Today was so excited nak update blog!
Eh tak belum rezeki pregnant lagi hehe doakan ye..
tapi sebab nak share dengan korang my super awesome trip ke Boracay Island ! :D
3 - 7 September 2015
Kitorang pergi sana selama 5 hari 4 malam, tiket flight da book sesiap masa Air Asia sale hari tu.
Sorang pergi balik dalam RM 250.
Ok la bagi aku, lebih kurang macam tiket gi Krabi dulu.
Tak tau la kalau ade yg dapat lagi murah memang rezeki korang :D
Day 1
Panas lembap. Nak tergelak bila turun flight kiri kanan sawah padi.
Betul ke pilot ni landing kat Kalibo ataupun kat Kedah? :p
Keluar je pintu airport kitorang terus cari booth Southwest.
Hasil pembacaan dekat blog2 lain mostly dorang recommend Southwest.
Jadi kitorang pun decide untuk ambik southwest.
Masa nak ke booth tu, banyak lagi agen transport yg offer harga yg lagi murah.
Kitorang pun hampir terpedaya hehehe but no!
Southwest adalah pilihan yg terbaik tau, sebab kita cuma bayar sekali je untuk transport 2 way pegi balik!
So xpayah susah2 nak asingkan duit transport sebab kita dah bayar sesiap :)
Transportation Southwest ni merangkumi perjalanan :
Airport --> Caticlan Jetty --> Boracay Jetty--> Hotel --> Boracay Jetty--> Caticlan Jetty --> Airport
Lepas bayar dia akan bagi resit & boarding pass.
Make sure simpan baik2 na sebab boarding pass die kecik, kalau terbang abisla :p
Sementara tunggu Bas sampai kita wefie dulukk
Southwest ada Feri dia sendiri, besar & selesa
Perjalanan dari Airport ke Hotel agak lama, dalam 3 jam jugak la.
Jadi kitorang sampai hotel hari pun dah lewat petang , kat sini dia malam cepat tau.
Pukul 6 dah start gelap.
Sunset pukul 5.45pm .
Makanya xde la nak terus pergi beach, kitorang solat & rehat kejap.
Kitorang menginap kat hotel AJ Travellers Inn Annex.
Harga murah, 1 malam RM75 untuk standard room.
pastu tengok gambar macam menarik je, toilet nampak bersih.
Hehehe aku ni biase lah kalau travel memana memang check gambar toilet dulu :p
Kalau toilet bersih baru pass.
Sesampainya kat hotel..garu kepala jap.....
Ni adalah hotel pandangan depan.
Nampak moden kan, kitorang bajet hotel ni kat tepi pantai.
Rupanya hotel ni kat celah2 rumah orang hahahaha!
Dorang sume salahkan aku sebab aku la tukang pilih hotel T.T
Pandangan hotel dari dalam
Nak masuk ke sini kene lalu jalan2 kecik yang berlopak2, lalu rumah2 orang & kedai makan.
Tapi walking distance ke pandai dalam 3 minit.
Ok la tu kan hehehe.
Actually ada banyak hotel yg btul2 tepi pantai tapi harga dia pun harga tepi pantai la, mostly RM300 1 malam paling murah.
Kitorang ni kononnya backpackers la xmo bayar mahal sgt utk hotel sebab nak tido je pun hihihi.
Oh ya lupa nak cerita.
Boracay island dia terbahagi pada 3, Station 1, Station 2, Station 3.
Pastu bahagian belakang ada pantai yg nama dia Bulabog beach.
Station 1 ni hotel dia adalah range paling mahal antara 3 3 station tadi.
Sebab pantai dia xcrowded , kadang2 sunyi & boat pun xbanyak yg parking kat situ.
Pantai dia berpasir halus , seronok la kalau nak berkubang lama2 dalam tu.
Station 2 ni center of attraction. Range harga sederhana.
Hotel kitorang tadi tu pun dekat Station 2 jugak.
Agak crowded tapi best jerr aku rasa hehe, aku lagi prefer tempat yg ada orang tp xterlalu crowded la.
Pantai dia ada batu2 kasar skit, tapi aku okey jerr haha.
Station 3 ni range hotel dia paling murah.
Tapi dah ke hujung sangat jauh dengan tempat makan halal , tapi dekat dengan tempat berkumpul bila nak buat aktiviti dengan tour agent.
Pantai lebih kurang Station 2 tapi agak kotor sikit sebab banyak boat parking situ.
