Tuesday, May 31, 2011

kesengalan dalam kepanasan - shahir af8 :p


Lab kitorang dah tak de aircond 3 hari. Panas gile bab1! Belajar pun payah nak masuk. Tak selesa kot. Siap buat kipas origami lagi. Aku la tu. Hahaha.

Sebab tak nak kasi mengantuk so kitorang pun buat la camni -->






Semua orang pun dah bengong. Hahaha :D

its not i don't know what u want but it's mine

Abes bulan ni, genap la 5 bulan aku dah break ngan my ex-lover and bermakna dah 5 bulan aku menjalani hidup sebagai insan single paling anggun. Heh.

Macam2 perasaan yang aku rase sepanjang tempoh ni. Macam2 gak aku buat untuk bertahan nak hadapi semua ni hari demi hari. Orang maybe nampak aku cam rilek je kan, tapi hakikatnya aku pun macam orang lain jugak. Banyak jugak la yang bagi kesan kat diri aku ni. And banyak jugak diri aku yang berubah.

Kenang2 balik, itu first time aku kene dump ngan lelaki. Ye la before ni aku yang dump orang kan. Sekali tuhan tu nak tunjuk, kene kat diri aku sendiri. Well, aku dapat banyak pengajaran dari situ.

Masa awal2 break dulu, hati aku masih boleh terima lelaki lain. Lagipun bila ade lelaki tu, sikit2 aku boleh lupakan ex aku tu. Tapi kisah aku ngan lelaki tu xsempat nak panjang. Dia yang bukak hati aku, and die jugak la yang tutup hati aku. Well done, anda dapat 1st prize. Haha. Time tu aku rase macam luka yang sedia ada baru nak sembuh tapi tiba2 tercucuk lagi dalam. Ha kau dah kuar dah bahasa bunga2. Siyes, sakit sangat. Tapi aku bersyukur sebab aku masih ada kawan2 yang support aku, yang sudi dengar aku bercerita, walaupun kadang2 setiap hari aku akan cakap pasal benda yang sama. Aku tau korang fedup. Sorry! ;p Tak pun aku menangis, tapi tu tak selalu la. Once in a blue moon jeee :p Itulah pentingnya kawan2. Bila saat kita gembira, janganlah lupa dorang, sebab nanti saat tak gembira kau nak cari sape? Kawan gak kan. So appreciate your friends the most!

Sekarang ni bukan aku tak cuba nak bukak hati aku untuk lelaki lain, tapi memang dah tak boleh. Lagi aku paksa, makin aku jadi benci kat lelaki. Kalau setakat kawan tu aku boleh terima lagi. Tapi once kau cakap kau suka aku, aku rase macam dah taknak kawan ngan kau dah kot. Hmm.. Kawan semata-mata sebab nak couple? Tak ikhlas betul. Aku ade kenal gak someone yang macam tu. Bila dah dapat girl lain, terus xcontact aku. Aku pun dah tawar hati nak contact kau. Dan aku menyampah. Walaupun aku banyak terhutang budi dengan kau. Huh.

Maybe aku perlukan lagi banyak masa untuk diri aku sendiri kan?
I love myself the most :)



Saturday, May 28, 2011

Karak atau Kerek?

Semalam pegi tengok midnite : Karak.

Dari ape yang aku tengok kat trailer, citer dia mesti gempak habes la,
dengan style hantu yang scary, dengan music yang suspen abes, lagi2 KRU yang buat.
Memang semangat nak tengok citer tu sampai sanggup kelentong member aku yang ajak aku jumpa kuar makan. Sorry!!!! *-*

Then lepas tengok takdela takut sangat citer tu. Awal2 tu takut la jugak, tapi bila pelakon utama dah kuar, citer tu terus jadi tak syok.

1st, aku rase KRU salah amek pelakon la. Memangla skarang ni banyak director yang suka eksperimentasi amik newbie jadi pelakon filem, tapi amikla yang ok sikit. Ini macam tak berapa feeling sangat watak dorang tu. Jerit je lebih. Haish. Pastu paling tak boleh blah tiap kali Shahir AF tu bercakap je aku rase nak tergelak. Bukan aku je, satu panggung gelak kot. Hahaha maybe he's better as a singer.

2nd, ok KRU memang femes la bab efek gempak2 ni, tapi ade satu scene tu mase nak tunjukkan yang hantu tu hilang, efek terlebih2 pulak. Ade ke hantu boleh hilang macam style power rangers? Siyes memang gelak gila la part tu :))

3rd, jalan cerita dia aku rase kureng sket la. Hmm..maybe sebab aku expect citer tu macam lain kot. Hu3

Tapi aku nak puji la, sound system dia besh. And citer tu xde la teruk sangat, tapi rasenye macam patut bleh jadi lagi baik kot. :)

Picture of the day:

Wanie senyum seperti ayam goreng


no description.haha

Tuesday, May 24, 2011

ccna class dah mula

1st day on CCNA class:

Give me 5 minutes to setup..
Ok encik, please give me 10 minutes nak tido kejap. Hehehe.

