Assalamualaikum & hai!!
Tiba-tiba hari ni teringat satu kisah ttg spec mata :)
Antara kenangan yg xboleh lupa even dia bukan la kenangan manis pun.
Kerana spec mata aku dihina.
Cewah drama sgttttt
------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku memang rabun dari zaman sekolah rendah.
Waktu aku darjah 4 kalau xsilap aku dah start pakai spec.
Masa tu spec sume old skool, jenis yang bingkai tebal.
Hehehehe memang uduh nampak bila pakai yg xkena dgn muka (aku la tu)
Dan waktu zaman tu jugak (around 1999) spec ni bukan lah satu benda yg trendy, tapi org kata lebih kepada budak nerd. Siapa yg pakai spec je lagi2 yg bingkai tebal, kanta tebal memang kene cop nerd lah.
Tapi ape pun aku bersyukur jugak sebab ada yg still sudi nak kawan dengan aku, Stea, Qila, Mirra, Sara & yang lain2 walaupun aku ni x femes langsung kat skolah .
Eh tapi aku pengawas tau hehehe.
Tak cun, kulit hitam, berminyak berjelaga semua ada, pastu spec bingkai tebal & besar.
Nak tunjuk gambar ntah mana.
Sebab aku x ambik port langsung gambar2 sekolah dulu since aku sedar diri aku tak comel macam dorang. Yes it affected my self confidence a lot. Sampai la aku meningkat dewasa.
Masa sekolah rendah budak2 lelaki perlekehkan aku, aku ingat lagi ada sorang tu panggil aku ' Mata Lebah' okkk. Dan sorang budak kelas aku suka cari gaduh dengan aku, maybe sakit ati tengok muka aku kot. Hahahaha. Kadang2 dorang main sepak2 kaki ngan aku. Ada sekali tu dia tarik tudung aku sampai tercabut. Malu weh.
Aku of course melawan jugak , dia sepak aku aku sepak dia balik.
Tapi lelaki kan kuat, sakit dia of course lebih drp apa yang aku balas kat dia.
Memang aku sangat tak suka zaman sekolah rendah aku.
Sangat tak suka
Dan pernah aku minat sorang budak ni, kawan aku pi pedajal letak surat dalam beg dia.
Ada nama aku. Nama penuh pulak tu.
Dah la kitorang naik bas sama2, budak lelaki tu gi baca surat tu dalam bas.
Dia & the gang memang ketawa kan aku kaw2 punya lah.
Malu memang xyah cakap la aku rase nak terjun bas time-time tu jugak.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekolah menengah is better than sekolah rendah. X de ejek2 dah.
Masa ni pun aku dah tukar spec pakai bingkai besi bulat, yang nipis sikit tu.
So xla uduh sangat aku rasa.
Masuk sekolah menengah form 1, dah start duduk asrama, aku jadi seorang yg pendiam, pasif, low self esteem, nak volunteer memang ko xkan nampak aku angkat tangan lah hehehe. Sebab aku rasa xde sape nak pandang aku yang xlawa ni. Still pakai spec lagi. Tapi alhamdulillah xde la kata2 yang teruk org lempar kat aku. Just dulu disebabkan aku tak lawa, aku pakai tudung ke depan skit sebab nak sorok spec.
Punya fobia aku dengan spec dulu weh.
Nak pakai contact lense masa tu budak lagi, mana tau pasal lense ni.
Plus family aku pun bukan orang kaya nak beli lense bertukar ganti tetiap bulan ni.
Senior2 panggil aku 'Budak tudung Kedepan'.
Adoi kesian aku kan hahahha.
Aku tau pun sebab aku kawan dengan sorang budak cun, Shasha.
Dia ni kawan aku dari sekolah rendah lagi. Kebetulan dapat masuk sekolah menengah sama.
Dia la yg cerita terdengar senior cakap-cakap.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Form 4-5 aku tukar sekolah menengah.
Dekat Taiping pulak. Tukar spec lagi kali ni ikut trend skit lah ahahaha.
