Sunday, July 17, 2011

Blogging dan tujuan berblogging

Ade macam2 sebab kenapa orang suka tulis blog.
Some of them are for business, personal, suka-suka, virtual diary maybe? and lots more reasons.
But it is up to you nak tulis pasal ape, sebab your blog, your blog content, your own risk la.
Hehehe.


Aku?
Oh, aku tulis blog ni asalnye saje nak try2. Terpengaruh ngan beberapa member aku yang ade blog.
Tengok macam style je ade blog ni, so aku pun create la satu.
Aisey, nampak naa cepat terpengaruh.
Lepas da buat blog, tak tau nak tulis ape.
So itulah punca kenapa aku banyak merepek kat sini. Hehe..


Then lama-lama, blog ni jadi medium untuk aku melahirkan perasaan secara tulisan.
Cara aku tulis pun berbeza ikut keadaan aku time tu.
Kalau tengah happy, entry tu mesti ayat sopan-sopan je. Haha.
Kalau tengah marah, emm maybe banyak carutan dan makian kot. Tak pun kasar je bahasa tu.
Adoi. My bad. Hu3.
Kalau tengah sedih, entry tu macam aku ni tengah tulis wasiat sebelum bunuh diri la pulak.
Hahaha tak de la.
Tapi janji aku tak hipokrit. ;)


So sekarang ni aku rase macam seronok pulak tulis blog.
Bleh update pasal life sendiri untuk kawan-kawan aku baca.
So nanti dorang tau la ape keadaan aku sekarang. Ecehh..hahaha.
Then aku pun boleh tau update kawan-kawan aku.
Kot la da kawin ke, beli kete baru ke, da dapat anak ke, da keje ke.
So aku takkan miss hal-hal macam tu.
And aku takkan miss mintak dorang open table lepas gaji nanti. Muahahaha~


Aku suke jugak bace blog orang.
Blog kawan-kawan aku of kos aku akan bace.
Pastu aku suka bace blog yang kelakar, pelik, and cara menulis dia unik.
And and and tak hipokrit yang penting.
Sebab aku sangat tak suka orang hipokrit.


Chill ^_^~

Harry Potter 7 :owhsome!

Yaa semalam tengok Harry Potter 7. Actually nak tengok Transformer, tapi sold out.
Dah 3 mggu pun sold out lagi. Rakyat Malaysia ni suka autobot kot. Hehe.
But but but memang sangat tak rugi tengok Harry Potter, sebab die best!


Part Ron ngan Hermione fall in love.alahai sweetnyee..haha

3 of them, in danger as usual


Sekolah dorang dah almost musnah sebab kene serang ngan Voldermort huduh n the geng

Aku puas hati la dengan ending dia. Nak bunuh Voldermort tu pun susah. Dorang kene cari 3 horcrux milik Voldermort yang kene dimusnahkan sebelum dorang dapat musnahkan Voldermort.
And 1 of the horcrux tu adalah Harry Potter tu sendiri. So die kene mati untuk bunuh Voldermort.
Tapi yeay die xmati. Sebab ape? Pegi wayang tengok sendiri.

Chill ^_^~


Wednesday, July 13, 2011

rase nak memaki tapi baik diam je

Kalau tak buat aku tension tak boleh ke?
Aku nak hepi sikit kau dah gelabah.
Aku sedih kau suka pulak kan?
Ape yang kau tak puas hati sangat dengan aku ni?
Aku tak de pape la wei..
Aku ni orang biase2 je, tak de sape nak pun..
Tapi aku ade maruah diri, aku ade family, aku ade inisiatif nak jadikan hidup aku ni bermakna.
Kau ade?


Kau lagi sorang.
Dulu cakap lain, sekarang cakap lain.

Ape punye orang?


Dah la aku nak tido.
Banyak dosa aku hari ni asyik marah2 je.
Ya Allah ampunkan aku..
Semoga esok aku bangun pagi aku hanya ingatkan yang baik2 je...

Monday, July 11, 2011

spending whole day to think about..

u removed me from facebook?
why????????????

