Wednesday, April 27, 2011

cerita yang buat aku menggigil & nak muntah

Tadi, aku g tengok wayang citer Penunggu Istana.
Semangat gila nak tengok sebab member2 lain da tengok, n dorang sibuk post kat fb yang citer tu best, mantap, bla bla bla..
Then aku bukak blog ade gak orang yang review pasal citer ni. Lagi berkobar-kobar aku nak tengok.
So tadi, g ngan teksi pun aku sanggup, siap redah hujan lagi. Kahkah!

Pas abes tengok, aku kua wayang menggigil sejuk satu badan. Bukan sebab sejuk aircond, tapi sebab takut. N rase nak muntah jugak, maybe sebab ade darah so aku jadi mabuk. Tapi efek die sampai skarang, even aku da mandi. Tangan still menggeletar, badan sejuk n rase nak muntah tak hilang lagi.

Aku kalau tgok muvie mmg feeling lbih sket, so xmustahillah aku rse camni. Korang aku xtau la kan. Cter tu is a real story about a group of students yang nak buat research pasal paranormal activity kat satu istana lama kat Perak. Istana Billah x silap. Then dorang mintak tolong Uncle Seekers ajar dorang care2 nak buat bende alah tu la. Then after 1 sign, dorang still xpuas hati so dorang decide nak stay sane lagi untuk dapatkan lebih byk sign from the entity, but this time with no Uncle Seeker around. So dorang pun buatla macam2 kaedah. And kaedah yang buat entity tu marah is bile dorang letak pad yang ade bekas darah, one of them yang punye.
Bila entity tu da marah, that is how all the frightening scene started. Korang g la tengok sendiri k? Ngeri gak la part2 last tu.

Ni citer betul, filem pun dari filem yang asal, bukan lakonan. Memang 2 orang yang mati dalam citer tu betul2 dah mati time recording tu. Tadi pun ade gak orang2 yang tak tahan tengok citer tu, dorang kuar sebelum citer tu abes. Nak ikutkan takut aku, aku pun nak kuar gak tapi aku nak tau ending die, so aku stay. So...nanti korang try la tengok ye.. Selawat banyak2. Hehehe ;p

Monday, April 25, 2011

Pfhtttt!

Alhamdulillah, kes salah faham da settle. (Stea da settle!hehe)
Skarang hati aku sikit tenang.
Tenang sebab orang tu dah tak salah faham dengan aku lagi, n everything is clear now.
Untuk orang lagi satu, memang aku sengaja tuju kat kau.
Kau dah terasa tu memang satu kegembiraan untuk aku.
Sebab kau merendahkan martabat orang lain, and meninggikan martabat kau sendiri walaupun ape yang kau buat tu salah.
Jangan ingat diri kau tu hebat sangat sampai suke hati kau je nak mainkan orang.
Kau belum kena, so kau tak tau kan ape rasenye?
Nanti ble sampai mase kau kena, kau taulah.
Mase tu kalau kau cari aku, memang aku gelakkan kau je la.

Nampak macam aku jahat kan?
Tapi aku just nak cakap, before korang judge orang, or sebelum nak meletakkan sesuatu kesalahan pada orang tu, sila fikir 2-3 kali and selidik dulu kenapa orang tu buat camtu.
Jangan main suke2 cakap je.
Ok? Pesanan khidmat masyarakat.


Saturday, April 23, 2011

huaa tolonglah faham kamu..

Aduss...sungguh masalah.

Aku tuju status tu utk org lain, skali...ade plak org lain yg terasa.
Padahal statement tu xde kene mngena dengan dia pun. Tp aku xtau cmne die bleh terasa.
Huhu..
Skarang aku xtau camne nak buat dah.
Blurr.
Yang aku tujukan kat die tu, biarlah, sebab memang nak tuju kat die pun.
Peduli la ape die nak cakap pasal aku, nak benci aku pun aku xkisah. Kau ingat aku ni xbenci kau la kan? Nasib baik kau terasa, sampai gak mesej aku.