Today 24th May 2011 is the first CCNA class, and I am very sleepy instead.
Sebab semalam tu satu malam aku tak boleh tido!

1st, sebab it's a new environment and i'm still taking my time to adapt with it.
Ye la before ni kan aku duduk tempat lain, then bila kene duduk tempat lain, suasana tu macam lain sikit.

2nd, sebab I slept with the the light on. Bilik aku tu kalau tutup lampu, bukak mata pun serupa tutup mata. Aku ni jenis takut gelap, so kalau terlalu gelap aku tak boleh tido, rase cam lemas je.
Tapi hari ni I guess I can sleep well sebab dah beli lampu tido ;D

Back to class. Okeh instructor dia sangat baik. Nama dia Mr Ikram. Thank God he's from Malaysia. Kalau dapat instructor oversea macam payah sket kot?Payah aku nak tido la. Hehehe.

Awal2 memang fokus la, still boleh jot down important point, bleh control lagi kalau ngantuk, bleh behave lagi dari kegedikan..ahaha..
Then lama2 otak macam da kurang berfungsi. Penat gila dengar lecture dari pukul 9pagi sampai 5ptg dengan hanya rehat 1.30 jam! :O

Tapi nak buat camne, 20 hari akan hadapi benda yang sama. So struggle sajee..
And him? Aku tak nervous pun. Rilek je even die ade jugak tegur aku.
Means aku da heal la kan?:)

Ok picture for today:


Wanie n aida yang senget

Saturday, May 21, 2011

Gabai gabai for 2nd time

Ini cerita lepas Nana Macarona ngok ngek habis exam pulak. Kitorang pegi mandi sungai! Bukan kitorang je, ade Rashid ngan Syahmi skali :D

Mula2 ade org tu tetiba die emo aku pun tak tau nape. Eh salah intro. Hahaha :p.

Mula2 aku rase macam xdapat nak pegi sebab aku da plan nak siapkan compile CD thesis nak anta esoknye. Tapi bile pk2 balik macam rugi je tak pegi. Pastu da janji ngan nana semalam tu nak teman die have fun pas die abes exam. So tolak tepi jap compile2 tu malam kang buat.

Then masuk kete, rupe2nye dorang pun tak plan lagi nak pegi mandi sungai mane. Chesss *=_=. Pastu dorang suggest pegi Sungai Gabai. Aku da penah pegi situ tahun lepas, tapi time tu ramai orang and sume port2 yang best dah diconquer. Last2 kitorang naik kat atas lagi, tapi sayangnye kat atas tu landai je. Tapi peduli ape kan janji dapat mandi.

Sikit lagi nak sampai Gabai, tetiba hujan pulak. Tapi rintik2 je la. Pikir2 macam takut jugak sebab bahaya, tapi aku suggest try je la pegi alang2 da nak sampai ni, mane tau hujan dah berenti ke.. And bile kitorang sampai, hujan dah berenti. Alhamdulillah J

Agaknye sebab ujan and hari kitorang pegi tu hari bekerja, so tak de la ramai orang. Kali ni dapat port yang superb gila wa cakap sama lu. Hehe. Tempat tu ade air terjun yang agak tinggi jugak la pastu kat bawah air terjun tu ade satu kolam yang luas and dalam jugak la, paras dada aku. Check check air, ok pass, tak keruh, jernih and tak de bendasing. Hehehe.

Kitorang mandi sampai rase macam tak nak keluar je dari situ, sebab sekarang kan musim panas, 36 darjah celcius. So bile da masuk dalam air, sejuk tu sejuk jugak tapi kitorang rela bersejuk dari berpanas kat luar. Panas dia waktu tu sampai tapak tangan pun boleh berpeluh tau.

Dalam pukul 6 camtu kitorang gerak pergi Endah Parade. Ingat nak karok kat tempat yang murah tu. 7 jam just Rm8. Murah kan? Tapi waktu dia dari pukul 12 sampai 7pm je. Skali kitorang sampai dah pukul 7 lebih la. So rate die jadi RM15++. Oh lari bajet aku, maka terpaksalah cancel nak karok kat situ. Sori korang T-T.. Last2 kitorang karok gak, tapi kat karaoke jamban satu lagu singgit.

Ok what? Hu3.