Aku ni sebab makan tu penting hahha so xmo la jauh2, memang aku pilih yg dekat ngn kedai makan je wakaka :p
Bulabog beach pulak dia belah belakang, so pantai dia memang tak sesua untuk mandi sebab berselut hijau.
Pastu agak kotor sebab bot parking.
Tapi kat situ adalah tempatnye untuk korang buat Parasailing, Helmet Diving & Flying fish.
Hotel kat sini lagi murah.
Tapi kalau korang jenis suka lepak tepi pantai or suka mandi manda macam aku ni, Bulabog ni memang sangat tak digalakkan.
Aku share sikit tips pilih hotel di Boracay :
1. Set kan bajet berapa semalam
2. Kedai makan halal agak limited kat sana, jadi kalau nak senang cari hotel yg xjauh dari tempat makan halal.
3. Pilih yang dekat dengan pantai, sebab kalau jauh lama korang nak menapak.
Lagi2 nak buat aktiviti tu mostly start pagi. So takut lambat sampai kan.
So malam tu kitorang pergi food hunting & nak beli activity untuk esok.
Wowww sangat tak sabar! >.<
Kitorang pergi cari kedai makan halal kat DiTalipapa.
On the way ke DiTalipapa, aku paksa laki aku belikan shades
sebab dorang semua ade shades, aku je xdo.
Tak acila kan nanti ambik gambar aku xsmart. So aku beli la Rayban murah ni for 10peso.
Duit malaysia dalam RM9+
Suddenly elok je jumpa kedai ni.
Stall number 74 xsilap aku.
Rupanya kedai ni dia tolong masakkan lauk untuk kita, bahan basah kene beli sendiri.
Yang bestnya akak ni pandai cakap Melayu tau.
So kitorang pun pergi la wet market ni nak beli bahan basah.
Dekat2 situ je market ni.
And bila masuk..crowded gila!
Nak pengsan sebab ramai sgt manusia dgn haiwan kat dalam tu.
So pilih la ikan besar mana nak.
Semua seafood ade kat sini, lobster pun hado.
Tapi!!!
Sila convert harga dulu & NEGO before korang bayar.
Dorang ni boleh kata semua akan letak harga yg tinggi2 tau.
Kitorang pun dah kene tipu.
Beli udang 200gram kena sampai RM80.
Tak sedar tau bila dah convert baru perasan.
So korang kalau nak pergi sila standby calculator okeh.
Akak tukang masak tu geleng je, pastu dia cakap, next time nak makan bagitau dia nak makan apa, dia belikan bahan basah.
Dapat lagi murah. Baikk...
Alamak lupa plak berapa dia charge untuk 1 lauk, tapi affordable la.
Kitorang request masak sotong goreng tepung, Ikan masak sweet sour, sambal udang.
Semua untuk 4 orang makan.
Sejam gak la tunggu dia abis masak.
Masa tu agak kecewa sebab kitorang da memang tengah lapar giler, tapi nasib baik dia masak sedap.
Boleh la heee.
Tips tempah lauk dari akak ni :
Datang awal beberapa jam sebelum dinner time, bagitau sesiap nak makan lauk apa & mintak dia belikan.
Jangan lupa bagitau korang nak datang makan pukul berapa, so dia boleh terus hidang on time.
Korang xyah risau nak buat iternary bagai, sebab aktiviti tu agent boleh susunkan or korang boleh discuss dengan dia ikut masa korang.
Rezki kitorang terjumpa dengan sorang agent ni nama dia Barbie (nyanyi Im a barbie girl lalala...).
Dia offer sangat murah, 1 activity patut 800 peso tapi dia bagi 600 peso, pastu FREE sunset parawsailing lagi!
Korang boleh add FB dia :
Barbie Trinidad Delos Santos
Dia sangat baik & murah hati, plus dia jaga guest dia.
Muslim pun ramai gak ambik ngan dia.
Sepanjang activities tu kitorang satu boat dengan Malaysian jugak hehe.
Nanti korang kalau contact dia jangan lupa bagitau aku yg referal okey hehehe.
Dia pun pandai cakap English, senang la nak communicate.
Tapi mostly Pinoy memang pandai cakap English hehehe.
So activities yg kitorang ambik :
Day 1 : Island hopping + snorkelling
Day 2 : Zipline, ATV ride to Mt Luho, Helmet Diving, Parasailing, Flying Fish, Parawsailing
Day 3 : Cliff Diving (Aron's Magic Island), Free & easy
Ok jumpa kat next entry utk Day 2! :D
No comments:
Post a Comment
Pujian