TTC - Try To Conceive.
Betul ke? Aku agak je hehehe sebab dok blogwalking tengok orang tulis TTC TTC.
So aku agak maybe betul la kot Try To Conceive.
Aku baru 1 year kawen tapi belum ada rezeki zuriat lagi.
Balik kampung je ade la mulut-mulut tanye dah ade ke? Ade pakcik aku sorang ni terus tanya bila due?
Last year raya aku cam berisi skit & salah pilih cutting baju so nampak macam tembam & muncit.
Boleh tak depa ingat ai pregnant???
Ya Allah sabo je la.
Terus bad mood aku sehari tu hahaha.
Ade jugak orang cakap 1 year tu awal lagi, bagi aku pun yup awal lagi tapi aku ni kan curiosity tinggi hehehe, so aku tak boleh tahan rasa nak tau kenapa aku belum pregnant lagi.
Adakah ade penyakit ke?
Masalah dalaman ke?
Stress sangat ke?
Ada masalah kesuburan ke?
Hehe tu la yang bermain-main kat kepala otak ni.
Tapi bila discuss ngn laki aku, die pulak cakap kita cuba je lagi, lepas setahun kalau tak ada baru check.
Ok makanya genap setahun kitorang pun pegi la check.
Aku suruh die check sekali sebab zaman sekarang ni lelaki ke perempuan ke possibility ade masalah.
Kebetulan lepas kitorang decide nak check, aku terbukak Groupon.
Pastu ade pulak offer untuk buat Sperm test/
Bingo!
Hahahah rasa macam eh tepat kene kat aku. So aku paksa la laki aku beli hihihi.
Nasib baik la dapat laki penyabar yg boleh bawak berbincang :p
Pastu keputusan keluar...
Ok ada sedikit kekurangan kat situ.
Masa tau tu macam terkejut sikit la sebab first time tau.
Ingatkan senang nak pregnant tapi ikut rezeki jugak sebenarnya hehehe.
Tak pe la..maybe dugaan utk kitorang.
Yang penting usaha!
So next step , kitorang gigih google ape yg boleh buat or makan untuk pulihkan kekurangan tu.
Antara yang di suggestkan - Pati Delima.
Pastu kene jaga jugak pemakanan, kolestrol semua.
Nak dijadikan cerita, kitorang pun gi la cari pati delima tapi tak jumpa2 sebab memang 1st time dengar ada pati delima.
Google pun eh apsal kene beli borong la ape la, pastu malas nak pi cari sebab tak tau kedai mana ada.
Last2 hari yang sama gak, laki aku pi la tanya kat budak opis dia pasal pati delima.
Tup2 ada sorang tu jual. Ada stok pulak tu kan. Hahahah aku suruh die ambik 2 botol terus!
So kitorang laki bini pun makan la benda tu.
Sedap weihhh! Sepatutnya sehari 3 sudu je tapi aku bantai ikut sukati.
Kekadang pagi dah makan 3 sudu, sekali petang rasa nak makan lagi so bantai la lagi 2 3 sudu heehe.
Aku pulak teruskan ambik Shaklee supplement, ESP, Vitamin C, GLA, B Complex semua aku telan.
Untuk lelaki actually the best ambik COQ Health & Zinc.
Aku paksa gak laki aku ambik Zinc, tapi sayang COQ out of stock so tak dapat nak ambik huhuu sedey :(
Bulan tu kitorang cuba lagi tapi still belum rezeki.
Tak pe la, next month cuba lagi :)
Monday, March 30, 2015
Wednesday, March 11, 2015
Travelstory - Fun trip to Korea Day 6
Day 6
Kitorang dah agak broke jgk la time ni , terpaksa cancel plan nak pergi Everland & Lotte World.
How sad :(
Tak pe 2nd time pergi aku akan make sure sampai jugak kat 2 2 tempat ni.
So just jalan-jalan kat Insadong street.
Kat sini banyak jual souvenirs yang antik, macam kipas Korea tu, berus pun ada, pasu and so on.
Banyak jugak barang best kat sini. Ada terjumpa couple ring yang sangat cantik & unik bentuk dia, ala-ala pandora but kalau convert duit Malaysia cecah ratus jugak la.
Yang bestnya corak tu ada sepasang je & hand mate. Gilo lah.
Kitorang dah agak broke jgk la time ni , terpaksa cancel plan nak pergi Everland & Lotte World.
How sad :(
Tak pe 2nd time pergi aku akan make sure sampai jugak kat 2 2 tempat ni.
So just jalan-jalan kat Insadong street.
Kat sini banyak jual souvenirs yang antik, macam kipas Korea tu, berus pun ada, pasu and so on.
Banyak jugak barang best kat sini. Ada terjumpa couple ring yang sangat cantik & unik bentuk dia, ala-ala pandora but kalau convert duit Malaysia cecah ratus jugak la.
Yang bestnya corak tu ada sepasang je & hand mate. Gilo lah.
Weekend kat sini memang ramai orang
Then kat sini banyak tukang tilik tau. Tapi malam baru bukak, siang tutup kedai.
Teringin nak pergi saje saje tapi pk balik nanti kang
bukannye paham pun die cakap ape so takpayah gatai
And kat sini macam street Art jugak, banyak student yang promote band dorang, album dorang.
Wow.
And kat situ siap ada pentas untuk students buat persembahan.
Kat Korea ni mostly main course dia related to Arts.
Performing arts, belajar shooting, belajar buat skrip. Sebab tu drama Korea hebak-hebak blako hehehe.
Kawan Stea yang Khuzaimah pun ambik course yang ala-ala tu.
And we found this!
Aiskrim kon berlingkar! Aku pernah nampak aiskrim camni jual kat Malaysia tapi tak ingat kat mane.
Masa ni aku nakkkk sangat beli tapi Stea kata boleh ke makan tu? Hahaha aku ni kan kalau bab makan memang laju jekk sume nak nasib baik la Stea selalu sedarkan aku . So disebabkan was-was & xdapat wifi nak tanya Khuzaimah, so xjadi la makan. Tengok saja.
So the rest of the day memang jalan, makan dan jalan lagi.
Sampai la hari ke 8 kitorang duk jalan je tempat2 yang kitorang rasa best macam Myeondong, Namdaemun, tak pun lepak kat Cheonggyecheon Stream.
Nanti aku share kan tips Korea setakat dari pengalaman aku.
Ok adios!
Subscribe to:
Posts (Atom)