Saturday, December 6, 2014

Travelstory - Fun trip to Korea Day 4

Day 4

Hari ni kitorang plan nak pergi Seoul Tower & Itaewon.
Itaewon agak jauh dari hostel, so kitorang dah bahagikan masa half dekat Seoul Tower, half kat Itaewon.



Dav view at Cheonggyecheon Stream

Disebabkan nak berjimat sebab dah terbanyak shopping semalam, so kitorang decided untuk jalan kaki je pergi Seoul Tower. Memang backpacker sungguh rasa. So before pergi tu google siap-siap camne nak pergi sana. And yang senangnye, free WIFI access memang boleh cakap kat kebanyakan tempat memang ada so kitorang xrisau sangat.

On the way pergi Seoul tower tetiba ternampak dorang buat jualan amal. 
Siapa beli barang 8000 Won dapat pakai Hanbook free. Kau...
So aku gunakan alasan Hanbook free tu untuk shopping lagi miahahahaha.


Dapat rembat 1 helai seluar jeans color dengan 8000 won only (RM24)
Kira murah tuuu


So dapatla kitorang pakai Hanbook free hahaha







Masa ni rasa macam retis sangat sebab orang-orang lalu kat situ dengan tourist lain lagi ambik gambar kitorang. Mesti sebab kitorang comel kan muahahaha awww sila lempang diri sendiri


We've been through this road to get to Seoul Tower.
Boleh tahan jauh weyyy. Nampak tak cable car tu?
Tu la cable car yg bawak pergi Seoul Tower. Kalau nak jalan kaki lagi boleh tapi kene naik bukit.
Maaf aku dah tak mampu urghh



Finally sampai! Kau nampak muka kepenatan campur gembira aku tu?
Ni baru sampai kat cable car tau


Turun cable car kene naik tangga naik bukit lagi tapi tak jauh sangat.



Kaunter ticket nak masuk Seoul Tower.
10 000 Won xsilap aku.


Love Keys! Tempat mana couple2 gantung padlock kat sini kononnya cinta kekal abadi la.
Aku ingat nak beli 1 sebab comel2 design dia.
Tapi 1 padlock 18 000 - 20 000 Won. (RM34- RM60)
Terima kasih je la T.T


The Seoul Tower


Masuk Teddy Bear Museum dulu. Biasa la orang yang rasa 'ingin tahu' dia kuat memang camni huhu


Teddy Bear Museum ni actually dia cerita pasal sejarah bandar Seoul, menariknya dia buat dalam bentuk Teddy Bear macam ni. Ok la banyak info. Mula-mula tu semangat la jugak baca last-last kitorang ambik gambar je pastu chow hahaha.
Kalau yang jenis suka sejarah mesti korang rasa best masuk sini. 
Pada aku, so-so je la xla best sangat pun.
Aku tengok bear, bear tengok aku.


Time ni dah naik Seoul Tower.
This is the view of Soul from the tower.
Macam KL je lebih kurang kot? Hehehe


Selfiee!


Kebetulan masa kitorang dah keluar tu dorang buat live performance.
Macam traditional punya persembahan. Besttttt !


Sampai Itaewon! Dari Seoul Tower ke Itaewon harus la naik tren xkuasa aku nak jalan dah.
Tempat ni jauh jugak, 5 ke 6 station xsilap aku. And jarak antara station pun agak jauh.
First skali kitorang cari Masjid ni dulu sebab masa tu dah petang nak solat Asar.
This is the only mosque yang wujud kat Seoul



Dalam masjid dia


Entrance masjid. Aku tak tau pintu depan dia kat mana.
Masjid ni agak besar so aku rasa ni pintu belakang la sebab view tak sama macam gambar yang aku google hahaha. Nasib laa