Pakai spec bingkai petak warna hitam.
Femse time ni bingkai petak. Ai rasa in trend sangat
Konfiden level da naik sikit, berani2 lah nak menegur nak berkawan semua hihihi.
Kalau tak kene tunggu orang tegur baru nak berkawan. Ishh...
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Masa kat matrix dengan kat U, alhamdulillah ok.
Ramai jugak aku tengok sejenis dengan aku, pakai spec hihhi.
So xla awkward sangat.
Tapi still kene ejek dengan sorang classmate aku masa kat matrix , lelaki.
Tapi masa ni dah besar, xde la nak kecik ati sgt.
Ada satu masa tu mata aku mcm masuk habuk ke ape tah, so bukak la spec kejap.
Then saja lah jalan2 tanpa spec. Sekali budak tu nampak dia kutuk aku tau.
Sebab masa tu dark circle teruk gila, hitam. Siapa pakai spec lama dia faham la macam mana, dark circle dia mcm mana sebab pakai spec tebal, and mata jadi kecik skit.
Memang kelaka.
Geram btul aku time tu.
Fobia dah xnak bukak spec.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Zaman U adalah zaman yang paling terindah dalam hidup aku,
Aku berubah 360 darjah beb!
Ditakdirkan aku dapat kawan2 yang gila2, Aida, Bakish, Wanie, Farah, all classmates aku dan roomate aku Farah sangat memeriah kan zaman U aku! Dorang ni jenis yang outspoken & xde nye nak segan2 bagai, jenis selamba.
So aku pun terikut sekali.
And aku rasa best sangat sebab aku dapat keluar dari rasa takut dengan diri sndiri tu.
Kalau tak semua benda aku takut nak buat.
So even waktu tu aku masih pakai spec, aku dah x macam dulu.
Tudung pun dah xkedepan hehhehe.
Feeling better lah orang cakap sebab boleh jadi diri sendiri
Masuk sem 2, aku kene kick drp duduk hostel . Tak tau la sebab apa.
Nak kata aku x active berpersatuan, aku siap masuk kelab aerobic, siap masuk pertandingan ok.
Cuma x menang je. So aku pun bawak diri cari rumah sewa.
Lagi sekali Allah takdirkan aku dapat serumah dengan Nana & Kak Paten!
Kami memang sekepala. And dorang memang sangat fun! Banyak sangat aku belajar erti kehidupan, pengalaman & macam2 lagi termasuk la grooming.
Hehehehe.
Masa ni la aku mula berjinak2 dengan contact lense.
Daripada xde color sampai la berani pakai yg ada color!
Brown, green, grey perhh..
Haa kan aku dah kata berubah 360 darjah!hehehe
Lepas tu aku belajar make up dengan dorang. Tengok dorang make up aku pun follow skali, kadang2 aku jadi tester dorang. Kalau nak test style mekap baru memang aku la tikus dia. And aku pun dah start belajar make up thru youtube. Ni semua dorang punya pasal hehehe.
Penampilan aku masa tu pun dah start berubah.
Pergi kelas bermekap. Lepas solat pun touch up make up hokeyy.
Masa ni la start dah ada peminat muahahahahaah
Ada satu kisah yang aku sangat2 xboleh lupa sampai skrg.
Waktu ni baru start femes Facebook, Tagged.
Nak dijadikan cerita, aku ter berkenalan dengan sorang mamat ni..
X ingat kenal drp mana tapi lepas tu kitorang bertukar YM.
Aku berubah 360 darjah pun xde la sampai lupa diri.
Aku still xberani nak blind2 date bagai. So aku memang xpernah bagi no fon aku kat stranger.
Paling berani pun YM je.
So kitorang pun bersembang la boleh kata setiap malam jugak.
Borak2 , and mamat ni kachak. Belajar pilot.
Macam suri hati mr pilot pulak kan tapi kecundang hahahahhaha.
