Saturday, November 12, 2016

Kisah & tips mencari jodoh (part 1)

Assalamualaikum & haluuu.

Malam2 camni tetiba ade mood nak menulis.
Hehehe laki aku da berdengkur da kat sebelah ni ha.
Kesian dia penat, lately banyak benda yg jadi kat dia.
Maybe ade hikmah di sebalik tu, mana tau Allah nak tunjuk suruh dia resign tolong aku bisness Mary Kay ke kannnn 

Malam ni aku nak ceritakan kisah macam mana aku , seorang yang single, tiba2 bertemu jodoh dengan seorang stranger. (laki aku la , stranger tauu)
Boleh la aku share2 skit tips yang aku amalkan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ni aku masa zaman single. 
Aku pernah heart broken dulu masa zaman belajar last sem yang buatkan aku susah sangat nak accept mana2 lelaki lepas tu.
Mula2 tu aku asik sedih je sampai belajar pun xmasuk.
Tapi bila aku fikir balik, laa bodohnya aku sedih dok kenangkan orang yg xpernah hargai aku.
So aku decide untuk move on. Buang semua memori pasal dia.
Enjoy my life, aku ada family & kawan2 yg sayangkan aku.
Kau siapa? Hanya picisan. 

So I enjoy my sweet single life for 3 years.
No boyfriend allowed.
Tapi of course, umur dah 24 nak masuk 25, siapa tak goyah kan.
Tengok kawan2 sorang2 dah ada boypren, dah kawen, dah nak beranak.
Aku? Steady hahahaha.
Then mak aku pulak tetiba tanya, 'Kak xde boypreng ke?'
Oh maii mak aku tanya lahhh  Sebelum ni kalau aku keluar dengan kawan lelaki punya la dia bising sekaliiii dia tanya.
Tanjat aku oi.

Tips #1

Ada sorang kawan aku ni dia nasihatkan aku. Aku xingat siapa dia tapi sampai sekarang aku ingat nasihat dia. Thank you sahabat 

" Kalau kita nak kan jodoh yang baik, kita kene baiki diri kita dulu jadi lebih baik.
Tunjukkan pada Allah yang kita sedang berusaha untuk mencari jodoh dengan memperbaiki diri.
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik"

Maka benda pertama sekali yang aku buat adalah aku berubah.
Berubah pada kebaikan. Jaga solat paling utama, banyakkan berzikir, buat baik pada ibu ayah & adik-adik especially, jaga tutur kata, aku kan kasar sikit bahasanya so aku cuba cakap yang baik-baik saja.
Carutan-carutan makin lama makin kurang. 
Perbaiki dalam dan luar. Baju pun dulu pakai tshirt tudung selimpang.
Slowly aku jaga aurat, labuhkan tudung, baju cari yang longgar-longgar.
Dan yang penting niat berubah tu kerana Allah.

Tips #2

Doa specific.

Kau nak jodoh datang? Haa sebut jelas-jelas dalam doa setiap kali lepas solat & sebelum tidur kau nak jodoh yang macam mana.
Dan mesti bersungguh. Kalau acuh x acuh tu xserius namanya.
Tuhan pun acuh x acuh nak bagi jodoh.
Aku specifically doa semoga dapat jodoh seorang lelaki yang macam AYAH aku.
Bertanggungjawab, penyayang, baik, penyabar, kelakar, yang jaga solat...dan banyak lagi.
Aku sebut satu-satu biar pun panjang hehehe.
Sekali ha dapat memang macam ayah aku. Minat, perangai pun lebih kurang.
Lupa aku nak sebut mintak jodoh badan sasa, sebab jodoh aku pun badan cam ayah hahahahaha 
Sedang-sedang chubby gitu kekekeke.

Ada jugak kawan aku yang cakap baca doa Nabi Yusuf.
Boleh jugak amalkan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tak lama lepas tu , tiba-tiba eh ramai pulak la lelaki nak berkawan ngan aku.
Terus ai rasa hot wakakakaka 
Xlah gurau je.

Aku kawan je dengan dorang tapi aku memang niat nak kahwin terus, xnak couple2 bercinta bagai.
Malas.
Dah besar pun kan so malas la nak lalui benda2 macam masa remaja dulu.
Plus ai sokong bercinta lepas kahwin, kurang dosa hahahaha.