Ni masalah kat yang lagi sorang ni. Mula aku xtau, tapi aku pelik tengok status die tetiba cam emo n marah. Aku ingat die marah kat orang lain, tapi bila dah fahamkan balik, aku rase memang die tu terasa yang die lah orang yang aku perli tu.
Huhu camne nak jelaskan kat kamu nih..?Pening kepala :(

Friday, April 22, 2011

a conversation

Semalam balik rumah. Sembang2 ngn mak aku.
Sekali mak aku tanye:

Ibu: Kak, *** camne?
Aku: Xtau la nak ckp, dah xkwn ngn die dah pun. Perangai susah nak faham, xserius.
Ibu: Hmm..baik xpyh camtu. Yang **** camne?
Aku: Ha itu lg xpayah, dah ade gf baru dah pun. Senyap je skarang..
Ibu: Ye ke? Camtu pulak.
Aku: Camtu la. Lelaki..same je sume.

Kan? Stakat ni sume lelaki yang aku jumpe sume camtu. Cam ^%$%#.
Huh. Bosan.

Sunday, April 17, 2011

now i know

Patutla semenjak dua ni aku asek lapar je, asek teringin nak makan macam2 je..

Patutla akhir2 ni aku emosi semacam. Sume orang aku nak marah. Sume orang aku tak puas hati. Sume orang aku tak suka.. Sume orang aku nak menyampah.

Patutla akkhir2 ni aku asik sakit perut je. Makan ni salah, makan tu salah. Tak makan lagi salah.

Rupe-rupenye.... =.=

today


Hari ni aku telah membuat satu perkara emosi.
I am truly sorry :(
Ada sebab kenapa aku buat camtu, tapi maybe bagi kau aku memang tak patut buat camtu.
Tapi aku tak leh nak buat ape2 sebab aku dah terbuat macam tu.

Hari ni aku juga telah drive dengan emosi tapi masih berhati-hati.
Fobia dengan insiden lama still xhilang lagi.
And mungkin lagi bagus kalau tak hilang so aku boleh drive dengan lebih aware.

Hari ni aku rase marah.
Kalau aku tak salah, jangan nak lepas2 geram depan aku.
Aku tak suka.
Kalau aku salah, bagitau aku baik2 aku akan mintak maaf n aku akan explain kenapa aku buat camtu.
Aku bukannya kejam sangat.

Hari ni aku rasa tertekan.
Projek aku belum siap padahal esok nak present dah.
WTF.

Friday, April 15, 2011

Bagaikan Sakti ;)

Here's the link: http://www.youtube.com/watch?v=eb8L0j4IaBU
Do listen to this song.
Lirik dia penuh makna tersirat. ;)

Cinta datang
Tanpa diundang
Seumur masa tercipta
Dia datang bagai sakti
Bagai menyaksi mekar
Kembang pagi

Cinta datang
Dengan senyuman
Panasnya membakar mentari
Wajah yang tergambar
Tak akan terpudar
Dari hati insan yang fana ini

Tak mungkin mentari
Akan terus sembunyi
Tiada sempadan
Tak bisa ku lewati

Jika ini hakikatnya
Aku serahan jiwa dan ragaku
Menantimu walau sengsara
Jika ini ketentuannya

Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa dan raga
Jika ini ketentuannya
Kau kan jadi milikku jua

Today's quote: Masakan pokok tak bergoyang kalau tiada angin. Kalau kau angin, kau angin sorang2 ye...haha :p

Thursday, April 14, 2011

2 in 1

Assalamualaikum..hyeee!

Aku baru je balik dari fakulti, jumpa supervisor aku jap tadi.
Pulun ni semalam buat fyp sampai pukul 5 pagi nak siapkan database punye pasal.
Gila ngantuk kot. Pagi tadi bangun bawah mata aku ada highlight warne hitam.
So sekarang progress is 80%. Hmm..lg 20% tu part paling payah nak buat-intergrating the system with device. Ade sape2 tau? Really need help here :$

Encik Jamal tadi pun mase aku explain projek ni kat dia, nampak dia macam still blur2 gitu.
Risau plak aku. Aku datang dengan harapan dia bleh faham projek aku n backup aku time viva nanti. Hehehe..
So tadi dia tanya aku macam2. Dari la input, output then ke coding pic.
Coding? Ahaha part ni memang aku susah sket nak explain. Tadi pun gagap2 sebab aku tak study sangat coding tu. Just tau gitu je. Then aku pun bantai je la.
Lagi2 dia cakap dia xtau langsung pasal coding pic. Nasib baik, kalau tak menggelupur aku nak jawab.Huhu..

