Tuesday, July 5, 2011

karangan bahasa melayu

Pagi tadi aku bangun dengan bersemangat sekali kerana ingin sampai awal ke pejabat.
Selepas insiden semalam, aku berazam untuk keluar rumah lebih awal dari waktu biasa.


Tepat 7.10 pagi aku bergegas keluar dari rumah. 
Hatiku semakin gembira kerana jalan tidak lagi sesesak semalam.
Sewaktu berhenti di lampu isyarat, tiba-tiba aku ternampak gumpalan besar asap putih pekat yang aku tak pasti dari mana datangnya.
Aku memandang kiri dan kanan kerana menyangka mungkin ia datang dari kereta lain?
Tapi semua pemandu sedang memandang ke arahku.
Aku berasa hairan, tetapi aku buat tidak tahu sahaja.
Lampu isyarat bertukar hijau.


Sedang khusyuk memandu, tiba-tiba enjin keretaku mati.
Aku kaget. Aku cuba hidupkan enjin kmbali. Berjaya.
Aku memandu seperti biasa tetapi dengan kelajuan 20km/j sahaja kerana masih terperanjat.
Tiba-tiba aku melihat meter suhu naik mendadak lagi sedikit mahu mencapai tahap maksimum.
Aku semakin risau, tetapi aku masih memandu. Kali ini berkelajuan 15km/j.
Segera aku menelefon ayah. Ayah menyuruhku berhenti di tepi jalan.
Mulanya aku berkeras tidak mahu, tetapi aku berhenti juga akhirnya kerana keretaku mula berasap dan berbau hangit.


20minit kemuadian ayah sampai. Disebabkan aku telah lewat ke pejabat maka ayah menyuruh aku memandu keretanya ke pejabat.
Keretaku ayah hantar ke bengkel.
Dan aku sampai ke pejabat pada pukul 8.50 pagi, sama seperti semalam.


Sekian.


Saje nak letak pic ni. Diambil semasa menunggu ayah selamatkan aku

1 comment:

Pujian