Saturday, November 19, 2011

renungan bersama: kegagalan dalam cinta

Sorang kawan aku bercinta bersungguh-sungguh. Sayang menggila-gila.
Sekali kekasihnya pergi pada ex-boyfriend dia balik.
Kawan aku frust menonggeng-nonggeng.


Sorang lagi kawan aku bercinta bersungguh-sungguh jugak.
Sayang menggila-gila jugak. Siap dah berjanji sehidup-semati.
Dah planning nak tunang nikah bagai.
Tapi tinggal planning. Sebab kekasihnya jumpa lelaki lain.
And kekasihnya bertunang dengan lelaki tu.
Aku tumpang simpati. Kalau aku pun aku sedih gila.


Sekarang aku sangat takut dengan cerita2 sebegini.
Kesimpulannya, tuhan dah takdirkan jodoh kita.
Kita cuma perlu berusaha mencari jodoh kita dengan memperbaiki diri dan amalan kita.
Insyaallah tuhan akan pertemukan dengan orang yang layak untuk kita.
Takdir tuhan, jodoh adalah rahsia tuhan.
Jika ditakdirkan kita menghadapi situasi macam ni, janganlah kecewa, janganlah putus asa.
Percayalah, ada sebabnya tuhan tak mengizinkan kita bersama dengan orang tu.
Sebab setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi.
Mungkin kita akan dapat yang lebih baik dan yang lebih layak untuk kita?
Mungkin kita akan dapat orang yang lebih menghargai kita?
Wallahualam~

review: Aku Bukan Tomboy

Hahaha citer ni cool gile.
Komedi ringan i guess. Citernye simple je, tapi lawak die tu memang tak bleh blah.
Aku gelak dari awal citer sampai abes.
Makin bagus jugak si Syamsul ni buat filem ek. Good job bebeh! ;p

A simple story, pasal sorang pempuan ni, Farisha (Scha) perwatakan die macam laki,
tapi die bukan pengkid, or lesbian or what so ever. 
Just die kasar, bawak motor besar, rambut pendek n dress up tak feminin.
Semua orang salah anggap kat die, even pengkid bergaduh berebut nak die.
Die ade sorang kawan baik, Harry (Shaheizy). Harry ni layan die cam laki, but at the same time sebenarnye Harry ni suke Sha. Hehe.
Dalam pade tu jugak, Sha ni die accident dengan Burn (Syamsul). 
Burn ni nerd gile, memang lawak ok tengok die. Hahah.
And dorang ni berkenalan sampai la masing2 jatuh hati.
Tapi mak bapak si Burn ni tak suka, ye la sebab Sha kan tomboy plus family Burn ni orang kaya.

Part tak bestnye sebab ending die bersambung.
Tak tau sape yang Sha pilih.
Maybe akan ade Aku Bukan Tomboy 2?
Ciss. Grrr.

Tetibe aku rase watak Sha tu sikit2 macam aku. 
Kasar, kurang berperasaan, ye dok? Ahaha

sesuatu itu

ada sesuatu yang menyakitkan hati,
yang sudah lama berlaku,
tapi pabila teringat,
rasa sakit itu seperti baru tadi berlaku,
hingga terbawa-bawa dalam tidur malam,
hingga menyapa ketika bangkit tidur,
hingga terngiang-ngiang di telinga,
andai diberi peluang meluahkan kejelikan ini,
akan aku semburkan semua yang ada di fikiran,
biar kau tahu aku juga punya hati.

Saturday, November 12, 2011

Pengisian kebosanan: simple green make-up

Cuti 2 minggu pun bosan jugak. Hari2 rehat je, buat je keje rumah tapi still bosan jugak.
So..jom conteng muka muahaha.


Mangsa: Adik aku.


Tadaa!




1. Green+gold eyeshadow
2. Very light orange blusher
3. Orange lipstick with bronze lipgloss

More will be coming up next. Hehehe ;p

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Hari ni 11.11.11


Aku bangun,
makan,
pegi gunting rambut,
balik rumah makan lagi,
tido,
bangun,
on9.


Malam nanti,
makan,
on9 lagi,
tido.


Sekian aktiviti 11.11.11.
Hahaha :D

Tuesday, November 8, 2011

Your girlfriend?

A guy ask me, do u want to be my girlfriend?

Hahaha.
Awal2 lagi dah sounds poyo. Bukan ke patutnye kau tanya "Could you be my girlfriend?"
Seriously, aku ambik kire jugak bende2 macam tu.
Tapi tak tau la, mungkin die maksudkan lain tapi ape yang ditulis lain.
Hehe
Oh a'aa kan, lagi satu, propose by sms?
Ala derr tak gentleman la camtu. Kita dah besar patutnya propose la face to face. Kann?
Hehehee ;p

Tapi tu bukan sebabnye aku tolak.
Well first skali, kalau kita nak bercinta, kenelah ade perasaan kat orang tu kan? :)
In this case, aku suka die, but as friend la.
And bile fikir 2 3 kali pun aku still xdapat nak bayangkan perasaan 'lebih dari suka' tu kat die.
So taknak la kecewakan sape2.
But still aku appreciate his feelings :)


Die tanya, xnak try dulu ke?
Hmm..try?
Aku sebnanye ade lagi perasaan takut nk bcinta tu.
Ye la sbb my past story kan, so takut tu still mghantui hidup aku.
Mungkin la satu masa nanti hati aku akan terbukak ke, cuma xtau bile.
Aku pun nak kawen weii sape tak nak!
Tapi aku dah besar, kalau boleh aku xnak bercinta tapi ending dengan orang lain.
Kalau boleh biarla aku bercinta dengan orang yg aku betul2 yakin akan jd suami aku.
Insyaallah..tapi no doubt la, kita hanya merancang,
semuanya Allah yang tentukan..