Tak pe nanti nak viva aku study balik coding tu. Kalau coding interface ngan database aku tau la sebab aku belajar. Ni coding pic, budak letrik je blajar beb. Aku bab jahanamkan litar boleh la. Ahahaa.. Tapi siyes aku rase risau yang amat sangat sekarang.

Macam mana kalau..

...examiner mempertikaikan projek aku? sebab konsep dia agak simple la sebenarnya, just bab coding tu yang payah sket.

...examiner tanya banyak soalan sampai aku xleh jawab? aku ni cepat glabah. bile glabah mula la aku blur, lupe sume ape yg aku nak explain :(

...examiner mempertikaikan coding2 yang aku buat sebab tadi aku cakap aku amek coding kat internet.tapi actually bukan sume, just coding asas pic tu ye la sebab memang tak tau kan.

...examiner tak puas hati dengan interface and output yang system aku generate?

Urghhh banyaknye kerisauan aku sekarang ni. Ya Allah...selamatkan aku :'(

Ok tinggalkan kerisauan untuk beberapa minit.
Tadi kann masa aku tengah tunggu bas nak balik umah, ade la 2 orang jejaka tunggu kat situ skali. Sorang tu kacak, tinggi, muka mix mat salleh, hehehe tapi slack sket sebab..dia ada taik lalat kat atas bibir, ala macam Halim Osman tu. So muka dia jadi macam kacak+manis=?? lupikirlasendiri.

Then aku tengok la jugak dia. Tapi tengok gitu je, muka pun muka selamba aku je la. Then dia pun tengok2 aku gak. Yes! :p Ade la beberapa kali gak tapi macam biase la, aku wat dek je padahal rase nak sengih lebar2. Mane aku nak layan kalau orang tu tak tegur aku. Hahaa.
Sekali ada satu kete putih ni berenti depan aku. Rupenye tu kawan dorang, so dorang pun masuk la dalam kete tu. Sekali aku terpandang jejaka tu, dia tengah babai kat aku sambil senyum. Aww kacaknyeee...hahaha tapi aku sempat senyum je. Baru ingat nak babai sekali. Kahkakah! :D

Dah, abis citer hepi, sambung balik kerisauan. Uhhuuu.... :|




Tuesday, April 12, 2011

Tips menghapuskan stress (if critical)

Assalamualaikum..
Sekarang mesti ramai orang tengah stress kan, dengan fyp lagi, final exam lagi.
Ngan aku ni masalah tetiba datang bertimpa2 pulak.
Lagi rase serabut kepala hotak aku. Gile!Hahaha

So nak share some tips untuk hilangkan stress:

1. Pakai perfume yang korang paling suka dalam kuantiti yang banyak sikit dari biasa.
Contohnya kalau selalu korang spray kat tudung ngan nadi tangan je, then spray la kat leher
sket, badan sket..kat mane2 yang possible lah

2. Tukar style rambut
Pergi salun, mintak hairstylist gunting ikut style yang lain dari style sekarang.

3. Pergi shopping. Beli something new untuk diri sendiri, murah2 pun tak pe asalkan benda tu
buat kita rasa happy. Cam aku, kadang2 aku beli tudung 10inggit or inner tudung 5 inggit tu
pun aku da rase happy.

4. Pergi makan tempat yang best2. Kalau banyak duit sket g la cari BR ke, or makan kat tempat
yang makanan dia lain dari yang lain. Cara ni paling berkesan kat aku. Baru je pekena BR
tadi.Hehe..

5. Make up cantik sket. I mean, kalau biasa korang just pakai bedak g kelas, then pakai la
eyeliner or lipstick pulak ke.. Bagi up confident

6. Sentiasa berhubung dengan kawan2. Kalau bleh lepak la bilik dorang, tak pun kacau dorang
kat Facebook. Sumtimes buat benda merepek boleh buat kita lupa masalah.

