam dorang jugak. Aku pun tak tau kenapa setahun dua ni aku memang takde luck dalam hal ni.
Memang aku memilih tapi bukan memilih apa pun, cume belajar dari kesilapan masa lalu.
Tak salah kan? Ya Allah.. :)
Erm ape lagi ek. Macam banyak je draft hari tu. Nanti kalau teringat aku tambah lagi.
Ni je lah yang aku ingat as for now. Semoga tahun ni tahun cemerlang buat aku amiiinnn insyaallah.. Korang doakan aku gak ye :')
Sebelum tu iklan jap, sesiapa nak consultation or tips or belajar cara make up and penjagaan kulit boleh contact ye. Contact ade kat tepi bahagian persona info.
TQ maceh I lebiu bye!
No comments:
Post a Comment
Pujian