Pastu kitorang makan kat restoran ni.
Murree Muslim Food.
Gambar sumber google sebab gambar yang aku snap tah mane hilang.
Owner dia Korean Muslim Lady, husband dia Pakistani.
Kat sini memang lagi banyak kedai Arab, Pakistan, Bombay.
Siap ada kedai runcit halal, pastu kedai daging halal.
Pastu kan beli aiskrim yang trick-trick macam cerita Istanbul Aku Datang tu pun ada kat sini.
Aku beli gak hahaha ape je aku tak beli =.='
But semua ni only in Itaewon :D



Then lepas tu kitorang sempat jalan-jalan kat Itaewon. Masa tu dah malam.
Hasrat nak cari Fasion market sebab masa google kata sini ada fasion market yang famous tapi xjumpa. So kitorang jalan je la along the street. Banyak kedai yang dah nak tutup time tu, pastu ingatkan Itaewon ni tempat yang agak muslim tapi berlambak je Pub aku jumpa hahaha.
Sempat la kitorang beli few souvenirs lagi hiks :*

Day 5
Day 6
Day 7
Day 8




Travelstory - Fun trip to Korea Day 3

Day 3

Hari ni kitorang dah plan dengan Khuzaimah ( member Stea a.k.a Tour Guide ) nak pergi jalan2 kat market around Seoul. 1st stop kitorang pergi Gwangjang Market.
Aku dah berazam dalam hati, I will never buy anything. Never!
But guess what? Kitorang jumpa kedai kain chiffon silk yang cantik & MURAH. Nampak x? MURAH. Huuhh~

Mula-mula aku just tengok2, lepas tu tengok Stea beli few kain untuk Mak & Adik dia.
Aku pun terjebak konon kata beli 2 je, 1 aku 1 ibu. Lepas tu jalan lagi tambah, tambah, tambah last2 dah 6 kain aku beli. Dengg! Fail la kau Mira!


Ni baru mukadimah tau, masuk dalam tu berlonggok-longgok kain T.T
4 meter kain = 10 000 - 15 000 won
Duit Malaysia around RM30


All the way dalam ni berderet kedai kain kiri kanan depan belakang.
Setiap kedai tak jual kain yang corak sama tau, semua lain-lain. 
Kalau nak cari kain but Hanbook or nak tempah Hanbook pun kat sini jugak.
Kain lace, Colar necklace yang manik2 tu pun banyak kat sini & murah.
*Pengsan*
Mane aku tak tergoda. Agaknye kalau duit aku banyak time tu mau aku angkut Hanbook 1 pasang.
Memang seronok sangat shopping kain kat sini.



Outfit for today


Depan Gwangjang. Tempat ni betul-betul macam pasar, xde bangunan tinggi- tinggi, xde bangunan moden. Old style~

Habis shopping, pergi ke Myeondong balik sebab nak makan Tteokbokki sedap dekat Restoran Red Sun.
Myeondong ni bila bosan je kitorang datang sini sebab tempat ni alive even waktu siang & malam.
So dah nampak la kan mane duit aku pergi *-*



This is Tteobokki before dimasak. Pekerja dia yang masakkan depan kitorang.
Gambar after dimasak tak ade sebab...tengok bawah ni memasing sebok mengupload gambar padahal tengah lapar tu so lupa nak snap yang after dimasak.


Comel kan? Dapat apron sorang satu siap

Next stop, Namdaemun Market!
Sini nak shopping baju, toys, seaweed, sudu garfu, souvenier sume la kat sini.
Macam-macam ada tau! Sini aku shopping lagi. T.T



Tempat ni agak besar & banyak lorong. Aku memang tak ingat sangat jalan dia so follow je Khuzaimah. Tapi tempat ni tutup setiap hari Ahad.
Nampak tu sale 5000 won?
Kalau convert duit Malaysia dah RM15. Still mahal aku rase hahaha.