Dekat pic YM aku letak pic aku, of kos la pic xpakai spec kan.
Pic paling cun aku letak.
Since masa tu spec pun aku pakai malam je. Siang pakai contact lense.
Nak dijadikan cerita, satu hari tu dia nak buat video chat.
Ouch. Excited mak hahahaha
Tapi malam lah. Ok aku pun on je.
Then malam tu aku pk, nak pakai spec ke lense.
So aku decide utk pakai spec je, sebab malas satu hal, sebab nak tengok reaction dia bila tengok aku pakai spec. Ye la selama ni tgok pic xpakai spec kan.
Waktu yg ditunggu dah sampai. Dia dah turn on webcam dia So my turn.
Keluarlah muka aku yg 'comel' pakai spec hehehe.
Sekali tak sempat cakap apa2, even hi pun, dia terus OFF webcam.
Aku terkejut la pasaipa. Ingatkan bad connection ke apa.
Aku YM la tanya kenapa? TAK respon ok! And lepas tu dia terus OFFLINE xtegur aku dah.
Aku rasa sedih, down. Tak sangka zaman ni pun jumpa lagi org yg anti-specky.
Dan memang itu lah last aku chat dengan dia.
Lepas pada tu aku tak pernah tunjuk pic aku with spec.
Serious aku fobia. Aku rasa spec ni teruk sangat sampai buat org lari.
Kesian aku kan.
1 year later (kalau xsilap aku), mamat tu tegur aku kat YM.
He said sorry sebab buat aku macam tu LAST YEAR.
Hahahaha. Pastu request nak kawan ngn aku balik. Siap add aku kat Facebook.
Masa tu aku memang da tawar hati. Benci gila dengan dia & semua lelaki!
Aku rasa lelaki semua tengok paras rupa je.
Tapi aku still approve fren request dia. Motif?
Sebab nak tunjuk kat dia hello kau ingat aku xde life ke?
Orang specky cam aku pun life best, lagi best drp kau!
Begitu lah lebih kurang.
-----------------------------------------------------------------------
Masuk zaman bekerja. Dari aku graduate sampai 3 tahun aku kerja aku adalah SINGLE.
Hahahaha best kan. Serius memang aku sangat memilih & hati batu waktu tu.
Ingatkan dah besar xde dah issue spec. Kikiki lawak plak rase.
But still aku x konfiden lagi nak keluar dengan spec.
Even nak pergi kedai depan rumah pun pakai lense beb.
Rajin x aku.
Ada je lelaki yg approach aku, semua aku test dulu.
Boleh terima x diri aku seadanya?
Boleh terima x aku yg specky ni?
Ye la kalau kawin nanti xkan aku 24 jam nak pakai speck kan semata-mata takut kene reject.
Finally alhamdulillah, jumpa seorang lelaki yg bila first time tgok aku pakai spec lepas sekian lama kawan ngan aku xpernah tgok aku pakai spec , and dia kata COMEL.
Terkejut. Mula-mula xpercaya jugak. Tapi 1 day dia cakap lagi yg dia suka tgok aku pakai spec.
And dia xtau pun pasal history aku dengan spec macam mana.
So aku consider dia as jujur la kot
Dan lelaki tu dah jadi suami aku dah pun
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lepas kawin, aku dah tak heran da ape orang nak kata bila aku pakai spec.
Tetiba konfiden level tinggi kann
Janji laki aku ok. Plus sejak dah lama ber Mary Kay aku jadi lagi konfiden.
Skin pun dah makin sihat.
Nothing to hide
Sekarang boleh dah, pi tengok wayang pun pakai spec.
Pergi jumpa customer hantar barang pun kadang2 pakai spec.
Keluar dating pun kadang2 pakai spec.
Hehehehe alhamdulillah..
Kalau korang nak cari suami, cari lelaki yg boleh terima semua kekurangan kita.
Sekian cerita dari si gadis kaca mata.
Eh jap , gadis ke? Wanita dahh...
No comments:
Post a Comment
Pujian