Mission accomplish

Hey it’s me again. Hahaha :p

Ok, habis last paper 8hb hari tu, paper Ethic. Selepas bertawakal dan berdoa semoga aku tak repeat Ethic atas sebab aku terlalu banyak letak perencah time jawab, malam tu jugak aku Bakish, Qia n Arif si jejaka kacak telah memulakan misi yang kitorang dah rancang a week before tu. Hehehe.

Misi pertama, pegi canseleri UiTM. Omg tempat tu cantik and aku tak pernah tau die wujud. Nampak sangat tak pernah nak explore UiTM kan, so hari tu kita explore. Kat sebalik air yang mengalir tu ade ruang yang bleh kita lepak2 bersama kawan2 ataupun melayan perasaan sambil dengar bunyi air yang jatuh. Simple je, but nice la scenery die. So da lepak2 situ, borak2 bergurau senda sikit, and amek gambar puas2 kitorang pun move on to next destination.

Misi kedua, pegi main boling kat Ole-Ole. Yang ni tak plan kot, tapi asal terlintas kat kepala otak je time tu kita jadikan ia reality k? And guess what, aku kalah oh! Uwaaaa.. Mula2 main rase cam biasa tapi pastu kejap2 longkang, kejap2 senget. Samela macam Qia (jgn marah Qia :p) Tetiba si Bakish kent0t tu jadi terrer malam tu, strike je manjang. Ko pakai mantera ape aa kasi tau sket, aku pun nak pakai gak. Hahaha..

Walaupun aku tak puas hati dengan permainan aku malam tu, xpe, proceed to next mission. Paksa Arif pegi join kitorang karok! Oh karok adelah sukan paling best bagi aku setakat ni :p Dia cakap dia tak layan karok, tapi kitorang ingat die main2. So pakse jugak tak kira ho yeah. Then dah nyanyi baru kitorang caye, nampak nau die kekok nak menyanyi. Tapi not bad la actually kekok2 pun. Sori ye Arif, tapi next time kite boleh karok lagi kan? Hehehe ;p

Misi ke-4, Frisbee! Actually ni misi pertama tapi all of sudden jadi misi last. Tak kesah la janji tercapai. Ni first time aku main bende ni, n first time aku pegang piring tu. Best gak main, tapi mula2 tu sakit gak la. Dorang ni pun baling dengan sekuat tenaga, sampai2 kat aku nak sambut salah step pulak tu, sakit jari aku, merah2. Pastu penat nak kejar piring tu. And banyak plak care nak baling piring tu kan, payah tol nak ingat. Puas si Arif tu mengajar kitorang bleh pulak main sambil buat lawak gelak2. Hehe. Qia ngan Bakish baling kuat gak eh? Aku rase nak tangkap korang nyer piring tu susah tau tak! Tapi pape pun, memang enjoy gile la main bende tu, lepas tension :D

Habis main Frisbee jam da nak dekat pukul 5pagi. Ingat nak lepak lagi pastu, tapi kesian lak kat Arif esok die keje. So balik la. Kitorang tak kejeee.. Hehe. Thanks korang sebab ajak aku skali, kat KL ni bile ingat balik rase cam nak lepak ngan korang lagi ;D

Lepas abis degree?

Hyeee..

Dah lame rasenye tak berblogging. Hari-hari je bukak dengan niat nak menulis, tapi asal nak taip je tak tau nak mula macam mana. Pastu tak jadi la nak menulis. So end up dgn bace blog orang lain je la. Hehe.

Sekarang aku ade kat KL, home sweet home beb, tengah bercuti sementara nak mula balik kelas. Yup, aku dah habis kelas, aku dah habis exam, aku dah habis FYP, aku dah habis DEGREE (yeay!) tapi program 3p ni je yang aku tak habis lagi. Looking forward to it soon, harap2 la best belajar nanti. Aku pun berdebar-debar gak sebenarnye, sebab akan satu kelas ngan dia sepanjang 20 hari nanti. Tak tahu ape akan jadi but I’ll try to be positive J.

Plus, nanti aku tak duduk rumah sewa dah, aku stay kat kolej. Ouh da lame aku tinggalkan alam kolej ni demi mengejar kebebasan hidup. Aceceh.. haha. Tapi mesti rase pelik sikit, ye la kalau kat rumah sewa, aku nak keluar tengah balam balik esok tengahari pun takpe, takde rules. Tapi kolej? Hmm..kene balik before 11pm. Nice, da macam kat rumah family pulak. FYI, kalau kat rumah family pun memang limit time kul 11pm. Ok la tu kan? Terjaga sikit aku ni. Hehe :D