Tadaa! Sampai kat tempat shopping Brooch & accessories!
Brooch dia sumpah lawa gile, batu bersinar2, pastu hand made pulak tu.
Paling best design setiap kedai berbeza. 
Aku pergi semua kedai & pilih 1 brooch yang paling cantik & harga berpatutan from setiap kedai.
Paling murah tau berapa? 2000 won = Rm6, tu pun kecik.
*Pengsan lagik*
Tapi beli jugakla kata pergi sekali sekala kan, so sekali sekala shopping banyak dimaafkan la kot



Candid camera tangkap aku tengah galak 'screening' barang


Mak cik da penat shopping.

Namdaemun ni dekat dengan Myeondong, which is tak la jauh sangat dengan hostel kitorang.
Makanya..kitorang pun jalan kaki je balik. Tapi sumpah memang lenguh tangan aku angkut barang2 tu.
Masa ni dah petang so balik hostel nak solat dulu, malam kang keluar balik hehehe.

So malam kitorang xnak pergi jauh2 sangat, so pegi la around Jongno and Myeondong.
Kat situ ada Lotte Shopping Avenue. Konon nak usha2 barang la skali da tutup pulak.
Pukul 8pm dah tutup. Tapi kitorang jalan2 je la, situ ada Star Avenue tempat artis-artis K-Pop rasmikan kalau xsilap aku.


So many hand prints kat sini


Kat sini dorang tulis ucapan untuk artis yg dorang minat pastu gantung kat dinding.
Memang penuh.


Kat dalam kiri kanan sume gambar retis K-pop


This is Star Avenue

Then kitorang pergi jalan-jalan dekat Cheonggyecheon Stream.
Belakang hostel kitorang je kebetulan. Tempat ni quite famous jugak, ramai orang suka lepak sini lepas balik kerja. Unik tempat ni sebab ada sungai kat bawah jambatan yang sangat panjang & cantik kat tengah-tengah bandar.


View at night




Orang baling syiling kat pusaran ni sambil berhajat.




Waktu ni peralihan summer to autumn, so bila malam agak freezing jugak.
Kitorang ni x bawak sweater pulak tu, so tahan je la lagi2 bila angin tiup tu rase sampai ke tulang sejuk dia.

Day 4
Day 5
Day 6
Day 7
Day 8

Monday, September 29, 2014

Travelstory - Fun trip to Korea Day 2

Day 2

Nami Island! Fefeeling Winter Sonata dulu.
Cabaran nak pergi Nami ni sebab dia agak jauh. 
Kalau ikut direction dia kena naik train sampai stesen Gapyeong.
Tapi nak sampai ke Gapyeong tu punyalah banyak stesen kene tukar. 
And train dia bukan ada 1 jenis tapi 2 jenis, train biasa dgn train express. 
Kitorang ingat semua train sama. 
Kalau korang plan nak jalan-jalan kat Korea ni naik public transport wajib ada Train Map tau!
Map tu boleh ambik kat stesen train, xsilap semua stesen ada.
Ikut je map tu InsyaAllah sampai.
Last station tu kitorang tersalah naik train. Naik train express yang kene beli tiket tu. Aku rasa orang Korea ni jujur sebab perantaraan nak ke train biasa dengan train express tak de penghalang tu pun. 
So kitorang boleh naik train tu tanpa ticket. Tapi kat dalam train tu ada la orang datang check ticket. Gelabah jugak la takut kene bayar denda tapi nasib baik pakcik tu baik. 
Dia lepas je kitorang tapi kene patah balik la ke station yang kitorang tersalah tadi aishh da la jauh.
Bazir masa sejam T-T


Gitu traine route diaa. Ni baru 1 jenis tau.
Ada beratus route, tengok map pun pening. 
Tapi well.. aku kan pembaca map yg hebat *kembang hidung*