Saturday, July 9, 2011

budak-budak nakal ini


Adik-adik baru aku yang nakal. Umur baru sebulan lebih tapi nakal nak mampus.
Kalau dapat masuk rumah seronok betul dorang. Siap main kejar2. Pastu nyorok bawah kerusi taknak kitorang amik letak dalam sangkar.
Aku bukan ape, previous anak kucing aku mati sebab kene langgar kete.
That's why aku suka letak dorang dalam sangkar sampai aku rase dorang da cukup besar boleh jage diri.
Baru2 ni kucing aku 2 ekor patah kaki. Suke sangat duduk bawah kereta watpe. Aishh..
Ni dah dewasa da ni.
Yang sekor tu da baik, lagi sekor tu tak sempat bawak gi klinik, die dah bawak diri dulu.
Tak tau pegi mane dah 3 hari tak balik. Sedih ngan risau :'(


Tuesday, July 5, 2011

karangan bahasa melayu

Pagi tadi aku bangun dengan bersemangat sekali kerana ingin sampai awal ke pejabat.
Selepas insiden semalam, aku berazam untuk keluar rumah lebih awal dari waktu biasa.


Tepat 7.10 pagi aku bergegas keluar dari rumah. 
Hatiku semakin gembira kerana jalan tidak lagi sesesak semalam.
Sewaktu berhenti di lampu isyarat, tiba-tiba aku ternampak gumpalan besar asap putih pekat yang aku tak pasti dari mana datangnya.
Aku memandang kiri dan kanan kerana menyangka mungkin ia datang dari kereta lain?
Tapi semua pemandu sedang memandang ke arahku.
Aku berasa hairan, tetapi aku buat tidak tahu sahaja.
Lampu isyarat bertukar hijau.


Sedang khusyuk memandu, tiba-tiba enjin keretaku mati.
Aku kaget. Aku cuba hidupkan enjin kmbali. Berjaya.
Aku memandu seperti biasa tetapi dengan kelajuan 20km/j sahaja kerana masih terperanjat.
Tiba-tiba aku melihat meter suhu naik mendadak lagi sedikit mahu mencapai tahap maksimum.
Aku semakin risau, tetapi aku masih memandu. Kali ini berkelajuan 15km/j.
Segera aku menelefon ayah. Ayah menyuruhku berhenti di tepi jalan.
Mulanya aku berkeras tidak mahu, tetapi aku berhenti juga akhirnya kerana keretaku mula berasap dan berbau hangit.


20minit kemuadian ayah sampai. Disebabkan aku telah lewat ke pejabat maka ayah menyuruh aku memandu keretanya ke pejabat.
Keretaku ayah hantar ke bengkel.
Dan aku sampai ke pejabat pada pukul 8.50 pagi, sama seperti semalam.


Sekian.


Saje nak letak pic ni. Diambil semasa menunggu ayah selamatkan aku

Monday, July 4, 2011

taksuke taksuke thing

Hari ni sampai ofis lewat gila.
Jem dekat Alam Damai je dah setengah jam.
Pelik betul selalu jalan tu jem tak sampai 10 minit.
Lepas sampai kat depan nak masuk highway pegi Puchong tengok2 jalan kosong je.
Memang shit la..


Pastu sambung jem dekat highway tol 2.20 (xtau name ape).
Sudahnya sampai ofis 8.50am.
Aku tak tau nak buat muka macam mana.
Nak senyum? Macam mintak penampar je.

Nak muka sedih? Over la pulak kan.
Nak muka risau? Tak terfikir pulak tadi.
Last2 buat muka selamba. Huhu.
On la pc macam biasa, then pergi toilet jap.
Sekali...


Ade orang skype. Ingatkan bonbon.
Tengok-tengok HR!


She: Kalau boleh lain kali jagan lambat lagi ek.. :)


Haih. Tetiba rasa cam nak balik rumah. Kecewa dengan diri sendiri.
Dan bengang dengan jem tadi grrr ^%##*&^!!


Sekarang takde mood nak senyum. Kerja pun dah siap sekarang tak tau nak buat apa, 
lagi la takde mood.
Orang lain aku tengok macam busy je. Stress pulak rase aku sorang2 duduk rilek.
Ape nak buat ni :'(