Ada sorang kawan aku, sangat baik hati. Dia belajar jauh, oversea.
Aku banyak sangat terhutang budi kat dia. Walaupun dia jauh dia selalu ingat aku.
Aku kerja shif malam dia mesti call temankan aku balik rumah pukul 3 pagi tu.
Tolong jangan cakap la, macam2 dia tolong aku. Plus selalu bagi hadiah.
Tapi aku xtau kenapa x rasa perasaan 'cinta' . Mungkin jodoh aku bukan dengan dia.
Aku doakan Allah jumpakan dia dengan wanita yg lebih baik drp aku 

Dan ada lah lagi 2-3 orang lelaki yang cuba berkawan dengan aku.
Sorang tu asyik nak call je keje. Lambat reply sikit call.
Haihh aku xgemar sangat orang camtu.
So bukan jodoh la tu.

Lagi sorang budak opis jugak. 3 tahun kerja satu opis tiba2 tahun ketiga baru nak bertegur kan.
Hehehe kuasa Allah nak uji aku agaknya.
Tapi bila kawan dengan dia, aku tak rasa yang dia berniat nak kawin, more pada niat nak couple.
So aku reject dalam diam.

Dan kawan lama aku since UITM, jarang jumpa tapi always keep in touch.
Pun sama, niat nak couple dulu.
Malasssss lah couple.

Satu hari, masa tu birthday aku. Malam tu nak tido dah around kul 12 camtu.
Then tiba2 ada fb mesej masuk. Aku biasa xlayan fb mesej ni tapi malam tu aku bukak, baca.
From Syazwan Hasni.
Siapa pulak la mamat ni wish besday kat aku, aku ingat just a random people.
So alang2 dah read, aku reply je lah TQ. Sombong kan aku 
Then dia reply pulak, 'Besday girl x tido lagi ke?'
Aish orang nak tido ni sebok tanya macam2. Tapi aku reply jugak la hahahaha.
Then lepas tu terus tutup fon.

Esok pagi tengok ada mesej dia lagi. Tanya apa tah lupa.
Tapi aku xreply, biar je. Aku memang sejak break up dulu memang malas nak layan fb mesej or reply mesej lelaki. Kalau penting baru reply.
Sampai la ke petang, bosan2 masa tu tengah xde keje, aku pun teringat mesej fb yg aku abaikan pagi tadi.
So aku pun reply.
Dalam hati aku cakap, mesti mamat ni xkan reply dah mesej aku.
Sebab selalunya mcm tu lah, kalau aku reply mesej lambat mesti dorg reject aku.
Hahahaha. 
But SURPRISINGLY dia reply balik. Tanya another question.
Hmmmmmmmm....
Again, aku biarkan mesej tu xreply.
Then malam sebelum tido, baru aku reply.

Esok pagi bangun tengok dia reply. Eh mamat ni elok pulak dia kan.
Relax je reply mesej aku even aku reply lambat.
But still aku reply mesej dia malam dan begitulah seterusnya.
Tapi dia xpernah xreply mesej aku.
Impress jugak aku waktu tu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Satu hari, aku stress sebab kerja. Very the stress I tell u.
Then aku teringat yg aku belum reply mesej dia.
So aku reply, terus tanya 'Ada kerja kosong x tempat awk?'
Then dia kata ada. Terus aku bagi resume. Nak apply keje.
Pastu dia kata dia kena jumpa aku utk brief pasal kerja tu. Bos dia suruh.

I was like...??
Tak pernah aku apply keje ade briefing dulu sebelum interview.
Memain ke ape mamat ni?
Tapi aku layankan je. Dengan syarat dia kene datang area rumah aku. Sebab aku malas nak drive jauh2 plus malam.

Dia datang. Dari Shah Alam pulak, sampai2 pun kul 9pm.
Aku kul 9 dah ngantuk dah. So dengar la dia brief sambil mata terkedip2 tahan ngantuk.
Ntah ape dia cakap aku xpaham sangat tapi aku take note je lah mana tau esok aku baca aku paham ke kan.

Then the next week aku pun pergi interview. Hari interview tu dia duk call2 aku suh baca selawat, siap bagi doa untuk aku baca, pastu takut aku sesat. Padahal office dia kat Cyberjaya jugak. Dekat je ngn opis aku (kat Cyber jugak). 

The next day.....
Sambung next entry sebab aku da ngantuk hehehehe.




No comments:

Post a Comment

Pujian