Finally arrived at Gapyeong station

Kitorang naik taxi nak pergi ke Nami Island tu.
Actually ada 3 option, walking, taxi or bus. 
Jalan kaki of course nooo! Panas nanti ai hitam.
Mula-mula nak naik bas sebab murah sikit, tapi tunggu dekat 20minit tak sampai2.
Panas semakin panas pulak hati ni. So naik taxi je la.
Pakcik tu bawak taxi punye la laju 3minit da sampai. 
Tunggang terbalik kitorang kat blakang.
Pastu sampai. Taxi pun blah dengan lajunye.
Skali nak dijadikan cerita..
Stea tanya," Eh mana beg aku?"
Rupenye tertinggal dalam taxi daaaa. Cuak kot da la ade duit, tiket flight, passport sume dalam tu.
Gelabah kitorang. Memula tunggu je kat situ kot taxi tu datang balik tapi tak.
Pastu Stea decide nak pegi balik kat stesen Gapyeong cari taxi tu. Aku stay kat nami kot taxi tu patah balik. 
Few minutes later Stea balik, ada beg! Alhamdulillah lega. Rupenye pakcik taxi tu pun xperasan yang ada beg tertinggal dalam taxi dia. Nak kata jujur, jujur sangat la kot kan?
Hahaha tapi memang sangat lawak ok!


Nak masuk Nami Island pun kene lepas immigration. 
Tapi bukan check ape pun, bayar ticket je haha.
8000won skali masuk

Bot yang nak bawak kitorang ke Nami.
Dalam tu aircond ye adik-adik tapi tempat duduk sikit, berdiri je la..

View dari bot

Sampai! Welcome to Nami!

Mesti la nak ambik gambar kat spot paling famous kan hehe

Ohh rindunya nak travel camni lagi dgn awk :')

Kemain lagi ko kan

Tak silap ni tourist dari Taiwan tetiba panggil ajak snap gamba ngan dia.
Siap puji 'You are beautiful' Aisehh kembang gituw wakaka.
Well because we are Asian people :p

And Nami is the only place yang ada surau. 
Itaewon ada jugak tp masjid la and agak jauh dari Seoul.
Jumpa oranr2 kita je kat situ hihihi

Haa ni lagi satu hal nak cari makan. Semua kedai nampak sedap, nampak mcm boleh makan tapi kene hati2 jugak. Kitorang google2 maka jumpa la Restoran ni. 
Drama Cafe.
Kat situ memang ramai orang2 kita jugak. So insyaallah boleh la makan, plus makanan dia pun seafood semua. Nak mencari ni kemain susah padahal dokek yoo sebelah bangunan yg ada surau tu. Kitorang siap berpusing nak cari huhu T-T

We ordered Kimchi Pancake, 
Stea punya rice and tuna. 
Aku punya rice and ape tah aku pun lupa wakakaka.
Ok la..tak la sedap sangat tapi still ok, Stea cakap dia punya rasa makanan kucing wakakakaka so korang sila jangan order tuna.
Kimchi Pancake tu sedap! Tapi makan cepat2 while hot sebab da sejuk xsodap daa

Dapat glove untuk goncangkan bekas makanan tu so lauk n nasi bercampur just nice.

Muka da letih hehe


Yeah cubit skit Choi Ji-Woo

Subhanallah sangat cantik tempat ni :)
Btw kalau korang malas nak jalan, boleh sewa basikal.
Tapi harga dia....sebab tu la aku sanggup jalan kaki je.

Loving this pic!


Ok dah nak balik. Babai Nami see u again 2015 insyaallah..
Nak pegi dengan husband pulak kekeke.

Seharian kitorang kat Nami ni memang puas hati la.
Pukul 4pm baru kitorang gerak balik Seoul.
Macam-macam jadi kat sini. Bag tertinggal dalam taxi la, sesat la, 
pastu boleh pulak terserempak dengan Ostrich terlepas dari kandang. Gila takut sebab Ostrich tu besar, pastu lagi satu kawan dia pegi ambush meja makan satu restoran tu makan makanan atas meja.
Lawak gila tp takut pun ada.
Bila tringat balik alahai rindunyee :)

Day 3
Day 4
Day 5
Day 6
Day 7
Day 8