Actually aku sangat sangat sangat sayang nak lepaskan rumah sewa tu, and mostly bilik aku yang kadang2 kemas kadang2 macam ribut taufan , time exam la selalunye (padahal..). Ye la, aku dah dapat rumah yang boleh tahan besar, walaupun dapur sempit sikit, semua kelengkapan ade, bilik aku pun complete ade katil almari rak buku sume..and yang paling penting keserasian dengan housemate, perkara paling susah nak dicapai tapi kitorang dapat capai dengan jayanya. Hehehe. Tu yang aku tak sanggup nak tinggalkan tu. Aku dah biasa dengan suasana macam tu, and aku rasa lepas ni kalau kene duduk rumah sewa lagi skali mungkin da tak dapat keserasian camni lagi. Nana, Yana, Kak Fatin n Kak Azreen, sesungguhnya saya sangat suka korang :’)

Aku akan rindu segala-galanya kat rumah tu, jadi tukang rasa kalau nana masak, main make up2 ngan nana, pegi mandi air terjun ngan nana n kak fatin, gpegi PD ngan nana, tengok wayang, belajar masak kek ngan kak fatin, gosip2 ngan yana, pegi karaoke ngan nana, yana pun penah, kak fatin pun penah, n kak azreen pun penah walaupun die baru masuk, hehe nampak nau kaki karok, buat facial ramai2…bla bla bla…Huaaa nangis jap :’)

Tapi ape pun hidup kene teruskan untuk aku cari banyak lagi pengalaman hidup. Pasni aku kene cari keje, pegi interview, then baru boleh keje, pastu nak kumpul duit pegi melancong. Tak sabanye! :D

Oh lupe nak citer, mase lepas exam aku g jalan2 tengok wayang, buat keje gila n paling best pegi becuti yeay! Next entry please!

Wednesday, May 4, 2011

itik

Okay.
Sekarang saya berada dalam mood : DEADLY BORED!
Nak buat report tapi belum ada mood lagi.
Nak makan takde geng.
Bukak facebook sunyi sepi, orang tengah exam kot.
Bukak Youtube takde ape yang menarik.
Bukak YM tapi invi je sebab xde mood nak borak2 virtual.
Bukak blog da bace da sume latest entry.
Apply keje kat jobstreet, bosan sebab sume application online kene tulis benda yang sama banyak kali.
Nak keluar, xde geng xde transport.
Nak tengok movie kat laptop tapi sume da tengok =_=
Nak main game kat laptop.......
Ok nak main game kat laptop la.
Babai.

feedback Penunggu Istana, then Thor pulak!

Aku punye la bsungguh2 takut mase tengok citer tu. Ble cter kat orang pun bersungguh sampai dorang pakat g tengok. Tapi balik2 dorang cakap.."Tak seram pun!"
Ahaha mane la I tau..~
Apsal tah aku rase takut sangat. Maybe aku terlalu feeling kot tengok citer tu.
Dah la pasni aku nak tengok citer lain, tak nak tengok hantu2 lagi.

Pastu after paper Network Protocol, aku pakse sorang member aku ni teman aku tengok wayang.
Tension nyer pasal kan..minda perlukan hiburan. Aceceh..hehe.
So member aku yang poyo ni pilih citer Thor, sebab that is the only movie yang available and seat bukan stok depan skrin.
Aku mula2 cam..Thor?Apsal tak penah dengar pun? Tapi die dgn laju da pilih seat sume so aku pun bayar je la. Cheh.

Tapi pilihan tu xsalah sebab citer tu best! Hero die boleh tahan la kacak (7/10) then jalan cerita pun agak menarik. Tapi kalau korang tak suke citer macam fantasy2 ni xpayah tengok la. Sebab citer tu base on mitos je. But I like!hehehe..

Citer die pasal sorang prince dari kerajaan atas langit ni (da macam ayah pin lak.kerajaan langit) dibuang oleh bapak die sendiri sebab sikap die yang baran and sukekan peperangan sedangkan konsep pemerintahan bapak die is for peace. So bapak die buang die kat bumi. Lame2 die pasrah n menyesal, cube jalani hidup normal kat bumi. Dalam mase yang same, adik die yang jahat buat citer macam2 pasal die sebab xnak ayah die ambik die balik ke kerajaan dorang sebab adik die nak rampas takhta and nak jadi lagi hebat dari die. Tak larat nak citer sampai abes, nanti g la tengok ye :p

Lepas tu member aku ajak g karok plak, tapi mase tu da pukul 2am so aku pikir mane ade lagi tempat karok yang bukak. Quality Hotel pun sampai kul 2 je.
So pastu kitorang pun balik.. Aku tak tido pun seharian tu, pas mandi aku dok melayan YM member2 sampai kul 6 pagi. Lepas subuh baru tido. Terbaik.