Aku tanya, kite ni tak la rapat sangat then kenapa tibe2 je nak aku jd gf kau?
Die cakap sebab die percayakan aku n he's have a faith on me.
Hahh boleh caye ke?
Hehe sorry la aku bukan jenis perempuan yang percaya pada kata-kata je,
keikhlasan kau tu yang aku nak tengok. n sejauh mana kau boleh terima aku.
Aku ni bukannye baik sangat, perangai aku lagi, degil aku, ego aku, garang aku, childish aku..
Sume2 tu kau yakin kau boleh terima? Aku just tak nak the same thing happen to me..
It's hurt you know. Hu3.
Aku ni nampak je macam tak kisah, macam tak ambik tahu, macam tak de perasaan.
You're wrong. You just don't know what I am thinking.
Aku pernah dengar, "if you can't handle me at my worst, you sure don't deserve me at my best".
Aku rasa tu sangat sangat betul benar batil lah. Hehe :)



Wednesday, November 2, 2011

tak payah nak berlagak sangat la ade motor besar

Fikiran aku tak tenang 2-3 hari ni.
Memang ada bende yang aku tgh fikir sekarang,
tapi masalahnye bende tu tak confirm.
N ia melibatkan masa depan aku.
Haiiii...


Ha, ade bende nak cerita.
Pagi2 lagi mood aku dah spoil.
Pagi tadi kan jalan jem, so macam biase la aku ikut je bontot kereta depan.
Sebabnye aku tak nampak line putih kat jalan tu.
Ikut punye ikut, skali kereta tu masuk kanan.
Tinggal la aku kat tengah2. Kiri kanan ada kereta. Rapat, tak boleh nak menyelit. Depan tak muat.
So aku stuck kat situ.
Tak pe lah, aku tunggu la kasi kereta lain gerak dulu baru aku boleh menyelit kan.
Tetiba ade lah moto besar yang racing tu dok hon2 kat blakang aku.
Aku buat dek je la.
Aku tak boleh nak jalan pun yang kau kecoh hon2 apesal.
Sekali die press2 minyak.
Sial betul la. Kau tak nampak ke depan tu sempit. Bodoh, bodoh, bodoh.
Aku buat dek lagi. Pastu datang lak moto2 lain, hon2 lagi.
Eee memang aku geram gila.
Dah nampak stuck kat situ yang kau lalu jugak apehal????
Buta ke???Celake betul la dorang nih.
Aku gerak la ke depan slow2. Try ok nak bagi laluan kat dorang.
Tu pun still nak press2 minyak segala. Cibai. 
Kau ingat motor kau besar kau hebat la nak orang bagi laluan kat kau je??
Sekali aku terlanggar side mirror kereta sebelah. Terpeot sikit la.
Orang tu pandang, macam nak makan.
Tapi aku tak angkat tangan say sorry or whatever.
Aku buat tak nampak je. Sebab aku tengah marah sangat time tu.
Pastu bila dah dapat gerak, boleh tak motor sakai tu marah2 aku kat tepi tingkap.
Aku hon sekuat2 hati lame2.
Nak ikutkan aku nak kejar je motor tu tapi tak lepas aa sebab jem.
Sekarang pun still tak hilang lagi rase marah tu. Damn betul la.
Aku doa nanti bagi kau rase pulak ape yg aku rase. Huhh!!


Kereta yang aku langgar side mirror tadi die potong depan aku, then die stop.
Die keluar kereta check side mirror die ade calar ke tak.
Ek elee..aku pernah la kene langgar side mirror sampai terbalik.
Tak calar pun sebab depan tu ade getah. Aku yang langgar, suppose to be aku yang calar, bukan kau.
Pastu die pandang aku slect gile before masuk kereta.
Aku wat muke selambe je. Sakit gile hati aku.
Yup aku tau aku patutnye mintak maaf kat die.
Tapi ntah la, aku marah sangat sampai tak boleh nak berfikir.


Yang bawak moto pun, agak2 la. Kalau kene langgar kau buat report yang bawak kereta yang salah. Even kadang2 tak salah, tapi sebab kau motor maka kesalahan tu jadi kesalahan kereta. Jangan la sebab kau kecik sikit kau nak menyelit2 macam jalan tu bapak kau yang punye.
Ingat sikit la, kang tak pasal2 nyawa kau hilang.
Huhh!!!!





keluar dari keselesaan

Assalamualaikum.


Now I'm officially resigned from Sun Pharma.
A bit sad, and now i'm missing them.
Tapi tu lah, aku rasa aku tak dapat belajar banyak kat sana, 
and somestimes aku rasa terlalu selesa.
Terlalu selesa kadang2 boleh jadi menakutkan jugak.Hehe.


Ok lah, semalam aku dah start masuk company baru.
As a programmer n designer at Statworks Analytical.
1st task aku kene buat design. Pastu dah tak de ape nak buat, melepak je.
Hehe.


Orang2 kat sini sume ok la, dorang ajak aku g makan same2,
borak2 sikit2 n aku pun tak la rase kekok sangat.
Tapi satu je benda aku tak tahan.
Jem yang maha dahsyat.
Pagi aku gerak 7.30 sampai 10 minit pukul 9.
Then balik pun sama, lagi teruk jem dia.
Aku sampai umah pukul 8 lebih.
Hari2 camni memang masak la akuuuu..


Tu la aku yang nak sangat tukar kerja.
So ini la maksud aku keluar dari keselesaan.
Dah sekarang ni aku cuma selesa kat ofis je.
Hohoho ^o^