7. Pegi bercuti, or lepak tempat yang tak ramai orang. Contonya g pantai ke, ikut
member balik kampung makan durian ke. Haa tak pun, dulu aku selalu naik Genting, dekat
je dengan Shah Alam. Tapi tu dulu la masa zaman couple. Bodoo~ Haha

8. Lost connection dengan dunia luar kejap. Be back when you are ok :)

So aku rase tu je kot. Tak tau la ngan korang berkesan ke tak, tapi dah aku yang tulis bende ni, of course la berkesan kat aku kan. Tapi kalau nak try pun tak salah..
Tips ni just a psychology. Maybe some of you guys rase macam.."hek eleh, sume pun kene kuar duit", tak pun cakap "ape kene mengena tah tukar style rambut ngan makeup.gile kot minah ni".
Ehh korang la gile, gile! Haha sume orang ade cara masing2.
Tapi pape pun, jangan lupa tuhan. Benda basic yang korang kena buat kalau stress melampau, istighfar banyak2 and rajin2 baca Quran. InsyaAllah.. :)

Quote of the day: Jagalah hati sesama manusia

Monday, April 11, 2011

My Quotes

Kalau taknak ambik risiko dikemudian hari, jangan mulakan.

Jangan berjanji kalau rase2 tak nak tunaikan

Kalau tak nak buat, jangan banyak cakap

Tak perlu kecoh sangat, lama2 naik menyampah

Knowledge is money

You don't know me well so don't ever judge me at will

Never blame others if you don't know the truly truth

Wednesday, April 6, 2011

Mimpi

Malam tadi aku mimpi sesuatu yang pelik.
Tapi agak best utk beberapa ketika. Heheheee

Dalam mimpi tu aku baru je pas kawen dgn sorang jejaka ni.
Jejaka tu siyes xtau sape, muke pun tak ingat, tapi die sangat romantik dan kaya.
Wahahahaha I like. Kehkehkeh :p

Yang peliknye, malam tu jugak die ajak aku g sungai. Ade die sebut sungai ape tapi aku tak ingat.
Then aku cakap la, "Nape nak pegi sungai malam2 ni? Saye pnh pegi sungai malam2, bahaya tau, takut pulak tu". (Ntah mase bile la pulak aku pegi sungai malam2 kan)
Pastu die jawab," Ohh ye ke.. k kalau camtu kte pegi sungai XXX pulak (tak ingat sungai ape die sebut)
Perasan tak, aku da cakap tak nak pegi sungai tapi die still ajak pegi sungai jugak walaupun tempat berbeza.
Aku rase hairan. Hairan sangat.
Tapi aku setuju pulak. Lagi hairan.

Then tetiba mak mertua masuk. (Hebat betul mimpi siap ada mak mertua). Die mintak tolong aku alihkan kereta masuk parking. So aku pun pegi la. And to be surprise, kereta yang aku nak alihkan tu adalah kereta orang yang sangat aku kenal. Tapi suami aku tu bukan laki yang tuan punye kereta tu. Hmm..

Pastu aku alihkan. Sekali tak lepas. Then mak mertua suruh aku alihkan basikal pulak sebab halang parking. Aku pun pegi lah. Pastu poff! Aku bangun tdo. Hahaaa...

Pelik kan? Tapi sampai sekarang aku still terfikir, kenapa 'suami' aku tu beria sangat ajak aku g sungai malam2. Adakah maknenye time aku tgah tdo tu aku nak ter buang air kecik? Hehehe

atas nama cinta

Malas nak upload video. Just view dari sini..
http://www.youtube.com/watch?v=6ebANGzShLI&feature=related

Rossa - Atas Nama Cinta Lyrics

Aku wanita yang punya cinta di hati
Dan dirimu dan dirinya dalam hidupku
Mengapa terlambat cintamu telah termiliki
Sedang diriku dengan dia tak begitu cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta

Reff:
Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau
Atas nama cinta
Kurelakan jalanku merana
Asal engkau akhirnya denganku
Kubersumpah atas nama cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta


Mood: Sedih yang teramat-amat sangat.. Please let me out of here. Just tell me the truth..

Friday, April 1, 2011

I just wish I could

I wish I could explain to you
Why I'm doing this
Why I'm doing that
Why I behave like this
Why I behave like that
Why I feel awkward
Why I feel happy
Why I feel sad
Why I am so uneasy..

It is just because.. you just don't understand me and you don't know what I want.
And I don't understand you and I don't know what you want.

I wish I could say I'm sorry, but it's too late.
I know
I wish you a great happiness with your new life and new person besides you
Take care my friend